Para Pengikut :)

Saturday, December 11, 2010

Membuat Perhitungan Untuk Ke Alam Perkahwinan?


Untuk Bakal Pengantin.
Mahupun Mengidam untuk Kahwin tidak lama lagi?

Ini tips untuk anda semua. Ok. Walaupun aku tak lagi merancang untuk berkahwin, tetapi merancang orang lain punya perkahwinan adalah keseronokan aku. Anda tak tahu nak buat apa lagi? Tarikh Perkahwinan semakin dekat? Meh sini. Baca sikit-sikit tips yang aku nak share dengan semua geng blogger. Ini merupakan apa yang aku belajar daripada kakak aku.

  • Perlu sediakan satu file kosong. Satu sahaja, tak payah dua ataupun tiga. Tujuan adalah untuk menyimpan atau mencatit segala macam masalah dan perbelanjaan serta brochure untuk sebelum, semasa ataupun selepas perkahwinan.

  • Membahagian setiap ruang di dalam File itu dengan beberapa bahagian yang anda perlukan. Contohnya; Hantaran, Photographer, Katering, Pelamin, Jurusolek dan lain-lain lagi.

  • Di ruang depan file itu diletakkan Kalendar ataupun Timeline. Ok. Ini penting untuk anda membahagikan masa untuk memikirkan soal perkahwinan dan juga kerjaya. Print Out Kalendar dari Bulan ini sehingga Bulan anda akan naik pelamin.

  • Setiap hari, anda mesti catit apa yang telah dibeli, atau dilakukan. Contohnya ' 11 Disember 2010 - Membeli hantaran untuk pihak perempuan '.

  • Selepas itu - Pergi ke bahagian Hantaran, pangkahkan pada barang hantaran yang telah anda beli. Memudahkan lagi untuk mengira.

  • Then, buat muka surat baru untuk perbelanjaan hantaran tadi sebagai 'Checklist Harga'.

  • Penting : Anda perlulah membuat Anggaran untuk satu-satu hantaran dahulu dan bandingkan dengan Harga yang sudah anda beli. Contohnya Kasut untuk Wanita Louis Vuitton (Anggaran : RM2000), Harga sebenar RM1500 Selepas discount. Ini penting untuk melihat bajet keseluruhan.

  • Praktikkan Anggaran perbelanjaan ini pada setiap barangan atau perkhidmatan yang anda beli/sewa.

Buat perlahan-lahan dulu. Jangan terlalu gopoh. Slow and steady. Nanti aku share tips lain untuk anda semua melancarkan majlis perkahwinan/resepsi dalam masa terdekat. Dah macam wedding planner pulak aku ni. Oh no!. Aku cuma membantu sesiapa yang buntu. Ada apa-apa persoalan?

I share, U care.

10 Babel:

Anonymous said...

musim kawen eakk

cik diba said...

idea bagus... boleh tak pakau file warna pink..hihi

cik diba said...

idea bagus... boleh tak pakau file warna pink..hihi

Shaofie said...

yuyu : musim nak mengawan. hehehe. kongsikan apa yang patut je.

diba : nak pakai file colorful pun boleh. hahaha

Kembang Perawan 3288 said...

lebih2...
hehe sama mcm kak syida. huakakkakaa

kak syida sehat x?

cik diba said...

hihi.. klu la kawin tu semudah ABC.. hihi(gatal jp)

cik diba said...

hihi.. klu la kawin tu semudah ABC.. hihi(gatal jp)

Shaofie said...

bb : sehat ni haa. tak sabau nak kahwen je. huhuh

diba : haha. abc tu mudah ke? susah gak laa.

Miss AZ said...

terasa macam mau kawin lah.. musim org kawin skrg ni.. haha!!

Shaofie said...

tol tu mira. tu yg nak share sket2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...