Para Pengikut :)

Wednesday, December 15, 2010

Peluang Anda Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara!


Bagi anda yang baru sahaja lepasan SPM? bercita-cita nak menyambung pelajaran ke luar negara atau universiti-universiti di Malaysia? Inilah peluang untuk anda menentukan masa depan. Semuanya di tangan anda. Dah macam contest via telefon bimbit pulak. Aku bukan nak cerita pasal contest tapi nak share info tentang Facon Education Fair dekat PWTC.


Ini bukan Education fair yang biasa-biasa. Macam-macam anda boleh dapat, info tentang kedudukan anda sekarang ini sehinggalah apa yang anda akan dapat sekiranya memasuki Universiti yang ditawarkan di event ini. Dah dua tahun aku pergi sini untuk dapatkan info bila nak sambung master nanti. Dan aku banyak tengok dekat booth Jepun. Dulu aku pernah cerita dekat entry lepas. Aku harap tahun ini dapat pergi lagi saje menempel untuk berborak dengan sensei dan orang-orang jepun. Anda apa lagi? Jom sertai Facon Education Fair ni. Hujung minggu ni je. Lapangkan masa anda!!

Dapatkan Maklumat Lanjut Di Sini.

0 Babel:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...