Para Pengikut :)

Thursday, December 16, 2010

Sesiapa Nak Kahwin? Angkat Tangan!


Nak tahu lagi tips menjelang perkahwinan anda? Jika anda terlepas, sebelum ini aku ada kongsi satu entry dimana aku mengajar apa yang perlu ada dalam merancang sebuah perkahwinan. Nak lebih lanjut, boleh klik sini. Hari ini, aku nak kongsikan satu lagi tips yang kakak aku selalu buat. Membuat anggaran. Anggaran boleh jadi apa sahaja.


  • Anggaran Perbelanjaan;
Duit itu memang penting untuk sebuah perkahwinan. Tetapi anda haruslah bijak untuk berbelanja. Jangan terlalu membazir. Ok. Tipsnya disini ialah ambil satu kertas kosong buat satu jadual dan listkan apa yang anda mahu beli sebelum, semasa atau selepas anda kahwin nanti. Contohnya, Nak tempah pelamin dari Butik Sipolan. Harga anggaran anda ialah RM2000 serba siap. Bila anda pergi survey, harganya jatuh kepada RM1800. Anda dah jimat RM200. Lebih-lebih lagi akhir tahun, banyak potongan murah untuk segala perkhidmatan. Segala perbelanjaan mesti ada anggaran atau budget supaya tidak membazir.

  • Anggaran Tetamu;


Tetamu adalah orang yang paling penting untuk anda berkongsi hari bersejarah. Tetapi terlebihnya tetamu membuatkan makanan sedia ada tidak mencukupi. Kalau buat di Hotel, anggarannya mudah untuk dikenalpasti. Jika di rumah, bagaimana? Ok. Senang je. Mula-mula buat satu list tetamu. Tuliskan siapa yang wajib dan siapa yang tidak. Masukkan semua nama yang anda kenal dan potong mana yang tak perlu. Sekiranya jumlah melebihi anggaran, anda haruslah menempah makanan di katering lebih daripada anggaran pula. Faham tak? Jika tetamu anda 1000 orang, maka makanan yang perlu anda tempah dengan katering mesti lebih dari itu. Dan itu terpulang pada anda. Ini untuk mengelakkan kehabisan makanan dalam waktu yang singkat dalam pada yang sama tiada pembaziran.



Itu je untuk kali ini. Buatlah anggaran dari sekarang. Tak kiralah anda nak kahwin esok ke, lusa atau tahun depan sekali pun, persediaan awal mesti ada. Dan ingat! Anda mampu melakukan terbaik untuk merancang ke arah hari perkahwinan anda! Ada apa-apa pertanyaan? Jom tanya!

Tanda Tarikh ini dalam Diari anda!
setelkahwin.com
Jangan Lepaskan Peluang Anda.

10 Babel:

afiqah said...

Jom kawen, hahaha :D

Shaofie said...

hahaha. boleh je. tapi kena cari duit puas-puas dulu fiqaa..

ArshSabila said...

Ehem..ehem..macam dah kene kekasihku seru jerk..:))

Shaofie said...

kak! hahah. ayat tak menahann... takdelah. sharing is caring lah!

ArshSabila said...

Taaauu takpe...kekgegeg..tapikaan..akak cam dpt rasa..sopi ni dah nak dekat2 dh ni..dekat nak tuka status!bile lagi..?ke nk tunggu akak balik dulu..huauauau

Ms and Mr Red Ribbon said...

nak... baru nak bertunang dulu...

Shaofie said...

kak : hahaha. rasalah. sesungguhnya tiada siapa lagi bertakhta. dang kpochi tu je. hahaha. cepat balik malaysiaaa...

mr and mrs ribbon : wah! congratulations... leh la wat trip holiday lagiii... hahahah

ArshSabila said...

Wooopppssss...anak dara ai dh kene booking..?apekah..?hahah..

insya'allah insya'allah..nak balik la ni..doa2 yee..:)

Unknown said...

ko ni mcm nak kawin je bro???yeke tekaan aku ni??sebab sejak dua menjak ni ko asyik post pasal kawin je...kalau btol...tahniah ar geng!hoho

Shaofie said...

kak : dang kpochi menjadi pilihan. anak dara ke? kecik lagi laa. hehe.

mr shah : bukanlah. kakak aku yang nak kahwin. so, sebagai tips nak share dgn blogger semua. kau doakan lah aku cepat kahwin. tapi aku still xde calon yang sesuai lagi. heheeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...