Tragedi 6 Disember 2008.
Dua tahun sudah berlalu.
Masih terngiang-ngiang ditelinga. Hari ini aku nak berkongsi cerita tentang kawan aku. Ya. Kawan aku yang juga merupakan mangsa Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa 2 tahun lepas. Tersentuh hati aku membaca kisah yang menimpa kawanku serta keluarganya. Ungku Asif Ungku Farid merupakan kawan sekolah aku ketika di bangku sekolah menengah. Ketika kejadian, Aku tidak tahu menahu tentang berita tersebut sehinggalah ayah aku bertanyakan tentang kawan-kawan yang mendiami di kawasan tersebut. Ketika aku melihat di berita, semuanya sudah tertimbus, dan aku masih menanti khabar dari kawanku itu.
Sumber dari Kosmo!
Sebaik sahaja menerima mesej dari seorang kawan aku, aku menarik nafas lega dan bersyukur kerana dipanjangkan umur mereka sekeluarga tetapi malang bagi pembantu rumah mereka yang mati tertimbus akibat tanah runtuh itu.
"Untuk menyelamatkan diri kami perlu meloncat ke tanah yang rata. Anak-anak berjaya melakukan namun saya mengambil masa yang lama untuk melompat sehingga hampir berputus asa. Mujur saat saya hampir mengalah anak-anak menjerit, 'mama we love you, please do it'," - Berita Selanjutnya di Kosmo!
Dari kiri Ungku Asif, Ungku Afiq, Emak Asif dan Ayah Asif.
Untuk itu, aku sebagai kawan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dilindungi dari segala bencana. Kepada semua blogger Marilah kita mendoakan bersama-sama kesejahteraan mangsa-mangsa tanah runtuh tragedi 6 Disember 2008. Sesungguhnya kita masih beruntung hidup di dunia yang nyata ini dan sentiasa bersyukur dengan Limpahan-Nya.
" Salam Awal Muharram "
6 Babel:
hensem jugak kwan2 ko. haha.
tp sian pembantu uma tu mati.x dpt hidup lama.
kawan u tu umo berapa? hakhakhak. gatai!
tiap yang berlaku pasti ada rahmatnya :)
bb : hep hep. kawan aku sume hensem mcm aku. comel lagi.
nurul : kawan i umur 21. sama dgn i. hehe. yes, its true. setiap yang berlaku pasti ade hikmah dan rahmatnya. btw. thnx.
kejap je dh dua tahun ye.. sungguh mengerikan.. harap-harap jgn la berlaku lagi..
haniz : marilah kita doakan bersama-sama yea. mudah-mudahan.
hehhe.
ala saje je.. xmo la 21. hehe.
Post a Comment