Para Pengikut :)

Saturday, December 18, 2010

Melanjutkan Pelajaran Secara PERCUMA?


Sekarang aku berada di Facon Education Fair di PWTC. Acara tengah gempak dan meriah. Anda tak pernah dengar? Ok. Meh aku cerita lagi sekali. Facon Education Fair ini memberi peluang kepada anda bakal pelajar Universiti mahupun lepasan Universiti. Inilah masanya untuk anda menentukan hala tuju anda selepas ini. Bukan setakat Universiti di Malaysia, Malah, Universiti Luar Negara pun ada juga.


Macam-macam negara take part. Ada Australia, UK, China, Jepun dan banyak lagi. Disini juga anda boleh dapatkan pelbagai khidmat nasihat untuk peluang sambung belajar dalam bidang yang anda mahukan. List Universiti Malaysia dan Luar Negara yang ambil bahagia, klik sini. Anda juga jangan risau tentang kemudahan ke sini. Boleh naik Monorail, ERL, Komuter, Putra dan Star untuk ke PWTC.

Laluan untuk ke PWTC.

Exhibition ini berlangsung selama dua hari bermula hari ini (18/12/2010) sehingga esok (19/12/2010). Pelbagai ceramah kerjaya dan pelajaran diadakan. Mana tau peluang anda untuk sambung belajar bakal menjadi realiti. Apa lagi Jom Serbu Facon Education Fair. Maklumat Lanjut di sini.

"Jumpa Anda Di Sana"

1 Babel:

beLLa haLim said...

next week bella g kl. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...