First time kerja memang seronok kan? Kalau malam tu, mesti terbayang duit nak shopping lah, duit nak beli itu la, ini lah. Macam-macam dalam kepala otak ni.
Cerita aku berbeza. Terjadi pada tahun 2006, selepas sahaja aku tamat SPM. Beriya-iya mencari kerja. Akhirnya dapat untuk peluang pekerjaan yang pertama. Aku apa lagi, seronok bila orang tu kata "You can start work from tomorrow". Itu baru ceria yang pertama. Unfortunately, ada dua cerita sedih;
- Pertama : Aku mula bekerja pada hari raya Aidiladha. Pagi-pagi pergi sembahyang sunat Aidiladha and then terus bergegas ke train untuk ke tempat kerja. Sayu. Mak pun naik pelik.
- Kedua : Aku mengambil keputusan untuk berhenti. Ok. Weird. Hari pertama bekerja dan Hari kedua Berhenti.
Mungkin sebab aku tiada alasan yang kukuh. Sebelum tuh, alasan aku adalah sebab ada pergaduhan kecil antara pekerja senior yang lain. Dem kan? Hanya kerana aku layan wrong way dengan seorang pelakon ni, aku decide berhenti. Bayangkan, aku masuk kerja terus buat kerja yang aku tak tahu, lepas tu, aku kena marah. Pressure tak? Psycho tak? Gaji dia bayar memang mahal, tapi perangai manusia yang buta duit tu memang menjengkelkan aku. Kalau Lu O'lls semua macam mana? Pressure tak bila first day kena marah sebab buat benda yang tak tahu? Aku bukan menjaja cerita tetapi sekali sekala untuk berkongsi kisah dahulu. Mana tahu nasib kita sama, kan?
Selepas beberapa hari aku keluar dari tempat kerja tu, Dato' Siti Nurhaliza datang untuk collect baju Dato' K. Sakit hati kan? Urghh!
0 Babel:
Post a Comment