Para Pengikut :)

Sunday, February 27, 2011

Kotak Suram.


Ditepi rumah,
Disepak,
Diterajang,
Bergolek.
Aku seperti tercabul maruah.

Seperti boneka,
Dilambung tinggi,
Ditarik sisi,
Dicaci maki,
Macamlah aku bernyawa lagi.

Kecik, besar seperti sama,
Selepas guna,
Dibuang merata,
Tiada minda,
Sepah sana,
Akhirnya bukan manusia yang menjaga.
Binatang pun tahu memikirnya.

Itu alam,
Kau jahanam, kau yang faham,
Hukum kalam,
Merana kemudian, memendam di dalam.

Blog Review Privasi 10.


Mari Review Blog lagi.
Jom tengok siapa yang kena.
Kali ini ada special 3+1.



Besar kan header dier? Pink lagi.
Apa kata dia tentang blognya?


Nak baca lagi?








Blog Review ke-2.


Aha, Kenal kan Hidup Itu Indah?
Tengok apa yang Kak LM katakan..


Apa yang Kak LM kongsikan?







Blog Review ke-3.


Pawpaum?
Apa yang menarik?


Jom tanya kenapa pemilihan Pawpaum







Blog Review ke-4,


Meow, Meow..
Apa yang dia describe?


Suka kaler pink?
Jom tengok kaler pink Meow dekat Blog Meow, Bukan Blog Kucing.


Saturday, February 26, 2011

Buta Alam.

Celik aku terpejam,
Meratapi kegelapan,
Aku tiada arah,
Kerana hitam adalah alamku.

Aku disisih,
Aku dijauhi,
Malah aku tidak mengerti,
Aku dianggap seperti tidak wujud di dunia ini.
Apakah ini petandanya?

Kesuraman berkarya,
Kegigihan berpujangga,
Aku masih tiada,
Tiada diufuk minda manusia.

Adakah ini yang manusia mahukan?
Ketiadaan aku didunia?
Ketiadaan orang seperti aku di muka-muka?
Sehingga kini aku meratapi,
Kegelapan dunia,
Seperti tiada apa-apa.


Picisan Noktah Seri Dewi.

Noktah jiwa seri dewi,
Panggilan engkau menghadap ilahi.

Teringat pandangan antara kita,
Berjiwa,
Berlara,
Dua hati penghubung duka.

Lirikan senyuman terpancar diwajah,
Dilontar,
Diasak,
Kau terus menderita,
Hanya kekasih di alam fana.

Kau memberi noktah,
Yang pasti penghujungnya,
Tiada khabar dan juga berita,
Malah ditampar wadah tercemar,
Aku menunggu walau kemana,
Hidup menderita melarat durjana,
Kerana kau penyeri dewi,
Penyeri disisi,
Bukan aku pasti mati.



Friday, February 25, 2011

Blog Review Privasi 9.


Maaf diatas tidak update blog.
Masalah line internet, itu pasti.
Jom sambung review.


Blog Pertama.


Dan tentang dirinya;


Ape lagi? Jom terjah Blog Lynn Azlina.






Blog kedua;


Apa yang ingin dikongsikan?









Blog terakhir untuk malam ini.


Apa kata dia tentang blognya?


Nak baca? Jom ke Blog Kerabat Kenshiro.


Wednesday, February 16, 2011

Blog Review Privasi 8.


Jom sambung mereview blog.
Apa kata anda?


Blog Cik Husna.
Apa yang menarik?


Luahan perasaan benda yang wajib ada.
Nak tahu?
Jom ke Blog Cik Husna.









Blog ke-2.


Apa yang semuanya dalam satu tu?


Semua ada. Kiranya lengkap lah.
Jom serbu Blog All In One.









Blog ke-3.


Hijau je semua kan?
Kenapa hijau?


Bukan blog tentang diri sendiri,
tapi lebih kepada isu semasa.
Jom tengok apa yang menarik di Blog El, Cinta Hijau.

Tuesday, February 15, 2011

Injakan Angka, Kematangan Usia.


Injakan angka,
Kematangan usia.
Terlalu tua,
Itulah pendirianku.

Jika aku menghentikan masa,
Mungkin tiada waktu selepas ini.

Jika aku menghentikan tingkah laku,
Mungkin tiada aku, dan aku kaku.

Jika aku menghentikan bibirku,
Mungkin itu sebenarnya bukan aku.

Aku cuba matang,
Lebih kehadapan,
Merenung masa depan,
Tidak putus asa,
Lebih bersyukur,
Dan mensyukuri diatas nikmat-Nya.
Terima kasih ibu bapa,
Terima kasih dunia,
Diberi kesempatan melepaskan lelah,
Melepaskan rentetan hidup,
Sehingga aku injak usia.

Terima kasih semua.
Hari ini, Aku bertambah lagi satu angka.

Alhamdulillah.
Syukur.
Salam Mulidurrasul.

Sunday, February 13, 2011

Gula-Gula Tahan Mengantuk Mengundang Bahaya?


Semalam kita dah sentuh tentang pentingnya nasi dalam berdiet. Hari ini, aku ada lagi satu fakta yang penting. Sekali lagi aku tegaskan, aku bukan pengkaji makanan, atau dietetik, tapi aku cuma berkongsi apa yang perlu aku kongsi. Tahukah anda? Gula-gula yang anda selalu makan setiap hari tu adalah berbahaya?

aku rasa ada lagi banyak jenis macam ni yang berbahaya.

Ok. Aku bukan menakutkan anda semua. Benda ni penting untuk kesihatan dan kesejahteraan. Macam ni kajiannya.


Dalam tablet gula-gula yang anda selalu makan tu mengandungi satu karbohidrat yang dipanggil Aspartame. Dia bukan calang-calang gula untuk peredaran otak dan darah yea. Dia 180 kali ganda manis daripada gula biasa yang anda makan, iaitu sukrosa. Rasanya sedap bukan? Tetapi gejala penyakitnya sangat banyak. Tak percaya? Cuba type "Aspartame side effects ". Dari situ anda akan terus membaca.


Aku faham. Kalau kita mengantuk dalam kuliah ataupun time study, mesti makan gula-gula untuk hilangkan rasa mengantuk. Lepas dah telan sebiji dua, baru boleh fokus, betul tak? Macam tu lah seterusnya. Kadang-kadang tu satu kotak gula-gula boleh dihabiskan dalam masa satu jam kuliah. Ok. Senang je penyelesaiannya, sebelum membeli gula-gula, cuba tengok senarai ingredient dahulu, kalau ada "Aspartame", sila elakkan. Dan satu lagi, cuba kurangkan pengambilan gula-gula, banyakkan meminum hasil galian mineral seperti air mineral atau air masak. Senangkan? Anda pun mampu mengubahnya.


Obses Diet Sampai Tak Makan Nasi?



Siapa kata nak diet tak perlu makan nasi? Ok. Itu bukan marah, tetapi penegasan terhadap sesuatu perkara yang perlu disedarkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Aku bukan pengkaji dietetik, tetapi lebih kepada konsultan. Haha. Itu tipu. Berbalik kepada isu diet tadi. Hampir segenap rakyat berkata bahawa nak diet tidak perlu makan nasi? Jom kita buat kajian.


Dalam nasi, tidak kiralah nasi jenis apa sekalipun, ada kanji. Kanji merupakan sumber yang penting dalam nasi, I mean beras. Haha. Anda semua mesti tahu bahawa nasi merupakan makanan berkarbohidrat, betul tak? Ok. Karbohidrat dalam nasi mempunyai glukosa yang terlalu banyak. Glukosa is a common name, so amylose dan amylopectin adalah glukosanya. Gambar dia atas itu merupakan kandungan yang terdapat dalam nasi dan kandungan yang terdapat didalam kanji iaitu amylose dan amylopectin. Itu penting. Sebab apa?


Gula yang diproses bukan gula yang dimakan selalu yea. Ini adalah gula untuk kegunaan badan yang lain seperti peredaran darah, pemprosesan minda dan juga untuk tenaga.


Kepada yang obses sangat nak diet tanpa makan nasi, renungkan lah. Pengambilan nasi itu penting tetapi kuantiti yang anda ambil itu yang perlu diberi perhatian. Cuba bayangkan berpandukan kitaran diatas, jika anda tidak ambil nasi dalam sehari, apakah yang akan terjadi pada otak dan tenaga anda?

Saturday, February 12, 2011

Lelaki Hanyut dan Wanita Tembok. Renungkan.


Langit cerah,
Tersipu awan tersenyum.
Panggilan burung,
Mencari punca di tengah subuh.

Wanita tembok,
Tiada arah,
Duduk meratapi,
Manusia baik hati,
Menawarkan diri,
Untuk menyanyi,
Buat persaraan diri.

Lelaki hanyut,
Songsang dan mabuk,
Tidak berarah,
Tunduk, bongkok dan jatuh.
Hanya berjanji bodoh,
Kepada wanita tembok.

Wanita tembok,
Walau tiada berilmu,
Masih tahu haramnya sesuatu,
Sedih dunia,
Meratapi manusia seperti dia,
Tiada adab, tiada susila,
Bantai dunia dengan sindirannya.

Lelaki hanyut,
Koyak pahala,
Renyuk imannya.


Blog Review Privasi 7.


Segmen Review Blog ini,
Merupakan pengiktirafan kepada para blogger yang
memasuki Segmen : Blog Aku, Bukan Privasi Lagi.
Dah Sedia?
Jom tengok siapa yang kena.


Blog Magnolia.
Apakah Magnolia Pert Destiny itu?


Kecil-kecil cili padi.





Blog review ke-2,


Faham?
Cuba fahamkan apa yang tuan empunya blog kata;


Blog sharing antara dia dan suaminya.
Menarik? Jom tengok Blog Cerita Indah Kami.






Blog Review yang ketiga.


Header lebih menggerunkan?
Tengok pula apa yang dia katakan;


Blog dia pun dah tak privasi.
Jom kita intai ke Blog Bilik Kebal Master.

Thursday, February 10, 2011

Blog Review Privasi 6.


Blog review kembali lagi.
Kali ini bahagian ke enam pula.
Jom!


Apa yang Mummynemo katakan tentang blognya?


Nak tengok coretan Mummynemo?
Jom ke sini.






Blog review kedua.


Xila.. The Bola Koko.
Ape yang menarik?


Pergh! Bukan gosip artis. Nak tahu lagi?
Jom klik sini.






Blog review yang ke-3.


Blog Bunga Lawang.
Apa yang dia cakap?


Simple.
Nak tahu apa yang dia selalu cakapkan?
Jom tengok sini.


Wednesday, February 9, 2011

Blog Review Privasi 5.


Sorry semalam tak dapat nak review.
Keadaan aku yang demam dan internet yang tiada
menyukarkan aku untuk mereview. Sekarang ok.
Jom kita review!


Epilog Kehidupan Rodentia Rattus.
Ape dia kata?


Nak tahu Rattus tu ape dengan lebih dekat?





Blog kedua pula;


Ceria je tengok Blog Ini Cerita Saya,
Apa yang dia cerita?


Ingat tuh,
" Blog dibuat untuk mencari kawan dan
Bukan untuk mencari lawan "
Nak tahu lebih lanjut?





Blog review terakhir untuk Petang ini
ialah;


Blog Someone...Somewhere.
Ape yang someone? Ape yang somewhere?


Jom tengok diary tuan empunya blog ini.

Tuesday, February 8, 2011

Blog Review Privasi 4.


Jom kita sambung lagi buat review.
Kita tengok siapa yang kena kali ini.


Nak lebih memahami kefahaman blog dia,
tengok bawah ni;


So, nak tengok apa yang dia tulis? Jom terjah sini.




Blog review kedua.


Blog Teddy Yuna dan Bunny? Huh?
Kenapa macam tu?



Tengok imaginasi seorang penulis blog.
Jom kita tengok Blog dia dekat sini.



Blog review yang terakhir untuk malam ini;


Sky Juice Myself.
Gambar cantik, mesti ade cerita lagi menarik.


Dia memang suka berblog. Suka giler! Hehe.
Apa lagi, Jom tengok blog dia kat sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...