Para Pengikut :)

Thursday, February 3, 2011

Kau Buang Macam Sampah?


Anak patung buruk,
Dari manusia yang tidak berhati,
Di bawa lari, di bawa mati,
Sehingga kini tercari-cari.

Hancur lebur dalam hati,
Dari suami ke sang isteri,
Bertindak kejam,
Tidak terperi,
Busuk, sebusuk hati.

9 bulan kau bawa berlari,
Dari manusia yang tidak mengingati,
Perbuatan bodoh tidak berakal,
Bila semua sudah dipangkal,
Alamat dunia tidak disangkal.
Padah kau bawa anak patung buruk.

Zuriat sendiri, keturunan jiwa,
Kau bawa pergi seperti tiada,
Sebelum mati, kau tikam didada,
Cacian murka, kau kata derhaka.

Zuriat tidak berdosa,
Kau kata anak patung buruk.
Kau bodoh,
Seperti orang busuk.

Kau lari, mencari pahala,
Kau diam sebab tidak sengaja,
Merata-rata, kau meronta.
Penyakit jiwa buat kecewa.

Kerana kau beranggapan,
Anak itu, anak patung buruk.


4 Babel:

eqbalzack said...

bravo! hehe

Shaofie said...

ape yang bravo abg eq? hehehe

Tasha said...

hahaha.... macam-macam la si shaofie ni...

Shaofie said...

ni bukan lawak tasha. kes sirius..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...