Celik aku terpejam,
Meratapi kegelapan,
Aku tiada arah,
Kerana hitam adalah alamku.
Aku disisih,
Aku dijauhi,
Malah aku tidak mengerti,
Aku dianggap seperti tidak wujud di dunia ini.
Apakah ini petandanya?
Kesuraman berkarya,
Kegigihan berpujangga,
Aku masih tiada,
Tiada diufuk minda manusia.
Adakah ini yang manusia mahukan?
Ketiadaan aku didunia?
Ketiadaan orang seperti aku di muka-muka?
Sehingga kini aku meratapi,
Kegelapan dunia,
Seperti tiada apa-apa.
4 Babel:
a samad shaofie sungguh... harharhar
bgs2~
keep it up...ngeeee~
nub,pukoi kang...
niniem, thnx..
sangat puitis.. nice!
Post a Comment