Para Pengikut :)

Saturday, February 5, 2011

25 Fakta, Bukan Anda Tetapi Aku.


Aku dah lama tak buat tagged ni. Bukan malas tapi kurang keterujaan. Haha. Dah tinggal sehari je sebelum masuk kuliah balik hari isnin ni. Jom layan 25 Fakta Tentang diri aku.

Gambar macam calon Pilihanraya Kampus pulak!
  • Nama Sopi merupakan singkatan manja daripada Ahmad Shaofie Amir Shah. Diambil juga bersempena dengan nama doktor yang menyambut kelahiran aku.
  • Lahir bulan Februari. Untuk tahun ni, Mengikut kelendar hijrah, aku dilahirkan pada Maulidurrasul. Bukan Valentine's Day. Ok. Lupakan.
  • Tidak makan Ikan Keli dan alah kepada Ikan Sembilang.
  • Merupakan anak bongsu tetapi tidak dimanjakan selalu dan pandai berdikari, InsyaAllah.
  • Banyak bercakap tetapi bukan perkara sia-sia. Akan diusahakan. Haha.
  • Suka Asam Pedas Ikan Kembung untuk basic, dan Asam Pedas Ikan Jenahak bagi expert.
  • Memiliki kemahiran membuat puisi tetapi tidak setanding A. Samad Said. dan Fynn Jamal.
  • Boleh gelak sampai tahap Migrain.
  • Merupakan pemain Gamelan, permainan kebudayaan masyarakat dahulu kala.
  • Pernah bekerja di suatu butik dan mampu bertahan selama sehari sahaja akibat tidak tahan bekerja dibawah tekanan.
  • Suka makan tepung nespray ketika tadika. Tepung sahaja yang tidak dibancuh. Tepung?
  • Susah untuk mencari musuh tetapi tolong jangan ambil kesempatan sebab aku mudah kasihan.
  • Pernah bercita-cita menjadi Doktor Pakar Bedah dan bertukar kepada Guru seterusnya terjun ke bidang Flight Attendant. Itu cerita lama.
  • Pernah berangan tetapi sangat susah untuk angan-angan menjadi kenyataan.
  • Paksaan membawa padah. Tolong jangan memaksa.
  • Suka makan dan tidak pernah kenal erti penat.
  • Merupakan bekas ahli kelab peminat susah mati Stacy! Jahat Sopi Jahat.
  • Menjadi Ketua kumpulan Nasyid di sekolah agama dan Johan di peringkat daerah selama 2 tahun berturut.
  • Gigit bibir menjadi tabiat jika sesuatu jawapan tidak dapat dijawab untuk pihak correspondent.
  • Budu merupakan lauk yang paling sedap setakat ini mengalahkan cencalok dan tempoyak.
  • Ternyata hati telah dicuri.
  • Sayang kepada orang yang sangat disayangi.
  • Puisi indah yang dikarang pada entry tahun lepas, kebanyakannya dicipta khas untuk si dia.
  • Kedegilannya menyebabkan aku jatuh hati padanya.
  • Aku rasa dia adalah orangnya.

8 Babel:

Unknown said...

patin liyana? hahahaha

Shaofie said...

patin? oh no. she's somebody.

niniem◕‿◕ said...

hahaha,,,ingatkn c ftin gak gerangan c pencuri tu~ :)

payeen said...

suke tngok lelaki jatuh cinta.

*apekah?

ha ha

Tasha said...

berat kes budak ni.....asik makanan aje yang dia sebut.dah makann, makan tepung nespray, makann lagi skali. adoi~

Tasha said...

btw, nice to know u

Shaofie said...

niniem : bukan bukan. fatin liyana pencetus inspirasiku.

payeen : hahaha.

tasha : nice to know you utk cuti sem nih. aku bangga dapat kawan mcm ko. hehhee.

Kembang Perawan 3288 said...

ain!!!!! teheee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...