Para Pengikut :)

Saturday, February 12, 2011

Lelaki Hanyut dan Wanita Tembok. Renungkan.


Langit cerah,
Tersipu awan tersenyum.
Panggilan burung,
Mencari punca di tengah subuh.

Wanita tembok,
Tiada arah,
Duduk meratapi,
Manusia baik hati,
Menawarkan diri,
Untuk menyanyi,
Buat persaraan diri.

Lelaki hanyut,
Songsang dan mabuk,
Tidak berarah,
Tunduk, bongkok dan jatuh.
Hanya berjanji bodoh,
Kepada wanita tembok.

Wanita tembok,
Walau tiada berilmu,
Masih tahu haramnya sesuatu,
Sedih dunia,
Meratapi manusia seperti dia,
Tiada adab, tiada susila,
Bantai dunia dengan sindirannya.

Lelaki hanyut,
Koyak pahala,
Renyuk imannya.


4 Babel:

MahaMahu said...

Susah sekrang mencari lelaki maskulin knp yer ada kat sini ker... mcm mana ciri2 lelaki maskulin bagi anda..

Hanis MY said...

wow! best2..shaofie tulis sendiri eh.. hebat!

Shaofie said...

kak hanis : yup.tulis sendiri. hehehe. dikala kebosanan, puisi pengubatnya.

Kembang Perawan 3288 said...

xpaham hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...