Para Pengikut :)

Sunday, February 27, 2011

Kotak Suram.


Ditepi rumah,
Disepak,
Diterajang,
Bergolek.
Aku seperti tercabul maruah.

Seperti boneka,
Dilambung tinggi,
Ditarik sisi,
Dicaci maki,
Macamlah aku bernyawa lagi.

Kecik, besar seperti sama,
Selepas guna,
Dibuang merata,
Tiada minda,
Sepah sana,
Akhirnya bukan manusia yang menjaga.
Binatang pun tahu memikirnya.

Itu alam,
Kau jahanam, kau yang faham,
Hukum kalam,
Merana kemudian, memendam di dalam.

0 Babel:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...