Para Pengikut :)

Sunday, December 19, 2010

Anda Happy Berblogging ?


Program Buka Sem Dengan Kak LM!
Untuk Sertai Klik Sini.

Sudah berapa lamakah anda berblogging ?
  • Sudah Hampir Dua tahun. Tapi Aktif baru sekarang.
Adakah anda happy berblogging ?
  • Happy sangat-sangat. Semua ada. Kawan jauh pun ada. Tidak perlu risau lagi.
Adakah anda mempunyai kenangan pahit selama berblogging...ceritakan .
  • Ada. Tiada peminat untuk membaca dan contest tidak mendapat sambutan. Ini bukan simpati. Tapi sekadar peringatan kepada diri sendiri agar tidak menyusahkan Blogger lain untuk memikirkan contest aku dengan jalan yang susah. Sesungguhnya aku patut memberikan contest yang senang dan mudah. Ternyata, permulaan aku untuk berjinak dalam contest tersalah langkah. Aku tak kecewa, tetapi ia pembakar semangat untuk aku teruskan berusaha untuk berminda kreatif ketika berblogging.
Harapan terhadap blog anda
  • Harapan memang menggunung ledang! Sebelum tu, aku nak berterima kasih kepada Kak LM kerana sudi memberi peluang sebegini untuk aku bercerita dan berkenalan. Ok. Harapan aku agar dapat meneruskan berblogging dan terus memberikan sumbangan idea kreatif dan inovatif. Selain itu juga aku berharap agar semua pembaca (anda, anda dan anda semua) agar terus menyokong dan memberikan pandangan yang bernas untuk menaikkan lagi martabat industri berblogging. Yeah!

Pandangan anda terhadap blog LM
  • Suatu blog yang menakjubkan. Bagi saya, ada seorang kakak yang memahami sudah cukup untuk saya gambarkan. Blog yang menjadi hab-blog atau perhentian seketika membuatkan ramai yang tertunggu untuk entry seterusnya. Simple tapi sarat dengan nasihat dan pendapat. Sesuai dengan title blog, Hidup itu memang indah! Terima Kasih kak LM!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...