Para Pengikut :)

Sunday, December 19, 2010

Ada Orang Ucap Tahniah Di Atas Kegagalan?


Apa Maksud "Kita Gagal, tak bermaksud Gagal Selamanya?"

Ada orang kata gagal itu perkara biasa dalam hidup. Tiada kegagalan bukan manusialah tu. Itu sinonim dengan kita. Kegagalan berpunca dari masalah hidup yang tidak dapat mengimbangkan diantara keyakinan dan juga berusaha. Aku pernah gagal, gagal dalam permainan dan kadang-kala gagal dalam beberapa perkara. Gagal bagi aku mengambil masa lama untuk memulihkan kembali diri serta menginsafi kehidupan seharian. Tetapi, adakah gagal itu yang dinamakan gagal selamanya?


Berusaha aku menyelami erti gagal itu sebenarnya. Menginsafi serta muhasabah diri membuatkan aku kuat mengatakan yang gagal itu adalah sementara. Apa yang aku perlu lakukan adalah bangkit dan berusaha serta yakin dengan apa yang bakal aku lakukan. Terima kasih pemberi semangat, pendorong harapan dan pembakar jiwa. Itu cerita dari isi hati aku. Anda bagaimana? Adakah anda percaya bahawa gagal itu sementara? Adakah gagal itu pembakar semangat anda untuk terus hidup? Jom kongsikan. Bukan kongsi kosong yea, mungkin anda ada kata-kata hikmah tersendiri untuk bangkit semula.

4 Babel:

Erma Fazira said...

terlalu muda utk saya komen!
gagal mybe sementara jika kegagalan kite itu mnjadi satu pngajaran utk hdup ini..

Unknown said...

kegagalan punca kita bertemu kejayaan.eh betul ke.haha

afiqah said...

yea, gagal memang hanye sementara je.
ALLAH ta'kan biarkan hambanya terus gagal. Tapi kita pun kenalah berusaha untuk mengatasi kegagalan tu. ALLAH sentiasa memberi peluang.

Unknown said...

kena berani gagal kalau tak kita akan ketinggalan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...