Para Pengikut :)

Saturday, January 22, 2011

Penyangak Bukan Puitis, Siapa Kata?


Kalau aku cakap penyangak,
Mesti anda kata " muka macam ni memang banyak "

Kalau aku cakap pencuri,
Mesti anda kata " dah tiada kerja lain untuk di cari? "

Kalau aku cakap pengkhianat,
Mesti anda kata " desperate, sampai terlalu minat "

Tapi kalau aku cakap kawan,
seribu kata kau lawan,
sampai nak belah awan,
Untuk tunjukkan kau hebat,
kau lebat,
dan kaulah generasi Jebat.

Eleh,
" kawan kau tu baik ke, semuanya? " kata pendengki I.

Boleh kau cari?
Kawan baik hati?
Tanya itu, tanya ini?
Kemana kau pergi?
Makan ape tadi?

Eleh,
" Setakat tu, aku pun boleh. Kawan semasa senang je, masa susah? " Pendengki II hasut.

Ada dia kata kau pergi mati?
Ada dia kata aku langgar lari?
Masa susah buat haluan sendiri?
Ada?
Ada?

Kawan memang gifted.
Tak semua sama.
Kekal sahabat selamanya malar.
Pecutan, deruman, mampatan, belauan sekalipun,
Tetap sama, tetap malar.

Tiada yang lain,
dia sahaja.
Ada kawan?
Sayang dia.
Jaga dia.
Bukan perbuatan dia buat kita suka,
Tetapi betapa hebatnya dia dicipta,
Untuk menjaga,
Sampai bila-bila.
Ungkapan terbaik,
Terima kasih dunia,
diberikan kawan sepertinya.

Berdendam sampai mati,
dia tetap kawan.


9 Babel:

syarkwasangka said...

dah tertukar la??? aku buat dialog ko buat puisi la??/ camtulah kejadiannya ya...

Shaofie said...

kau ni syahir.dialog ko tu buat orang terangsang. lebaukan sikit entry kau. kecik sangat aku nak baca. lepas ni kau boleh la buat puisi lak..

Unknown said...

puisi naa.ni boleh buat juai ni..brapa ang nak juai puisi na..hahaha

fya zainal said...

saya suka

Shaofie said...

nub: free untuk ang ja.

fya : trima kasih.

CikAizA said...

firaun pun manusia.. so dia pun puitis gak taw...

Shaofie said...

dier puitis ke? mesti susah nak baca tulisan dier...

Fasihah Supian said...

like this :)

Shaofie said...

thanx fasihah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...