Para Pengikut :)

Thursday, January 20, 2011

Awan Dan Bulan Dulunya Sahabat.


Dulu,
Bagaikan awan dan bulan.
Sekejap bersama, sekejap tiada.
Katanya awan akan tunggu sehingga bulan menjelma.

Tertunggu,
Mungkin bulan rindukan awan,
Dan awan mungkin berarak mengelilingi bulan.
Seakan merindui cahaya kerdipan.

Itu memang dulu,
Sejak awan tidak sebahu dengan bulan,
Sejak awan berarak laju pergi.

Kini,
Pelukan awan semakin dirasai bulan,
Bulan menerangi, awan meliputi.
Cahaya malam terusan benderang.
Bagai tiada siang dan malam berpanjangan,

Segar bila terus diingatan,
Sepanjang hayat,
Selamanya untuk dikau.


Bila difahamkan, Itulah Sayang.

3 Babel:

SyArk BudAk NaKaL said...

saya nak jadi thunder boleh?? kalu takleh jadi lightning pun ok.. guruh ke, kilat ke...

Shaofie said...

ambek lah! create lah sendiri.

FaRaH AiN said...

sweet and simple!~

bole la amek master in art pas ni k
goodluck!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...