Para Pengikut :)

Friday, January 21, 2011

Apa Beza Cinta Kalau Terpaksa?


Dulu aku pernah marah,
Kerana amarah menjadi barah.

Kekesalan jiwa,
Merasuk ke minda.

Dulu aku pernah kecewa,
Kerana sikap yang kau bawa.

Kegagalan fungsi sikap,
Termetrai rohani yang tidak lengkap.

Aku, kau tinggal bagai anak tidak berbapa,
Dunia gelita tiada siapa,
Dahaga tanpa laparnya,
Mandi tiada basahnya,
Dan tidur tiada lenanya.

Apa?
Apa?
Konklusi tiada bezanya,
Kerana penamat bukan akhir,
dan awal bukan permulaannya.
Kau fikir, sedalamnya.
Terima kasih untuk cinta.

4 Babel:

Innanie | Ariffin said...

tak perlu kecewa kerana cinta sebab cinta hakiki bukan pada dia! tapi pada "DIA". tu yang sebaiknya...

be happy ye!!!

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Cinta kerana terpaksa tidak bermakna apa-apa..lepaskan saja andai sudah tiada apa rasa..andai diteruskan hanya derita di penghujung jalan cerita..takkan dah kawin sok gaduh nak berpisah hanya kerana "I sebenarnya tak penah sayang you pun..."

Tak ke naya..?

Always remember..wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik..dan begitulah sebaliknya..:)

SoLy SoLicious said...

eh,sopie udah berpuitis la..hahahaha
well done!!

Shaofie said...

innanie : thnx for reminding.

kak : betul tuh. tengah berfikiran sebegitu.

soly : kadang-kala manusia perlukan perubahan. dan perubahan ini adalah ketara kerana menggunakan kaedah bahasa yang berbeza dan mendalam maksudnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...