Aku dapat Info Daripada Abang Ben.
Terus Bookmark. Klik sini untuk sertai.
Artikel apa-apa je kan? Ok. Aku nak ulang balik Entry aku yang dulu-dulu. Disebabkan kawan aku semua suka pada artikel ini, jadi aku decide nak amek ini sebagai artikel terbaik. Iaitu dibawah entry bertajuk Aku Dapat Tajuk Thesis Tentang Anugerah Juara Lagu ke-25.
Bab I
Pengenalan.
Industri Muzik kini berkembang maju seiring dengan globalisasi dunia. Tanpa muzik, dunia kelihatan sunyi dan lesu ( Shaofie 2011 ). Muzik juga berkait rapat dengan jiwa seseorang itu dan bersaling paut dengan aku. Aku dan muzik seperti irama dan lagu. Muzik ibarat sempurnakan sifat, ketulusan hati, jujurnya niat dan tingginya kesabaran ( Yuna 1964 ). Tanpa muzik juga, kita bebas berlari tanpa bayangnya lagi dan terus berlari untuk mengejar impian yang terkunci ( Tomok 1945 ). Muzik juga harus dibelai ibarat tidak menitiskan embun untuk menyuburkan sekuntum bunga yang layu pada musim luruh ( Shahir 1932 ). Irama yang ada pada muzik itu perlu dipancarkan cahaya seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita ( Api 1987 ). Selain itu, muzik dan pementasan juga tidak lari dari landasan sebenar. Ini kerana muzik melambangkan lakon layar terhebat yang memukau semua untuk melihat (Black & Hussain 1967). Menurut Adira 1977, andaian muzik juga dianggap penting dalam penyuburan jiwa mendatang kerana tanpa hari esok, langit akan runtuh dan dunia akan bergelora.
Muzik pada persepsi diri, memang ada maksud sendiri dan propaganda yang dirasakan cukup luar biasa ( Bunkface 1990 ). Apa yang anda tahu dan apa yang anda mahu untuk mendekatinya serta tak rela memaksa merupakan petikan daripada jurnal Black 1934 tentang muzik globalisasi. Saat mata terpejam dan hanya satu yang terbayang dapat menghapuskan segala rasa di jiwa adalah persepsi yang ditonjolkan oleh Faizal 1988 tentang perbezaan antara muzik globalisasi dan kuno. Muzik juga ibarat kita bercinta dengannya. Kepala kata jangan gelojoh dan hati pula kata pergi ( Stacy 1965 ). Berbicara tentang muzik dan cinta, masih lagi tiada noktah penghujungnya ( Hafiz 1894 ). Untuk mencari konklusi, tenangkan seketika dan pejamkan mata ( Noh 1996 ). Ini kerana kita tidak boleh menyusun kata-kata penamat, dan tidak boleh juga menyebut baris-baris keramat ( Ana 1967 ). Jadi, biarkanlah muzik itu berlabuh, menutup tirai dan setiap yang indah itu ada pada impian dan harapan (Faizal 1988).
Bab II
Lampiran
Barisan Journalist
5 Babel:
"go..go...bro!gd luck..mmg best dan sempoi..kreatif.suka bc n3 yg buatkan kite terfikir.."hish..bestnya..mn dia dpt idea ni..nti dtg lagilah nk bc n3 yg lain pulak".Hah!mcm nilah n3 yg kite suka baca..takdelah n3 manjang nk kutuk org tu,org ni..tak suka he3..
thnx aleasara. actualy blog ni xde lah hebat mne. cerita tentang sekeliling. alert je. hehehe. thnx for supporting!!
salam perkenalan..hai shaofie..artikel yg kreatif..betul ckp sara..Adakah shaofie akan jd pemenangnya?..thanks join kontes nie..
junko, thnx bro!! aku suka betul orang martabat bahasa melayu nih.
cik tom dtg bc artikel ;)
Post a Comment