Para Pengikut :)

Thursday, January 6, 2011

Aku Dapat Tajuk Thesis Tentang Anugerah Juara Lagu ke-25.


Bab I

Pengenalan.

Industri Muzik kini berkembang maju seiring dengan globalisasi dunia. Tanpa muzik, dunia kelihatan sunyi dan lesu ( Shaofie 2011 ). Muzik juga berkait rapat dengan jiwa seseorang itu dan bersaling paut dengan aku. Aku dan muzik seperti irama dan lagu. Muzik ibarat sempurnakan sifat, ketulusan hati, jujurnya niat dan tingginya kesabaran ( Yuna 1964 ). Tanpa muzik juga, kita bebas berlari tanpa bayangnya lagi dan terus berlari untuk mengejar impian yang terkunci ( Tomok 1945 ). Muzik juga harus dibelai ibarat tidak menitiskan embun untuk menyuburkan sekuntum bunga yang layu pada musim luruh ( Shahir 1932 ). Irama yang ada pada muzik itu perlu dipancarkan cahaya seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita ( Api 1987 ). Selain itu, muzik dan pementasan juga tidak lari dari landasan sebenar. Ini kerana muzik melambangkan lakon layar terhebat yang memukau semua untuk melihat (Black & Hussain 1967). Menurut Adira 1977, andaian muzik juga dianggap penting dalam penyuburan jiwa mendatang kerana tanpa hari esok, langit akan runtuh dan dunia akan bergelora.

Muzik pada persepsi diri, memang ada maksud sendiri dan propaganda yang dirasakan cukup luar biasa ( Bunkface 1990 ). Apa yang anda tahu dan apa yang anda mahu untuk mendekatinya serta tak rela memaksa merupakan petikan daripada jurnal Black 1934 tentang muzik globalisasi. Saat mata terpejam dan hanya satu yang terbayang dapat menghapuskan segala rasa di jiwa adalah persepsi yang ditonjolkan oleh Faizal 1988 tentang perbezaan antara muzik globalisasi dan kuno. Muzik juga ibarat kita bercinta dengannya. Kepala kata jangan gelojoh dan hati pula kata pergi ( Stacy 1965 ). Berbicara tentang muzik dan cinta, masih lagi tiada noktah penghujungnya ( Hafiz 1894 ). Untuk mencari konklusi, tenangkan seketika dan pejamkan mata ( Noh 1996 ). Ini kerana kita tidak boleh menyusun kata-kata penamat, dan tidak boleh juga menyebut baris-baris keramat ( Ana 1967 ). Jadi, biarkanlah muzik itu berlabuh, menutup tirai dan setiap yang indah itu ada pada impian dan harapan (Faizal 1988).



Bab II

Lampiran

Barisan Journalist.


Teka Lagu apa yang ada pada Thesis diatas?

5 Babel:

Unknown said...

ambik course muzik ke?

cik ciput said...

betul ke ni shaofie?huhu

payeen said...

seryes lah!

Amie Amisya said...

haha. semua finalis AJL ade tuh. dengan lagu2 dorg semua. huhu.

eton said...

iye3 je ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...