Aku menangis kerana kau.
Wajahmu cerah,
Bak purnama,
Senyummu mekar,
Di wajah terlakar.
Seperti awan,
Meliputi sinar,
Kau dibalik awan,
Yang mencari cahaya.
Hapuslah hujan dipipi,
Kerana kau tangisi,
Seperti meratapi.
Aku disisi mu,
Sentiasa menanti,
Menunggu,
Hingga kau sembuh.
Jangan letih,
Jangan kau mengalah,
Untuk terus berjuang,
Sehingga habisnya,
Percaya,
Itu pasti.
Hulurkan bantuan anda dan salurkan keringat anda di MAKNA. Jadilah sebahagian daripada Volunteer MAKNA disini. Sumbangan dan keringat anda sedikit sebanyak melakarkan senyuman diwajah mereka. Ingat, your gift makes a difference.