Para Pengikut :)

Wednesday, November 10, 2010

Sayup Kedengaran;



Bila ibu belikan permainan besar dan kecil,
Abang mengalah ambil yang kecil.
Adik suka.

Bila ibu cuma ada sedikit wang beli aiskrim,
Abang mengalah berikan kepada adik.
Adik suka.

Bila adik mahukan kasut baru ke sekolah,
Abang mengalah untuk berikan kepada adik
walaupun kasut abang sudah usang,
Adik suka.

Bila balik dari asrama, ibu masakkan makanan kegemaran abang,
Abang mengalah memujuk ibu untuk memasak makanan kegemaran adik,
Adik suka.

Bila dah besar, abang belikan adik sebuah kebahagiaan,
Adik kata tak cukup,
Abang mengalah berikan lebih kebahagiaan daripada apa yang abang ada,
Adik suka.

Bila nak kawin, Abang berikan laluan dulu untuk adik kahwin,
Adik kelihatan tidak suka seperti biasa.

Airmata ibu dan ayah bergelinangan,
Hati abang mana yang tidak gembira dengan apa yang ada depan mata
lebih-lebih lagi adik mengecapi alam rumahtangga.
Adik memeluk Abang,
Ucapan "terima kasih" diungkapkan dari bibir adik.
Tidak ternilai harga pengorbanan seorang Abang kepada Adik.


Terima kasih Abang.


kepada awak : mood saya sayu.

2 Babel:

:: aliaa mursyida :: said...

abg aku xcamtu.
dia sentiasa lebih dr aku.
:'(

Shaofie said...

tak berhati perut.
jom kawan dengan abang aku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...