Para Pengikut :)

Tuesday, November 9, 2010

Hobi dan Persamaan.


Apa yang anda suka buat kalau ada masa lapang?
apa yang anda fikirkan?


Ok. Itu orang panggil hobi masa lapang. Aku pun ade hobi yang nak dikongsi selain daripada ambil gambar dan edit, aku suka tulis sinopsis cerita (drama atau filem ). Banyak yang aku tulis, samada terlintas difikiran dengan tidak sengajanya, ataupun rekaan semata-mata. Aku banyak berguru dengan seorang penulis skrip terkenal untuk mendapatkan nasihat,aspek penonton dan juga genre yang menarik untuk dikongsikan. Bila ada masa, aku menanyakan beliau. Karya-karya yang aku tulis banyak juga direject sebab tiada kronologi, plot tak menarik dan ada juga yang tak masuk akal. Antara karya aku adalah Oh Atuk, Cupcake Vs Pasta, Kehadapan Ilahi, Kembara Mama, Romantika Klassik, The sayang-sayang dan banyak lagi. Tak semua daripada yang aku tulis tu diterima. Mengenai idea pula, ia datang sepantas masa berlalu. Ada sesetengah idea datang semasa bangun dari tidur (kes mimpi) dan ada juga aku terpaksa pejamkan mata untuk mendapatkan gambaran keseluruhan penceritaan. Kadang-kadang tu, aku dapat tajuk cerita yang menarik dan tema yang cukup ngam dengan tajuk, tetapi jalan penceritaan yang aku cuba sampaikan tidak seberapa dan bukan apa yang penonton inginkan. Ada juga cerita yang datang dari kisah perjalanan hidupku sebagai seorang manusia yang berguna. Pelbagai tema telah aku ketengahkan, antaranya adalah persahabatan, percintaan, keluarga dan kebahagiaan, konflik dan pergaduhan, sedih dan tragik dan banyak lagi. Dulu aku rajin tulis cerita baru, setiap kali direject, dan kemudian aku tunjukkan dengan penulis skrip itu untuk nasihat selanjutnya. Sekarang susah untuk aku dapatkan idea dengan jalan cerita yang simpang-siur dan plot yang tidak menarik. Aku nak ilham seperti dulu, sebab setiap kali luahan diri aku ini, boleh manjadi satu jalan cerita yang menarik. Mungkin masa tidak mengizinkan segalanya ataupun aku memang terlalu sibuk. Kalau boleh aku nak jadi penulis skrip yang berjaya seperti guru ku itu tadi. Mungkin belum masanya untuk aku menyerlah sebagai seorang penulis skrip. Mungkin readers ada juga pengalaman yang menarik atau hobi yang lebih kurang sama dengan aku. Harap dapat dikongsikan bersama. Bila-bila ada masa free nanti, aku akan ceritakan plot atau salah satu cerita aku yang hampir terpilih ke Drama TV.


Ada Hobi Menarik?
Kongsikan.

0 Babel:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...