Para Pengikut :)

Sunday, November 14, 2010

Hari Ini dan Semalam.


Ada Apa dengan Semalam?

Selamat Petang Semua. Semalam merupakan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Yea, kanak-kanak pun ada harinya. Tidak terlambat untuk aku wish "Seeelllaammaat Harrii Kaaannakk-Kaaannaakk Seeduuniiaaa!!" (sambil menjerit sekuat hati). Sempena dengan Hari Kanak-kanak ni, marilah kita jaga mereka dengan penuh kasih sayang dan belaian mesra. Bukan apa, belambak dah kes bunuh anak, kes dera anak, kes buang anak, sampai anak pun jadi makanan. Sedih tengok dunia sekarang. Untuk itu, sebagai ibu bapa dan warga yang prihatin, marilah kita menjaga mereka sehingga besar dan jangan sesekali abaikan mereka. Bawalah mereka bersama, habiskan masa bersama mereka dan sayang mereka seperti menatang minyak yang penuh. Tunjukkan kasih sayang anda kepada mereka dan peluk mesra mereka. Walaupun aku tiada anak, anak sedara, anak buah dan anak jiran pun boleh. Jom Sayang Mereka, Say NO to penderaan.

(ceria tengok kanak-kanak ni walaupun kartun)


Tunjukkan Kasih Sayang anda
kepada Kanak-Kanak!

dan ada apa dengan hari ini?


Hari Diabetes Sedunia.




Kenali Simptom-simptom Diabetes
dan Elakkan daripada terkena.
Marilah Amalkan Cara Hidup Sihat!

4 Babel:

Uruchimaru @ kf said...

spertinye tuan hambe bkn berada di bumi tanah melayu kan?

Shaofie said...

erk. kenapakah tuan hamba berkata demikian?
beta di malaysia, tanah tumpah darahku.

Your Humble Servant said...

Let's love the kids :)

Shaofie said...

YHS : yeah. that's the spirit we want. say no to penderaan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...