Para Pengikut :)

Saturday, November 20, 2010

Picture Of My Life Contest.


(cuba-cuba contest baru)

Aku memang tengah bosan. Godek punya godek, dapatlah jalan-jalan tengok contest dari SegalaCeritaDotCOm. Memang menarik. Untuk pengetahuan, aku tidak ditagged oleh sesiapa sebab memang menarik contest ini. Sesiapa yang nak join atau kena tagged lepas ini, boleh tengok maklumat lanjut dan lebih terperinci di tuan punya blog. Klik sini. Dah bersedia? Jom mula.


Kerusi itu. Bukan cerita tentang kerusi ataupun sofa itu. Kerana aku mahu menceritakan kisah yang ada di sekitar dikawasan ini. Kawasan yang dipanggil ruang riadah satu keluarga terletak di dalam rumah nenek aku di Hulu Kelang. Dahulunya kawasan ini bercatkan cokelat dan beronakan kerusi rotan dan keadaan yang tenang dan damai. Berlantaikan simen tetapi sekarang banyak perubahan disini. Sekarang aku berpijakkan carpet berlayer-layer dan dingin dengan kipas disekelilingnya. Namun terdapat kisah dikawasan ini, sebelumnya;

a) Aku, Atok dan Cerita.
Aku ketika kecil sering ke rumah nenek. Dan sering juga menghabiskan masa cuti sekolah dirumah nenek. Rumah nenek dan rumahku tidak jauh mengikut google map. Aku dan sedara-mara sering tidur dan menghabiskan masa disitu. Dulunya, kami seringkali bising membuatkan Arwah Atok acapkali memarahi untuk duduk diam dan senyap. Arwah Atok dulu sakit di bahagian tekak yang membuatkan Arwah Atok sukar untuk bersuara. Jikalau kami bising, Arwah Atok sering memanggil kami dengan tepukan tangannya menandakan suruh kami senyap. Dikawasan itu jugalah Arwah Atok memarahi kami dan kami terpaksa mendengar cerita daripada Arwah Atok. Arwah Atok suka bercerita walaupun tidak bersuara tetapi gerak geri mulutnya sudah cukup untuk kami semua faham. Disitu jugalah Arwah Atok dibaringkan untuk terakhir kali kami menatap wajahnya. Orang sekeliling pergi dan balik mengucapkan takziah kepada nenek dan membaca surah yasin kepada Arwah Atok. Kenangan Atok 2001.

b) Masam Manis.
Dikawasan itu juga, aku, keluargaku, keluarga besarku dan nenek untuk sering bertukar masalah dan berkongsi pendapat. Gelagat anak sedara yang sering berkejaran dan berkongsi cerita dapat dlihat dikawasan ini. Hilaian tawa mereka dari dapur sudah aku kenalpasti, sedih dan nilai duka mereka dapat ku jejaki sejak mula ke rumah itu. Kawasan itu seakan sebati dengan diri aku.

c) Bermaafan Sesama Insan.
Hari Raya adalah hari yang dinanti oleh semua kaum keluarga. Bermaafan di hening pagi merupakan pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Kawasan inilah bermulanya takbir raya dan nilai kemaafan dapat dilihat semasa saudara-mara. Beratur memanjang untuk bersalaman dengan nenek. Bersalaman dengan pakcik dan makcik diatas kesilapan yang dilakukan selama ini. Sedih ada, riang pun ada. Tetapi itulah hakikatnya apabila kawasan ini menjadi saksi di hari yang mulia.

Setiap yang duka pasti sinar bahagia menantinya. Dan setiap yang gelap pasti akan cerah. Begitulah khidmat yang tinggi kawasan itu kepada seluruh keluarga serta diriku. Masih segar diingatan sehingga hari ini.

Tiga orang yang terpilih;
(tema : ibu-ibu yang sweet)


Syarat Penyertaan bolek Klik Sini.

Selamat Berjaya.
Jom buat Tagged di Hari Weekend.

6 Babel:

Mama Zara said...

waahh..first time ni mama di tag...thanks dear, aritu dh KIV nk join contest ni, tp lupa plak url nya...sebbaik u tag mama..so, mlm ni bleh la mama mengarang :)

Shaofie said...

yeahh! selamat mengarang yea mama. dan semuga berjaya!!!

Aretikz said...

Lulus bro.. wah.. sememangnya cerita 3 in 1.. Tempat bersejarah tu.. suka duka yang dikenang kan.. apapapun.. thanx 4 join ^_^

Shaofie said...

aretikz : thnx. cuba cuba je. hehehe.

ArshSabila said...

Waaah..story of my life!cite sedei ke cite appi?hentam jelaaa kan..geggege..

First time gak ni kene tag buat contest!

Kene bukak diari lama ni..menggamit kisah semalam..huahahaua...:))

Shaofie said...

kak : hahaa. xkesah kisah ape pon. janji ade satu cerita disebalik gambar. mesti yang menarik. kisah disebalik snow pon boleh.. hahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...