Para Pengikut :)

Friday, November 19, 2010

Ambition dan Cita-cita.


Ingat lagi dulu-dulu masa kecil.
Tentang cita-cita.

Lu O'lls pernah ingat tak apa cita-cita sebenar masa kecik-kecik dulu. Ala, masa darjah satu sesi suai kenal dalam kelas. Memang cikgu konfirm akan tanya.

Cekgu : Ok. Harini murid-murid, Cekgu tak mengajar. Tapi kita berkenalan
Murid : (tergaru-garu kepala dan terpinga-pinga tak faham)
Cekgu : Cekgu nak kamu berdiri sorang-sorang dan kenalkan nama, umur dan cita-cita.
Murid : (still tak faham)
Cekgu : Cita-cita tu maksudnya pekerjaan atau apa yang kamu nak jadi waktu besar nanti.
Murid : (Baru faham sambil tanya kawan sebelah apa cita-cita mereka)

Memang mudah dan senang nak jawab. So, cita-cita aku masa kecik adalah nak jadi doktor. Basic answer kan? normal kan? Sampai orang dah naik bosan dengan jawapan doktor tu. Tak doktor, polis, ada yang nak jadi cekgu la, jadi juruterbang. Sebab apa? Seawal umur macam tu, kita tidak didedahkan lagi dengan banyak benda yang pelik dengan dunia luar nih. Tak pernah lagi kan budak umur 7 tahun dalam kelas cakap " Saya nak jadi macam Lady Gaga, cekgu ". Kalau ada, memang aku respect sebab memang style. Ok. Itu baru nak jadi doktor. Bila aku masuk darjah dua still ada suai kenal dan aku semakin berani nak jadi doktor, so aku up sikit nak jadi "Surgeon". Amik kau. Gagah kan? Memang bila aku jawap, aku tak toleh belakang. Jawapan berani mati. Aku masa kecik-kecik, banyak didedahkan dengan cerita-cerita bedah dekat TV. Kakak aku yang suka tengok, dan aku terdorong sekali. Sampai sekarang masih lagi feveret tv show aku. Apa dia?

( ER - Emergency Room )

Cerita ni memang memberi kesan yang mendalam tentang pembedahan, hidup bersosial dan banyak lagi. Sampai sekarang doktor dalam cerita tu ada yang dah tukar baru. Dan cita-cita aku memang nak belajar tentang kedoktoran di luar negara. Tapi, itu cerita empat belas tahun dulu. Sekarang, darah pun susah aku nak tengok apa tah lagi nak jadi seorang doktor. Mungkin rezeki aku banyak di bidang Kimia. Ada jugak la sangkut paut dengan kedoktoran dan pharmacy. Aku masih bersyukur dengan apa yang ada, dan masih berterima kasih dengan cekgu tadika dan cekgu semasa sekolah rendah sebab merekalah yang mencipta "cita-cita" itu. Kalau tiada mereka, mungkin semua orang tak tahu apa itu "cita-cita" dan tujuan sebenar hidup. Thank You So Much Cekgu. Dah macam ucapan Hari Guru pulak. Dah-dah. Jom kongsi cerita cita-cita anda pulak. Mana tau ada dari kecik nak jadi model ke. Jom berceloteh.


16 Babel:

Unknown said...

Personally i prefer grey's anatomy

Shaofie said...

philip : haha. grey's anatomy. patrick dempsey!

CaDLyNN said...

mase kecik nk jadi doktor..
tp skrg jadi doktor mesin :)
tp..yg penting kene ada cita2!

Shaofie said...

cadlynn : betul tuh. takde cita-cita, hidup pun tak tentu arah. hehe.

feyus said...

mmg kecil2 dulu cite2nye berkobar2. tp bila dewasa lari pula dari bidang yg diimpikan. huhuhu.

Dyla Dahlan said...

kecik2 dulu cita2 nk jd thunder cat..sebab cikgu drjah 1 tu mkcik kite, smpai skg citer dok di ungkit2..malu gler kot T.T

Shaofie said...

feyus : tu la. lain yang dicita, lain yang jadi sekarang. lumrah.

Vintage Rose : wow, thunder cats. menarik gak tuh.

miya said...

dulu cita-cita nak jadi askar. pikir2 balik, lawak jugak. huhu.. tak larat aku nak lasak2 ni..

entri baru saya:
berhati-hati denagn mi segera 50% halal
fish massage memang best
penyakit yang dialami wanita sahaja

Shaofie said...

miya : haha. lain yang dicitakan, lain lagi sekarangg.

Cikgu Akim said...

wuaaa..cita2 tak ksampaian..sampai masuk matrix pointer tal lyak jdik dr trus aply cikgu..tapi walau apapun yg kita dpt akhirnya kena tetap bersyukur~

Cikgu Akim said...

wuaaa..cita2 tak ksampaian..sampai masuk matrix pointer tal lyak jdik dr trus aply cikgu..tapi walau apapun yg kita dpt akhirnya kena tetap bersyukur~

Shaofie said...

tol tu cikgu. cikgu pun satu cita-cita jugak. jadi pendidik ni pun seronok jugak. btw, goodluck whatever you do cekgu akim. hahaha.

ArshSabila said...

Akak dulu kecik-kecik tak penah ada cite-cite yg tetap..berubah saja mengikut peredaran masa dan usia..paling tak lupe bila cikgu tanya akak jwb "saya nak naik ke bulan!"-tak tahu apa itu angkasawan maka itulah jawapan yg tepat!hehe..abeh satu kelas gelak..malu esei!

Pahtu terus tuka, dan tuka dan tuka..sampailah sekarang!:))

Afzainizam said...

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

betulke gelak-gelak boleh buat kurus ni...

dulu mmg ada citer-citer nak jadi doktor gak tapi aku sekolah tak tinggi... berkubur aje lah cite2 tu... dah nasib

tengkorakemas said...

kalau bidang kimia ni masih boleh jadi doktor kan?bahagian forensik ke..hehe aku suka CSI, so komen aku ni memang dipengaruhi CSI

Shaofie said...

kak sufeenan : hahah. sekarang pun dah kira ok dah akak jadi tutt. haha. bersyukur. hehe.

afzainizam : tak ape. atleast kita pernah bercita-cita.

tengkorakemas : nak gak jadi CSI. aku blaja je benda tu sume. tapi tak larat tgk mayat laa.hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...