Para Pengikut :)

Tuesday, November 16, 2010

Kesederhanaan dalam menyambut.


Esok Hari Raya AidilAdha kan?
Perancangan anda?

Siapa-siapa yang balik kampung malam ni, aku ucapkan selamat balik kampung, berhati-hati ketika memandu dan berhemah selalu. Jaga lalu lintas dan speed, kang ada yang melayang. Siapa-siapa yang tak pulang beraya sebab kerja ke, ada outstation ke ataupun masalah peribadi ke, takpe, berkorban demi satu hari esok je. Cakap pasal bekorban ni mesti banyak pengorbanan Lu O'lls kan? kan kan? Atau aku yang salah cakap? Ok. Jangan gaduh. Senang je. Anda tak balik kampung tu pun kira bekorban sebab apa, bekorban demi kerjaya untuk mencari nafkah dan sesuap nasi. Orang di kampung mesti faham tentang tanggungjawab dan pengorbanan Lu O'lls tu. Aku pun tak ingat ada ke takde pengorbanan aku. Tapi aku takdelah bekerja di Hari Raya Aidiladha sebab aku student lagi. Student memang ada cuti khas. Pengorbanan lepas-lepas ade la, macam bekorban tak balik rumah sebab exam dah nak dekat, ada gak event yang aku kena ikot sampai tak boleh balik rumah. Itu semua pengorbanan. Walaupun tak la sebesar mana, tapi harganya lagi tinggi dari gula-gula seposen dekat kedai. Cuba bayangkan, apabila Lu O'lls melakukan satu pengorbanan terbesar dalam hidup, semestinya Lu O'lls rasa senang dan selesa dalam seharian. Rasa macam semua kerja mudah je, small matter. Berkorban sedikit je, tapi benefit yang kita dapat besar tau.

Bekorban ke Berkorban?
Ejaan pun tunggang-langgang

Sempena dengan Hari Raya AidilAdha, Aku nak ucapkan kepada semua blogger yang aktif dan pasif mahupun dah lenyap, Selamat Berhari Raya. Ingatlah orang yang kurang bernasib baik. Renung-renungkan lah nasib penduduk yang terkena banjir, bencana alam seperti gunung berapi, mereka sesungguhnya memerlukan bantuan kita.



Jika kita tidak dapat membantu mereka dari segi pakaian dan wang ringgit, tadahlah tangan dan berdoa untuk mereka supaya sembuh dari tragedi itu dan semuga mereka dilindungi dari malapetaka dan segala bencana. Jadi, marilah kita meraikan dalam kesederhanaan dan penuh berkat. InsyaAllah. Esok Jom tengok orang potong lembu? betul ke ayat ni? Jom plan masak apa yang paling sedap dengan daging lembu selain sup? Tapi ingat, jaga kesihatan anda. Jangan makan ikut nafsu. Jom Berkorban!!


4 Babel:

Lydia Miza said...

Sedih lihat mangsa bencana alam..moga mereka tabah menghadapi dugaan,yg sempurna dan berkemampuan..sila-silalah menderma ye.

Shaofie said...

thnx kak LM. will do. marilah kita doakan yang baik-baik untuk mereka.

tgsaqura said...

selamat hari raya aidiladha

Shaofie said...

selamat hari raya juga myzone.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...