Para Pengikut :)

Wednesday, November 17, 2010

Benda Bukan Biasa.


KTM dah naik taraf?
Bukan benda biasa.

Ok. Tengok persoalan tu je mesti dah tebeliak mata. Bukan apa, baru je mengata dekat entry lepas terus naik taraf. Sebenarnya KTM ni memang dah naik taraf, cuma aku tak nampak lagi benda dah siap depan mata. Yela, bila cakap lebat, siapa je mahu percaya, bukan? Kali ini barulah aku nampak depan mata. Aku hampir tak percaya sampai aku pun tak pasti nak naik atau tidak. Maklumla, memang bentuk dah lain. Lebih kepada teknologi maju. KTM ni juga bergerak lebih laju daripada KTM yang lama. Yea, tapi ia masih mengamalkan dasar berhenti tengah railway. Aku pun tak faham kenapa tren KTM selalu berhenti tengah-tengah railway walaupun stesyen yang berhampiran sudah dekat. Itu menjadi tanda tanya. Dah-dah, itu masalah dia. Masalah aku sekarang ni, mampu tak aku percaya?

( ini KTM lama )

( ini KTM terkini )

Berbeza bukan? KTM ini baru dalam pelancaran dan masih dalam pengujian. Tapi jika dibandingkan dengan KTM lama, boleh prefer lagi KTM baru la. Dengan keadaan yang kondusif, lebih luas dan selesa membuatkan ramai pelanggan KTM boleh menggunakannya tanpa rungutan lagi. Entah bila agaknya KTM ini bakal menggunakan keretapi yang baru sepenuhnya. Jom tengok apa yang ada dalam KTM yang baru ini.


Ruangnya yang efektif dan kondusif.

Amacam? Cantek kan? Tiba-tiba aku terfikir, mungkin ini bukan KTM transit tapi KTM yang direct link kot. Apa tu? Macam ni, KTM transit tu maksudnya ia akan berhenti setiap stesyen contoh Mid Valley, Sentul, UKM, Batang Benar manakala KTM direct link tu macam KTM dari KL Sentral terus ke Singapore, atau terus ke Perlis tanpa berhenti mana-mana stesyen terdekat. Faham? Tapi nampak lebih sesuai ke arah KTM direct link je. Takpe lah, kita lihat je nanti. Mungkin lebih flexible selepas ini. Dah penat berceloteh, Jom Naik KTM baru. Cuba keselesaan dia pulak. Jom Jom!


Selamat Sampai Rumah.

17 Babel:

Hilda Milda™ said...

Serius ke? Waaaa hebatlah dh upgrade ni hehe

Sakira said...

Lawa dowh. Tapi I fikir apa yang tuan blog fikir also. This might be KTM direct link.

Too classy for short trips ;)

Shaofie said...

hilda : betul. i pun really tak cam mana satu betul. hope boleh guna sepenuhnya.

sakira : lawa kan? aku pun rasa direct link. sebab kalau duduk jap je, dah smpi kl sentral. hahah.

.kozue. said...

wah, ye ke..
KTM dah upgrade..?
kene naik ni..haha

Budak Botak said...

yg baru tu bkn KTM Komuter, tapi Ktm direct dr Ipoh - KL Sentral - Seremban. Dr Ipoh ke Utara x siap lg sb landasan pn blom siap lg...

yut said...

x pernah naik ktm lagi..naik komuter gan erl jer nak g putrajaya umah kakak..kalau ada rezeki nak try naik ktm lak..

Shaofie said...

...saya.. : cuba lah nanti. hehe

budak botak : yeke? tapi dia masih buat pengujian terhadap keretapi tu. semua stesyen dier berenti.

yut : cubalah. anda pasti terkesima. ahahah.

JRY The Boonto said...

Wow. ktm dah maju=)

Shaofie said...

jom la pe lagi. kasik test sikit. hahaha

TikkoSS's Blog said...

wah.. haritu i baru je naik ktm ni.. pegi midvalley..

gaya baru.. nampak cam kagumm tapi hope mereka maintain..

Shaofie said...

tu la. nmpk elegen dah. luas sikit la. hope so.

Fatin Faseeha Azmi said...

KTM selalu berhenti then tiba2 aircond dia terpadam. kenapakah.

Kembang Perawan 3288 said...

setahun lebih x naik KTM. hehe. lupe dah.. mcm dlm air asia je ak tgok. cube upgrade mcm mas airlines pulak.kan best..
tapi satu je.. INDON BANGLA NEPAL dll sila naik basikal mcm negara korg..shuh2!!! bau wangi x pe jugak kalau nak naik KTM nie

Shaofie said...

fatin : entah lah. memang selalu macam tu. kadang-kadang kita dah boleh predict bila dia akan padam lampu tu. dah lali.haha

bb : tak baik weh. diorang pun nak cari rezeki halal gak. kita sedekahkan la minyak wangi. baru diorang rasa harum sentiasa. beli ambipur terusss. hahaha

Unknown said...

hurmmm... rasanya untuk direct routing...kalau transit blum lagi kot...sebab kena buat daily maintainance....

Shaofie said...

hazman : tol gak tuh. munasabah gak reason tu. tapi harap-haraplah ada ktm baru mcm tu yg transit. nk merasa jugak..

Kekanak Osaka said...

hi,,,tumpang singgah,

baru naik hari tu masa balik malaysia kejap. Naik yang ETS balik Ipoh. Cantik la train, and laju.

Ada la 2, 3 menda leh komen tapi, for Malaysia, itu satu pembaharuan yang besar. Tahniah Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...