Para Pengikut :)

Tuesday, November 30, 2010

Detik Jam 12. Hari Jadi Blogger's.


Pendapat Anda diperlukan.
Anda. Anda dan Anda.

Sekali sekala aku memang nak sangat kenal seorang demi seorang daripada Bloggers yang ada dalam dunia dan juga di Blog ini. Apakan daya. Walaupun Blog ini merupakan Blog Privasi, tapi aku tetap menjadikan ia wadah umum untuk masyarakat baca. Cuma aku perlukan bantuan Lu O'lls semua.


Apa yang aku perlukan disini ialah respon positif. Mungkin aku tidak sedar selama aku dalam dunia penulisan ini banyak yang membebel, merapu dan mengata. Jadi, aku nak minta pendapat yang terbaik apakah solusi sebenar kepada Blog aku ni. Lu O'lls suka ke? Benci ke? Ada Penambahbaikan ke? Mungkin anda ada sesuatu yang ingin diluahkan kan ke? Ataupun Lu O'lls nak aku cerita Entry yang macam mana?. Harap sangat dapat MaklumBalas dari Lu O'lls semua.

" Hari ni Aku jadikan Hari Bertemu Blogger's "

Terima Kasih Daun Keladi;
Tulis je Apa-Apa Pendapat Anda.

Tentang Anda Sebagai Blogger.


Nantikan Jam 12.00 Tengahari Ini.
Sesuatu Yang Tidak Dijangka
Mengegarkan Blog Privasi.


" Tunggu Sekejap.
Wahai Kasih,
Tunggulah Sampai
Jam 12"

30 November; Gembira Gila?


She is The One
Girl's At Last November.

Awak punya Birthday tahu tak?
Saya nak marah ni.
Sebab saya tak dapat nak sambut dengan awak.
Awak nampak tak kemarahan saya?
Tengah bengang ni.
Sebab kalau boleh nak sambut sama-sama.
Nak tiup lilin dulu,
Nak potong kek dulu sebelum awak,
tapi, mesti bila saya datang,
kek dah habis, lilin pun dah tiada.
Saya Marah ni.
Saya Marah sebab terlalu sayangkan awak.
Awak mungkin bukan pertama buat saya,
Tapi Awak segalanya untuk kita sekeluarga.
Selamat Hari Hari Hari Jadi Awak.

"Mari sama-sama kita nyanyikan lagu selamat
untuk Farah Ain Rahmat"
Macam dalam cerita Labu-Labi pula.

Monday, November 29, 2010

Berani Mati : Blog Aku Best!



[image[3].png]
Nampak tak? Ha, Faham Sendiri.
Program Cuti Sem Kembali lagi.
Klik Sini untuk sertai.

Latar Belakang Blog;
  • Blog Ini, Bukan Lagi Suatu Privasi. Seindah Nama, Sehensem Tuannya. Sememangya sarat dengan informasi dan fakta tentang Aku, Dunia dan Persekitaran. Oh! Bukan Label membebel, atau pun Merapu. Jika sesuatu yang tidak dijangkakan untuk Akal berkata-kata, diluahkan melalui susunan jari jemari membentuk puisi seindah bahasa.
Ikal Mayang Rambutnya Si Dara,
Bermain Si Dia di Tepi Telaga,
Ini Blog Privasi Punya,
Tapi Pembaca Seluruh Dunia.

Pembaca Bermula Dari Yang Muda,
Tatapan Semua Tak Kira Usia,
Fakta Ada, Peribadi Pun Ada,
Tidak Confidential, Privasi Pun Tiada.

  • Kategori Blog;
  • Pop Ethnik dan Etno Urban.Merapu memang selalu, tetapi lebih kearah persekitaran dan kehidupan di dunia.
  • Usia Blog;
  • Setahun, 7 Bulan. Dah Nak Genap 2 Tahun.
  • Apa Yang bestnya?
  • Blog ni memang boleh Mengundang Fenomena. Sebab Aku suka bercakap tentang Hal Dunia. Hal sekeliling yang terlintas di mata kasar aku. Blog ini juga mengamalkan hampir 90% baku malaysia. Sayangkan Bahasa, Sayangkan Dunia dan Sayangkan Diri Sendiri.
  • Sasaran Trafik?
  • Sehari 100.

Siapa Nak IceCream Free?


Dessert Kegemaran Ramai.
Aiskrim.

Bila cerita tentang Aiskrim, teringat zaman kanak-kanak dulu. Duit yang ayah bagi takde lah banyak mana untuk aku membelanjakan sebab ayah tak suka anaknya boros ketika makan. So, ada dua puluh sen (balance belanja) aku beli aiskrim la, ape lagi. 20 sen tak dapat aiskrim? Dapat Lah!

Tadaa. Aiskrim ni lah. Aiskrim Malaysia.
Dulu 10 sen, sekarang 20 sen.

Sekarang ni entah ada atau tidak dekat pasaran. Dulu aku suka buat sendiri. Tengok orang jual, aku pun nak jugak. So, mintak mak belikan plastik tu, pastu mak bancuhkan Sarsi, Oren dengan Milo. Pastu aku tolong ikat dan letak dalam Fridge. Bila dah sejuk, aku makan. Perghh. Buat sendiri, Makan sendiri. Jual pun tak laku sebab banyak sangat persaingan. Semua orang boleh buat. Easy method.

(berjuntai-juntai asam boi)
Sedap. Terliur.

Bila zaman bertukar zaman, Tahun bertuka tahun, aiskrim ni sudah dilupakan. Bukan apa, dah tak larat nak buat. Sekarang dah ada macam-macam jenis Cornetto; berlipat, bergulung, menggunung, berkawah, semua ada. Tapi aku tetap sukakan Aiskrim Malaysia yang dulu. Eh? Itu memang nama dia Aiskrim Malaysia ke? Atau Lu O'lls ada panggilan lain? Jom kongsi cerita menarik Lu O'lls dan Aiskrim.


Petang-petang makan Aiskrim. Syok.
Sekali sekala ungkit cerita lama;
Rindu zaman 90 an.

Aku Bakal Jadi Ayah!


Aku nak jadi Ayah Penyayang.
Tapi bila?

Bila godek-godek dekat perut incik google ni, ternampak lah beberapa gambar ayah muda dan bayi yang sungguh comel. Kadang-kadang aku bertanya pada diri sendiri;


"Adakah aku boleh jadi penyayang seperti itu?"
"Adakah Aku Mampu?"

Kalau kata aku nak kahwin, memang panjang lagilah masanya. Bila tengok gambar tu semua, terfikir sekarang juga nak kahwin. Tapi, apakan daya, Allah Maha Agung. Aku mampu merancang, Tuhan sahaja yang menentukan segalanya. Kahwin muda itu satu tuntutan, tapi aku tidak mampu menyiapkan diri lagi. Mainan mimpi berkeliaran di minda; Belajar atau Kerja?. InsyaAllah, satu hari nanti aku mampu bersedia untuk menghadapi segalanya.

gosip artis Gambar Family Zulhuzaimy


Awak;
sekarang saya dah 21.

Sunday, November 28, 2010

Cakap banyak-banyak sampai muntah!


Nak Dengar Lagi Fakta?
Ini bukan Cobaan, Ini betul-betul.

" kau bajet kau hot? "

Bila kita bercakap, bercerita bagai nak gila, ada tak rasa sesuatu yang patut kita rasakan? Ok. to be honest. Pernah tak kita terfikir apa yang selalu kita cakapkan? Pening kejap. Macam ni, kita kalau bercakap selalu menggunakan bahasa 'perumpamaan'. Contohnya;

" Rumah awak jauh tak? " kata Gadis Semasa.
"Ala, tak jauh mana pun. Macam sini pergi I-City je." jawab Lelaki Statik

"Weh! tengok kedai tu tadi macam mahal je. Aku takde duit ni" seloroh Perempuan Vogue.
"Ala, harga dia lebih kurang kedai mamak Makjun je la" jawab Minah Hot.

"Perkahwinan dia tu macam ramai je orang datang. Gah sangat ke?" Ibu I
"Still tak boleh kalahkan Perkahwinan Kayangan Sheikh Muszaphar lagi" Ibu II

Perhatikan setiap dialog itu betul-betul. Apakah perumpamaan yang dimaksudkan itu? Ya, Singkatan untuk menunjukkan sesuatu tempat dan keadaan. Kadang-kadang kita memang tak terlintas pun nak cakap macam tu, tapi the simple words can be describe is to give the simple sign. Betul tak? Senang nak describe dan senang untuk semua faham. Lu O'lls setuju tak? Jom komen tanda setuju.

"Best tak Blog Privasi ni?" kata mulut dengan eksaited.
"Still tak boleh kalahkan Blog Ben Ashaari" jawab hati dengan selamba.

Misz Nina Datang Blog aku? Oh No.


Artis Minggu ini.
"Bosanlah Entry Pasal Artis" kata pengunjung.

Rilek-rilek. Memang bosan pun. Tapi dalam penulisan kita kena varietykan entry kita. Terlalu cerita pasal diri sendiri pun boleh bosan juga. Ok? Jangan sedih-sedih. Senyum sikit. Naa, kan comel tuh. Dah-dah. Minggu ni aku nak cerita artis favourite aku yang lain. Siapa tak kenal dengan MiszNina.

" tell me, what chu, what chu, waiting for "

Mizz Nina - What You Waiting For MP3
hello readers;

Nama asal beliau ialah Shazrina Bt Azman. Nama komersial pulak Misz Nina. What I like bout her? Ok. Aku suka pipi dia yang chubby tu. Memang comel. Sebelum tu, Misz Nina ni berasal dari kumpulan Teh Tarik Crew. Aku pun tak berapa dengar sangat lagu dalam group ni. Bila meletup single hit dia "What You Waiting For", baru aku tahu yang dia Pure Malaysian. Not Bad. Sambung balik tadi. Dia ni macam gifted. Dah popular habis walaupun dia dah lama menceburkan diri dalam dunia seni. Hit dia yang terbaru dengan tunangnya, Noh Hujan memang favourite rakyat Malaysia. Betul tak Misz Nina?

" Diam tanda setuju, Love you Shaofie "


" Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu "
tersenyum bila dengar bait-bait ini.

Saturday, November 27, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI

[image[2].png]

Macam biasa, Abang Ben kasi Join Program Cuti Sem dia. Ape lagi? Redah aku dan kau punya la! Kasi gegar sikit.

5 Entry Di Blog Ben Ashaari Yang Aku Suka.

Siapa Che Husna Azhari? Kenal?


Masih Ingat?
Short Stories Masa Form 1?

"Ingat buku ini?" kata aku.

Maybe aku go way back history. Cerita lama mana semua ingat,bukan? Takpe, aku refresh balik mind semua orang. Dalam buku ni ada cerita The Pencil by Ali Majod, How Dalat Got its Name by Heidi Munan dan Of Bunga Telur And Bally Shoes by Che Husna Azhari. Cerita The Pencil tu tentang pergaduhan sebab berebut pencil, How Dalat Got Its Name; Sejarah Asal Usul Kampung Dalat, Sarawak dan Of Bunga Telur And Bally Shoes; Tentang perkahwinan yang sangat mengikut bajet. Aku tak berapa sure Short Stories ini di guna pakai di Sekolah Seluruh Malaysia atau di Selangor sahaja. Tapi itu bukan persoalan sebenar. Yang aku nak cerita adalah tentang, Of Bunga Telur And Bally Shoes punya Author; Che Husna Azhari.


Teacher aku pernah berpesan;

"When you get through the story, get to know the author first".


Apabila aku membaca detail Che Husna Azhari ini, baru aku tahu yang beliau merupakan orang Kelate. Bukan sama negeri tapi aku minat juga mengetahui tentang Kelantan ni. Dulu memang aku tak feel baca tentang Author sebab aku lebih berminat pada Gaya Penulisan. Cerita Of Bunga Telur And Bally Shoes ni semua orang boleh baca. Dia menggunakan General English je. Dan cerita dia tak berat sebab lebih mengisahkan tentang perjalanan sebelum majlis perkahwinan bermula. Lebih kepada Bajet Perkahwinan. Ok. Sebenarnya aku dah lama nak Meet In Person dengan Che Husna Azhari ini sebab first time tengok Anak Melayu Buat Cerita English. Itu pendapat aku. Dan bila aku study dekat UKM, dah masuk 2nd Year, baru aku tahu yang beliau sebenarnya bekerja di UKM. Dan Jawatan beliau sekarang; Pengarah Pusat Perancangan Korporat dan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia.




Memang small world kan?. Satu hari tu dekat Pesta Konvokesyen UKM, aku beruntung dapat bercakap dengan dia. Tapi just to say small words je dan tak berkesempatan to say "Hello, I'm a Big Fan of your literature" lagi. InsyaAllah satu hari nanti. Dalam buku boleh tengok gambar profile picture je, tapi bila tengok depan-depan, Wow! She was so extraordinary just like her writing. Anyway, Lu O'lls pun pernah baca Literature ni kan? Apa lagi, Jom komen. Cerita ni favourite tau.

Nenek Kelihatan Muda. Apa Rahsia?


Selamat Hari Jadi Nenek.
Sweet 81.

Semalam berhempas pulas menyediakan setting menarik di rumah. Mak didapur memasak beberapa favourite nenek. Oh. Sebelum itu, nenek punya birthday bukan di sambut every year tapi ini adalah pakatan antara kesemua adik beradik Mak untuk buat surprise for this year. Ok. Sambung balik cerita. Nenek tidak tahu menahu tentang perkara ini tapi nenek dah boleh 'bau' rancangan anak-anak mereka. Program bermula pada jam 9malam dimulakan dengan bacaan doa dan majlis memotong pulut kuning sebagai tanda sambutan. All Nenek's Favourite pun ada; KFC, Nasi Goreng, Kuey Tiow and Bandung as special treats to her. Pakcik, Makcik, Saudara, Anak Sedara, Sepupu, Sepapat semua ada. Pendek kata Sederhana tapi Meriah. Majlis Tamat secara Official at 12.

Nenek Salmah (bertudung Hitam)
dan Nenek Leha (bertudung putih).

Nenek Salmah itu adalah nenek saya. Dan Nenek Leha itu merupakan adik kepada nenek saya. Bestbuddy. Penat untuk semalam dan terbalas untuk tidur seharian hari ini. Yang penting last night was awesome.

Happy Birthday Nenek.
Selamat Hari Jadi.
81 is like 18.
Sayang Nenek Dunia Akhirat.


minta restu untuk kahwin;

Contest Mimik Muka Menarik.


Join Contest Daripada Cik Mawar Gedebuk Gedebak.
Mimik Muka pun Ada Kontest.


Sebenarnya, Kontest ini dah lama di tagged oleh Cik Mawar Gedebuk Gedebak. Tapi busy layan peminat setia dekat lab. Ok. Nak dijadikan cerita tuan empunya Kontest ini bernama Nurul Ashikin; Pelajar Civil Engineering dekat Universiti Teknologi Petronas. Dia dapat ilham buat Kontest ini daripada Gambar atas tu. Comel kan? Dia dah berpunya. Sorry atas mengarut tu. Apa lagi, Jom Scroll ke Mimik Muka aku pulak. Kalau tak senonoh; tutup je PC/Laptop anda. Harap tidak dilabelkan sebagai simbolik tidak senonoh yea.



Ok. Jangan terkejut. Aku rasa ini Mimik aku yang terbaik. Aku paling suka buat muka macam ni. Kejadian ini terjadi ketika Berdinner santai di TGI dengan kawan-kawan. Bila tengok sekali memang nak kena penampar, tapi bila belek kali kedua, nampak comel pula. Dah cukup. Boleh scroll bawah untuk komen pula. Terima Kasih kepada Blog 6 September atas kebenaran untuk join Kontest ini.

3 Orang Kena Tagged ialah; (Tema : Gadis Semasa)

Friday, November 26, 2010

Facebook Pun Ada Contest.


Khas buat peserta Kontest.
Kontest tester di Facebook.

Ingat Blog je boleh buat Kontest? Dekat facebook pun aku nak cuba buat Kontest. Kontest ni ala-ala testing je. Nampaknya tidak mendapat kejayaan yang tinggi. Tidak mengapa, first try is good. At least try. Kontest ini bermula pukul 4pm tadi dan berakhir pada jam 6pm. Jom Checkitdot.


Dan Top 5 Yang Join adalah.


Jom terjah Blog dia : Full Of Emotion

Jom Terjah Blog dia : Ini Blog Shikin Ismail

Jom Terjah Blog dia : tiada

Jom Terjah Blog dia : Kembang Perawan

Jom Terjah Blog dia : Aku Budak Emo.

Mereka tu semua aku kenal. Motif aku buat terjah blog sebab nak kasi naik traffic mereka jugak. Lagipun hadiah macam ini je yang aku leh kasi, tiada duit poket lagi. Apa pun, Lu O'lls semua boleh join Kontest ni kalau berfacebook. Best jugak macam ini. Tahniah peserta. Jom add facebook!

Realiti TV? Tak Payah Semua tu.


Tak jadi Artis pun boleh popular.
Pelik, tapi itu lagi best!

Sebenarnya apa yang cuba aku sampaikan kat sini ialah kalau tak masuk akademi fantasia @ one in a million @ pilih kasih sekali pun, kita boleh popular. Tapi popular dengan cabang yang berbeza la. Caranya ialah dengan berblogging. Maksud popular aku bukan dengan ramai follower je, tapi dari segi penyampaian dalam blog juga memainkan peranan penting. Jom godek-godek kat bawah tu.

Ben Ashaari.

Kenal kan? Tak perlu aku ulas lebih lanjut lagi sebab terlalu banyak contest aku masuk daripada blog Abang Ben ni. Blog dia bukan sahaja banyak contest yang ringan-ringan tapi sarat dengan maklumat dan tips "kepenggunaan berblogging" lagi. Terlalu banyak info menarik. No wonderlah his blog getting increase day by day. Itu semua berkat usahanya sendiri. Aku bukan mengampu tapi ini fakta!. Nak harapkan blog aku yang banyak sangat merepek ni apelah sangat. Macam takde info je. So, garis panduan yang aku selalu follow adalah melalui blog abang ben ni. Jom terjah Blog Ben Ashaari.

DarkBatman.

Ini bukan Blog Batman mahupun adik Superman dan saudara Spiderman. Tapi ini Blog Abang Aie. Orang kuat dalam dunia Blog. Blog dia pulak banyak cerita dan isu menarik. Tips kesihatan pun ada. Memang from head to toe la. Dia pon popular sebab Blog. Tengok? Tak payah masuk Program realiti TV pun, boleh jadi famous. Blog dia pulak bukan mahukan populariti semata-mata tetapi cuma kongsikan beberapa info sahaja. Rezeki kan. Lu O'lls sume tak pernah pergi lagi blog dia bukan? Jom terjah Blog Dark Batman.


Jom Berterima Kasih kepada Mereka.
Blogging World Have no Colour Without Them.

Saya Suka Blog Awak La!


[image[2].png]
Program Main-main dari Abang Ben. (haha, jangan marah!)

Seronok beb bila Abang Ben ni selalu buat contest yang luar biasa. Itu bagi aku. Kelainan dia membuatkan aku selalu ke blog dia untuk baca info pasal blog dia dan banyak tips. Ok. Jangan merepek. Jom layan Program Main-main Cuti Sem ni.

5 Blog yang selalu aku terjah dan selalu sangatlah aku baca. Tak pernah missed!

  • Antara Tempoyak dan Spatzle.
Blog #1 kegemaran aku.
Sebab utama : suka baca pengalaman orang melayu berkahwin dengan orang Germany
dan berkongsi kegembiraan anak-anak serta rutin harian.

  • *G.R.E.E.N GREEN G.R.A.S.S BY T.H.E RIVER*
Blog #2 Kegemaran
Sebab utama : Kehidupan di Norwich. Dan kekepohan anak beliau,
Dang Kpochi. Suasana di sana ketika melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.

  • HentakBelipat dan PetiSuara.
Blog #3 Kegemaran.
Sebab utama : Perkongsian blog antara si lelaki dan si perempuan.
Uniknya kerana banyak fashion yang cantek dan menarik hanya dengan
kreativiti sendiri. Tidak ketinggalan juga fashion kaum lelaki.

  • ...
Blog #4 Kegemaran.
Sebab utama : Pengarang jantung. tiga dotted. unik.
cute, comel. Suka omelan dan bebelan dia.

  • Ezhan-Artwork.
Blog #5 Kegemaran.
Sebab utama : Header dia sangat gempak.
Banyak ilmu yang dia kongsikan dan Good in Blogging.
Ada tips dan cerita menarik.
Jom Melawat : Ezhan Artwork.

Aku tahu cerita blog ini tentulah daripada
Abang Ben.
Sesiapa nak join boleh ke
Terima Kasih Abang Ben!

Wednesday, November 24, 2010

Robot Bersosial?


Lawak. Seribu kali Lawak.
Anda bosan tak?

Sekarang Lu O'lls bosan tak? Nak cuba benda yang pelik tak? Aku rasa mesti Lu O'lls semua dah penah try kot. Jom chat dengan robot. Dia boleh bagi Lu O'lls bengong dan mereng. Try click sini. CleverBot. Dari tadi aku asik bergaduh je dengan dia. Macam dah takde manusia je nak layan aku. Kadang-kadang best gak layan robot ni. Boleh cabar dia.

robot pun reti cakap malay. Psiko giler.

memang aku suka gaduh dengan dia.


time-time aku cabar dia, dia cabar aku balik.
memang scary chat dengan robot ni.

Oh. untuk pengetahuan. Yang word biru tu dari robot lah. Dari tadi aku aseklah bergaduh dengan dia sebab utama adalah " tidak berpuas hati yang memang dia robot ". Boleh pulak dia kata dia Human? Lawak giler. Tapi memang scary part dia cabar aku balik. Ish. Rasa macam dia tengah tengok aku je sekarang ni. Tengah layan lagi ni. Ape lagi. Bosan? Jom layan CleverBot ni. Jangan terpengaruh sangat tau. Kalau nampak macam scary dan psiko je, try bantai dia balik. Enjoy!


dia yang suggestkan game chat ni.

Cerita Ganas Pun Ada Maksud.


Bagi penggemar Movie.
Terutamanya yang Ganas.

Ok. Statement atas tuh bukanla bermaksud cerita yang berunsurkan ganas sangat macam merosakkan iman tapi lebih kepada keganasan jalan cerita yang dipaparkan dalam movie. Ah! macam sama je. Ok, macam ini. Aku bagi dua pilihan. Lu O'lls suka cerita ganas haiwan atau ganas manusia? Masih tak faham? Jom scroll bawah lagi.


keganasan dari manusia

atau

keganasan dari haiwan?

Kadang-kadang orang suka tengok cerita macam ni sebab nak tahu jalan cerita atau motif sebenar penceritaan tersebut. Kalau macam keganasan dari haiwan tu, kadang-kadang ada juga datangnya dari kisah benar. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Tapi kan, bila dua-dua cerita ni ganas, mesti ganas betul-betul, macam tak kasi chance tol kat pelakon tu nak hidup lebih lama. (haha). Ada gak yang orang tak suka tengok cerita macam ini sebab terlalu ganas untuk dipertontonkan. Bagi Lu O'lls; Blogger yang aktif ke wayang, apa pendapat? Jom berkongsi minda, perluaskan pengetahuan. Mungkin cerita tu ada effect dalam kehidupan seharian? Jom komen dan beri pendapat.

Tuesday, November 23, 2010

Korea Campur Jepun.


Ok. Isu hangat juga.
Cerita Korea atau Cerita Jepun?

Bila bercakap pasal cerita kedua-dua negara ni, ramai yang minat! Sampai tergugat stesyen televisyen di malaysia ni nak tayangkan cerita-cerita kegemaran penonton. Aku naik hairan kenapa suka sangat cerita tersebut? Apa yang menariknya? Mungkin jalan cerita yang menarik? ataupun hero/heroin dalam cerita tersebut memang mempengaruhi Lu O'lls untuk tidak berganjak ke cerita lain? Banyak pulak soalan aku kan. Yang penting sekali;

Drama Jepun?

Atau

Drama Korea?

Dulu aku memang suka tengok cerita apa-apa je bahasa sekalipun, yang penting jalan cerita menarik dan menghiburkan. Aku pernah tengok cerita Indonesia, Mexico, Filipina, Jepun, Korea sampailah ke Thailand. Tapi itu dulu, sekarang, minat cam-cam tu je la. Aku ada jugak beberapa favourite cerita korea dengan jepun.

Jepun : Attention Please!, One little of Tears, Hanakimi, Bambino, Wedding Planner.
Korea : Boys over Flower, My Girl, Witch Yoo Hee, Sassy-Girl.

( My Girl - Korean )
( Attention Please - Japanese )
( Boys Over Flower - Korean )
( Bambino - Japanese )

Kalau senarai memang banyaklah. Tapi, tak semua yang atas tu aku tengok sampai habis. Biasalah, aku cepat terpengaruh dengan cerita-cerita lain yang lagi best. Kadang-kadang drama melayu pun best. Lu O'lls mesti banyak Cerita-cerita Korea atau Jepun yang lagi menarik kan? Atau mungkin ada opinion nak disharekan? Jom kongsi cerita korea/jepun ni.

Hamsamida
Arigatou Gozaimasu!

Monday, November 22, 2010

Imaginasi Luar Batasan.


Selalu tengok wayang kan?
Pernah tengok 3D tak atau wayang 3 dimensi?


Sebenarnya aku buat persoalan macam tu bukanlah nak bongkak yang aku pernah tengok 3D, faktanya, aku tak pernah tengok pun. Tak berkesempatan lagi nak jenguk panggung wayang yang menayangkan movie-movie 3D ni. Apa yang best tentang 3D?


Mungkin semua boleh bermain dengan daya imaginasi yang tinggi. Once kita pakai 3D glasses tu, rasa macam berada di alam fantasi dan kadang-kala juga kita berada di alam realiti yang boleh merasai kewujudan cerita tersebut. Perasan tak sekarang ni banyak movie-movie 3D? Mesti ada statement macam ini keluar before movie start. " Now in 3D " atau " Now Available in 3D " atau " Kini anda boleh saksikan dalam bentuk 3D ". Oh man. Terlampau banyak.

( ini semua next movie screen )

Semua movie sekarang ada 3D kan? Maksudnya anda perlu beli satu 3D glasses untuk the whole movie yang ada 3D siap-siap. Nanti senang, tak payah nak bayar duit lebih-lebih untuk glasses tuh. Cuba bayangkan apabila dunia sudah berkembang dengan teknologi. Dan bayangkan juga apabila Buletin Utama atau Nightline pun dalam 3D? Amacam? Jom kongsi Imaginasi anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...