Semalam kita dah sentuh tentang pentingnya nasi dalam berdiet. Hari ini, aku ada lagi satu fakta yang penting. Sekali lagi aku tegaskan, aku bukan pengkaji makanan, atau dietetik, tapi aku cuma berkongsi apa yang perlu aku kongsi. Tahukah anda? Gula-gula yang anda selalu makan setiap hari tu adalah berbahaya?
aku rasa ada lagi banyak jenis macam ni yang berbahaya.
Ok. Aku bukan menakutkan anda semua. Benda ni penting untuk kesihatan dan kesejahteraan. Macam ni kajiannya.
Dalam tablet gula-gula yang anda selalu makan tu mengandungi satu karbohidrat yang dipanggil Aspartame. Dia bukan calang-calang gula untuk peredaran otak dan darah yea. Dia 180 kali ganda manis daripada gula biasa yang anda makan, iaitu sukrosa. Rasanya sedap bukan? Tetapi gejala penyakitnya sangat banyak. Tak percaya? Cuba type "Aspartame side effects ". Dari situ anda akan terus membaca.
Aku faham. Kalau kita mengantuk dalam kuliah ataupun time study, mesti makan gula-gula untuk hilangkan rasa mengantuk. Lepas dah telan sebiji dua, baru boleh fokus, betul tak? Macam tu lah seterusnya. Kadang-kadang tu satu kotak gula-gula boleh dihabiskan dalam masa satu jam kuliah. Ok. Senang je penyelesaiannya, sebelum membeli gula-gula, cuba tengok senarai ingredient dahulu, kalau ada "Aspartame", sila elakkan. Dan satu lagi, cuba kurangkan pengambilan gula-gula, banyakkan meminum hasil galian mineral seperti air mineral atau air masak. Senangkan? Anda pun mampu mengubahnya.