Para Pengikut :)

Sunday, June 12, 2011

Mood Cinta Nora Eleh Nah!



Terlalu banyak cerita dekat TV mahupun pawagam. Macam-macam genre. Kalau gaduh tu, memang dari awal cerita sampailah ke akhir cerita, asiklah gaduh. Kalau cinta pulak, memang cinta dan berbunga-bungalah cerita tuh. Macam cerita Nora Elena. Mak aih, rating naik whoaa.


Aku minat cerita ni sebab penulis skripnya aku kenal. Sifu aku, Kak Maizura Md Ederis. Dia pernah buat skrip drama Nur Kasih. Bestlah semua cerita dia. Ok, leave it there. Sekarang ni, keluar pulak cerita Stanza Cinta. Cerita cinta jugak. Aku tengok trailer dia pun, memang cinta je memanjang.

Aku tepek poster. Mantap. Dah macam trilogy.

Macam-macam cerita yang diadaptasi dari novel. Habis semua novel kat MPH jadi drama. Silap haribulan, novel "Puteri Lindungan Bulan" pun jadi drama nanti. Haha. Aku bukan apa, cerita cinta macam ni, banyak bagi ilham kat kita tentang apa itu cinta. Bukan sekadar erti cinta tapi lebih kepada perspektif cinta sebenar. Penting ni. Kadang-kadang kita pun terjebak masuk dalam karakter. Nasib baik setiap dialog yang karakter tu cakap tak jadi sentence-fan-page kat facebook. Haha. Sakit betul tengok word biru tu keluar.


Anda suka? Jom like ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...