
Ini bukan tajuk filem atau pembongkaran sebuah kekusutan, chewah. Haha. Sebenarnya aku nak kupas tentang selama ini kita bercerekarama. Maksudnya, kita terlalu banyak berbohong, menipu dan berbohong balik. Alahai. Hidup ni seperti sebuah pembohongan jika tiada yang benar. Tapi bukan la selalu sangat cuma adakalanya kita berbohong. Tetapi untuk apa kita berbohong ni? Jom scroll untuk tengok rankingnya.
Ala, sweetnya. Kadang-kadang kita berbohong demi menjaga hati orang. Maklumlah, sedikit cakap boleh mengundang kegurisan hati yang bakal layu ditasik madu, wah!. Selalunya kita berbohong demi menjaga keharmonian rumahtangga, adik-beradik, dan kawan-kawan. Tapi kalau dah lantang tu, tak boleh nak buat apa-apa. Senyum je lah, tak perlu kata apa-apa. Haha.
Biasalah, kalau kita cakap terlalu benar pun nanti orang boleh fitnah macam-macam. Baik kita bohong sunat dari terlalu open sangat. Hati mertua pun boleh jaga, hati ibu bapa pun boleh jaga gak. Orang pun tak boleh fitnah-memfitnah. Biar kita-kita saja yang tahu. Haha.
Kenapa kita berbohong? Sebab nak jaga rahsia. Ish, takkanlah nak dedah semua cerita privasi dekat orang ramai, mestilah kena jaga semua masalah peribadi tu. Sama je macam kat atas, nanti boleh menimbulkan fitnah dan syak wasangka. Lagipun rahsia ni kita kongsi dengan orang faham dan boleh simpan rahsia ni dengan kemas. Kalau setakat rahsia kecantikan tu, nak cerita dekat Kate Middleton pun aku tak kesah. Haha.
Anda rasa macam mana? Bagi aku bohong ni semua orang buat. Tapi kalau orang tu betul-betul tak bohong, mesti selalu bercakap benar. That's good. Tapi kita berbohong sebab ada perkara tertentu yang perlu diselindungkan dan untuk menjaga hati, betul tak? Whose with me?
Suka entry ni? Jom like ;)