Para Pengikut :)

Monday, May 30, 2011

Lelaki Ini.


Bila letak tajuk macam tu, teringat pulak dekat lagu Anuar Zain yang sedap giler tu. Entry hari ini aku nak sentuh sedikit berkaitan lelaki ini. Lelaki mana? Lelaki ini lah. Haha. Jangan confuse sebab cerita lelaki ini berkaitan dengan lelaki yang wujud di dunia ini. Yea, semua yang memegang status lelaki. Aha.


Kenapa dengan lelaki ini? Apa kepentingannya kepada kaum hawa di dunia ini? Kenapa? Mengapa? Eh, sama lah tu. Jom scroll


Percaya atau tidak, lelaki ini yang sering menjadi ketua dalam sesuatu keluarga. Ketua nasihat, ketua dalam membuat keputusan, dan ketua agama dalam keluarga. Kita amik dari sudut positif sahaja. Aku tak nak biased. Lelaki ini yang sering mengetuai dalam majlis keluarga dan keraian. Sewaktu anak dilahirkan, lelaki ini yang menjadi ketua azan di cuping telinga anaknya.


Tidak dinafikan, perempuan juga mencari nafkah dalam sesebuah keluarga. Tetapi punca utama mata pencarian keluarga adalah pada lelaki ini. Kebanyakkannya, lelaki ini yang membayar lebih dari perempuan. Tetapi itu tidak dianggap masalah kerana sudah menjadi lumrah dalam sebuah kekeluargaan. Toleransi dan timbang rasa antara keduanya perlu ada.


Yang ni memang wajib dalam hukum akad. Lelaki lah yang menerima akad dan dari lelaki lah juga dia memberi akad. Berpeluh lelaki ini menghafal skrip akad. Takut-takut ditanya soalan wajib seperti doa qunut, bacaan dalam solat dan lain-lain lagi. Haha. Akhirnya lelaki ini yang menarik lafaz lega apabila perkataan 'sah' dilaungkan oleh beberapa saksi selepas selesai tunaikan akad dalam nikah. Alhamdulillah. Tersenyum lebar lelaki ini.


Yang ni penting. Bila hati si isteri tengah panas, lelaki ini yang memujuknya. Bila si isteri mengidam pelbagai macam makanan, lelaki ini yang pergi mencarinya. Lelaki ini sanggup meredah malam untuk mencari sesuap nasi untuk dimakan bersama. Bila si isteri sentap nak tengok Nur Kasih sedangkan lelaki ini nak tengok Pirates, lelaki ini mengalah dan memujuk kembali hati si isteri untuk menonton Nur Kasih bersama. Sweetnye lelaki ini. Pandai pujuk hati isteri.


Suka tak entry kali ini? Jom Like ;)

9 Babel:

Mek Onie said...

yesss,kita suka entri ni :)

say- O said...

bagus, nice!!

sopi, isi blog ko memang bermakna, keep it up!

Shaofie said...

meaw : time kasih.. teruskan menyokong yea.

is : thanx. aku buat ni pun berdasarkan ilham dtg secara tiba-tiba.

Cik Puan iLa said...

suke! heheehehe

✿ gadis biasa ✿ said...

lelaki ini yang menjadi ayah kepada anak wanita itu :))

p/s pepandai plak tambah.heheee

Shaofie said...

cik ila dan gadis biasa : thnx a lot. teruskan support yea..

Kembang Perawan 3288 said...

lelaki itu.... sering ...menyakitkan hati saya..

Shaofie said...

tapi ini tentang lelaki ini.bukan lelaki itu.

✿ gadis biasa ✿ said...

lelaki ini yang menanggung dosa perempuan itu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...