Para Pengikut :)

Sunday, May 29, 2011

Risaunya Dia Dengan Kita.


Terima kasih sebab sudi baca entry sebelum ni. Korang memang terbaeklah! Sebenarnya aku suka berkongsi rahsia kehidupan yang boleh menyedarkan diri sendiri. Dah macam blog fakta pulak. Tapi, as long as aku bernafas. Aku nak share everything yang tak perlu kita privasikan. Haha. Jom kita tengok apa pulak kali ni.


Macam dedikasi khas Hari Ibu pulak, tapi Hari Ibu dah lepas. Takpe, tiap-tiap hari adalah Hari Ibu. Kalau baca ni, kadang-kala ada yang aku reka tapi ada juga betulnya. Tapi rasanya semua betul kot. Haha. Jom check satu-satu. Apa yang mak risaukan tentang anda?


Sejak dari kandungan lagi, ibu terlalu risaukan tentang kandungannya. Kalau korang nak tahu, ibulah yang sangat faham sebab dia mengangungkan anda. Bila dia tak dapat makan sehari, dia sering memikirkan jalan lain semata-mata risaukan anda yang ada dalam perut tu. Bila anda dah sedia untuk keluar, bukan main aktiflagi menendang menunjukkan reaksi positif. Bila anda dah keluar, airmata ibu mana yang tak mengalir. Risaunya tiada lagi sebab anda dah dalam dakapannya.


Siapa masak dekat rumah kalau bukan mak, betul tak? Dia tahu apa yang anda suka. Dia tahu apa yang anda gemar. Masa kita kecil, kita sering makan benda kecil atas meja. Pantang nampak benda yang boleh disumbat, semua dikebas. Lepas tu cepat-cepat mak keluarkan dari mulut kita, betul tak? Dia risau tentang apa yang kita makankan tu. Takut ada kuman. Betapa risaunya dia tentang kita kan? Sampai sekarang mak selalu pesan "Jaga makan minum tu, baca bismillah selalu", ade kan?


Sejak masuk tadika lagi, dia risaukan tentang pelajaran anda. Lebih-lebih lagi ibu yang sedang belajar separuh masa di universiti ni, lagi risau tentang anak-anak mereka. Risau tentang segalanya pasal pelajaran anak mereka. Apa yang anda belajar? prestasi pembelajaran anda? Detail. Tapi kita kadang-kadang melencong sana sini bila dah dekat dengan pagar sekolah. Pastu bila ibu tanya "Macam mana sekolah hari ni?", kita pun sering jawab "Ok je. Takde pape berlaku". Haish. Betapa risaunya ibu, kan? Sebab itu sampai sekarang, ibu selalu pesan "Belajar rajin-rajin tau".


Perangai pun perkara yang sering dirisaukan ibu anda. Bila di sekolah, macam mana pergaulan anda? Semua dia nak tahu semata-mata sayangkan anda. Kadang-kadang, bila anda sering bertukar sekolah ni menyebabkan anda kurang pergaulan. Anda rindu kawan lama, betul tak? Dari situlah ibu mula risau tentang pergaulan anda. Bila terlebih sosial pun, ibu sering risau. Bila ibu tak beri kebenaran keluar rumah bukan bermakna ibu mengongkong anda, tetapi dia risau. Sebab itu, bila dah besar, ibu sering ingatkan kita "Jaga diri elok-elok" atau "Jangan terlampau seronok sangat".


Yang ni paling dirisaukan oleh mak anda. Cuba fikir sejenak, sesudah sahaja akad diucapkan oleh pengantin lelaki, airmata ibu pun mengalir. Sebab apa? Mak anda menanges sebab telah sekian lama menjaga anda, kini, anda sudah berumahtangga dan punyai tanggungjawab besar. Susah nak berenggang dengan mak terutamanya yang perempuan. Hati ibu sangat kuat dengan naluri anaknya. Mak pun risau tentang kehidupan anda seterusnya sebagai suami isteri. Lalu mak berkata "Semuga dapat tempuhi alam perkahwinan dengan berkat dan bahagianya". Risaunya mak terhadap kita, kan?


Suka baca? Jom like ;)

1 Babel:

bib2426 said...

kasihnye ibu bawa ke syurga..HEHE~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...