Para Pengikut :)

Sunday, May 8, 2011

Dua Wanita.


Dua wanita,
Satu tabah,
Satu cekal.

Tiada dua,
Satu pun tiada.

Pertama,
Melahirkan,
Membesarkan,
Memberikan,
Apa yang tiada yang lain berikan.
9 bulan bersabar,
9 bulan sarat,
Untuk mengendong aku di dalamnya.

Aku menangis tidak terkira,
Aku marah bila murka,
Aku gembira bila bersama,
Kau ada, selalu dan sentiasa ada.


Kedua,
Menghiburkan,
Mendengar,
Bersabar,
Dengan setiap perlakuan,
Perkataan yang aku lemparkan.
Tetapi senyuman yang diberikan.

Ucapan perangsang menjadi ikatan,
Kata penguat pasti dihiburkan,
Senyuman manis jadi kukuhan,
Sentiasa ada, walau jauh di mata.


Pertama dan Kedua,
Orang kuat,
Tulang belakang
Seluruh badan.
Pertama ibu, kedua kawan.
Menyambut keduanya di tarikh keramat.

Pertama,
Selamat Hari Ibu diucapkan,
Puan Rajemah Ayop.

Kedua,
Selamat Menyambut Hari Kelahiran,
Nur Faraha'ain Ibrahim.

Semuga dipanjangkan umur dan hidup berkekalan.
Aku sayang keduanya tiada penyesalan.
Sehingga mati jadi buktian.

Pertama dan Kedua.

5 Babel:

SoLy SoLicious said...

selamat hari mama...

p/s : yg sorg lg 2 sapo sopie?

Shaofie said...

soly, bace lah puisi aku tu tol2. heheheh

~ i K i N ~ said...

wow! incik sopi,
comel laa kak ayyin.
kuikui~ sweet!

Shaofie said...

ikinnn!!! hehehe.
ain tgh blushing tuh. haha

Rozuan Ismail said...

2 wanita?Selamat hari ibu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...