Tak terlambat untuk aku ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di serata dunia dan khususnya di Malaysia.
Korang dah wish cikgu-cikgu semua? Ok, tak sempat takpe. Kita doakan kesejahteraan mereka pun sudah memadai. Hari ini, aku nak bincangkan tentang "siapa guru sebenarnya?". Seperti yang kita tahu, orang yang selalu kita wish hari guru pasti pada insan yang betul-betul bergelar Guru, Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Puan, Encik dan lain-lain lagi. Tapi,
Selain daripada guru di Sekolah, kawan juga di anggap guru? Simple. Apa maksud guru yang anda semua faham?
Semua yang dimaksudkan di atas ada juga dalam diri seorang rakan/kawan. Cuba bayangkan bila korang study group, siapa yang ajar bila sukar difahami? Siapa yang marah bila korang susah nak study? Siapa yang betulkan bila korang salah? See. Mudah kan? Jadi, kawan-kawan di sekeliling anda juga merupakan guru yang tidak henti melemparkan senyuman dan terus mengajar korang tanpa jemu. Siang malam mencari jalan penyelesaian untuk berbincang dengan korang, berhempas pulas nak kita semua berjaya sama. Mulianya hati seorang kawan. Cuba kita tune sikit wish tuh menjadi;
To all friends and teacher's around Malaysia, Selamat Hari Pendidik. Terima kasih kerana mengajar erti manusia berguna, erti kesusahan menggapai segenggam ilmu dan pengorbanan anda semua, tetap ingat sehingga ke liang lahad. Tak dapat di balas dengan wang ringgit, Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa anda semua.
" Terima kasih daun keladi,
Jasamu ku kenang sehingga mati.."
P/s : Hari-hari, cekgu main bola.
Cekgu sudah tidur, jom kita main!!
4 Babel:
amboi..sempat lagi kt bawah tu ye,cikgu suka main bola..hahaha
:)
hahaha. kenal ke dialog tu dari cerita apa? haha
salam..
terima kasih...
abg eq ni cikgu boleh, penasyarah boleh...tutor un boleh..hehe
hehehe.. cikgu sekarang main jugak, tapi bukan kejar bola tapi kejar student..
Post a Comment