Para Pengikut :)

Sunday, May 8, 2011

Minyak Wangi Dari Pokok Gaharu? Apa tu?


Ingat lagi tak tentang projek tesis aku yang berkaitan tentang Pokok Balak? Ok. Itu memang cerita lama. Sangat malas nak cari backlink. Bukan itu yang aku nak cerita balik. Tapi cerita yang sedang berlaku sekarang ini. Aku baru mula menjalani praktikal di Forest Research Institute Malaysia, ape kebenda tu? Itulah nama panjang untuk singkatan FRIM. Yea, FRIM.


Dekat FRIM ni aku di tempatkan di bahagian Tumbuhan Ubatan. Dan projek terbesar yang sedang di jalankan di FRIM ni ialah Projek Pokok Gaharu. So, aku sebagai budak praktikal adalah menolong dalam proses ekstraksi, isolasi untuk menghasilkan minyak pati gaharu. Tahukan anda apa itu gaharu? Meh sini aku ce cite.


Ok. Gaharu datangnya daripada Pokok Karas iaitu spesies Aquilaria. Pokok karas merupakan pokok yang besar sebesar pokok balak yang digunakan untuk proses menghasilkan minyak pati gaharu. Ok, minyak pati tu lebih kepada minyak wangi-wangian untuk pelbagai kegunaan. kebiasaannya, minyak ini mendapat permintaan yang tinggi di negara timur tengah kerana sering digunakan orang sana untuk pewangi badan dan lain-lain.


Dan tahukah anda bahawa dengan adanya pokok karas ini anda boleh jadi kaya? Ini memang terbukti beberapa rakyat Malaysia kita yang telah pun menjadi jutawan minyak. Kalau nak dibandingkan dengan minyak wangi Dunhill, Polo, Paris Hilton atau Kim Kardashian sekalipun, tidak boleh melawan minyak wangi gaharu ini. Kerana apa? cuba check kat bawah ni.

Cuba lihat betul-betul, walaupun gaharu tu Gred E, harga sekilogram adalah 3K. Cuba bayangkan kalau banyak yang dapat, berapa K yang bakal anda dapat dalam sebulan? Pergh, kayo pakcik. Tapi ketahuilah anda bahawa untuk membesarkan pokok karas ni bukannya senang. Dan untuk mengekstrak pokok ni menjadi minyak pun bukannya semudah yang disangka. Kadang-kadang kalau kita potong 100 pokok karas pun, belum tentu boleh hasilkan 100 kg minyak gaharu. Ha, cuba bayangkan macam mana orang tu boleh kaya? Memang kena usaha lebih. Aku yang duduk dekat lab mencari minyak tu pun perlukan kesabaran. So, setakat ni anda semua dah faham kenapa Pokok Karas ni orang tergila-gilakan sangat? Inilah faktanya. Kalau ada benih dia, tanamlah dan tunggulah lagi 2-3 tahun, maka, juallah dekat Pak Arab Emiriah tu, mesti Kayo Pakcik lepas tuh.

10 Babel:

taty rosley said...

den na jadikkk kayooooo !

Shaofie said...

yeay! mari kayo samo2...

Aida Lela said...

mahalnyeee..

Shaofie said...

tu lah.. mahal giler! leh kaye org yg cari kayu tuh.. hehe

Dekcik said...

biar benar...huhu..mahal gak..

entry baru klu rajin singgah..=)
http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/owh-lelaki.html

Shaofie said...

betul.. mahall gilerr!!!

SoLy SoLicious said...

aku nak tanam gaharu gred A super la..kayo2.. hahaha..

p/s : jum bc entry ak la.. hee

Shaofie said...

ko klu kaya, lajue aje soly oiii.. hahaha

doyah said...

blanjo satu botol besaaaaaaaqqq minyak wangi! :P

Emee said...

apa maksud logo frim eh weh?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...