Para Pengikut :)

Monday, May 30, 2011

Lelaki Ini.


Bila letak tajuk macam tu, teringat pulak dekat lagu Anuar Zain yang sedap giler tu. Entry hari ini aku nak sentuh sedikit berkaitan lelaki ini. Lelaki mana? Lelaki ini lah. Haha. Jangan confuse sebab cerita lelaki ini berkaitan dengan lelaki yang wujud di dunia ini. Yea, semua yang memegang status lelaki. Aha.


Kenapa dengan lelaki ini? Apa kepentingannya kepada kaum hawa di dunia ini? Kenapa? Mengapa? Eh, sama lah tu. Jom scroll


Percaya atau tidak, lelaki ini yang sering menjadi ketua dalam sesuatu keluarga. Ketua nasihat, ketua dalam membuat keputusan, dan ketua agama dalam keluarga. Kita amik dari sudut positif sahaja. Aku tak nak biased. Lelaki ini yang sering mengetuai dalam majlis keluarga dan keraian. Sewaktu anak dilahirkan, lelaki ini yang menjadi ketua azan di cuping telinga anaknya.


Tidak dinafikan, perempuan juga mencari nafkah dalam sesebuah keluarga. Tetapi punca utama mata pencarian keluarga adalah pada lelaki ini. Kebanyakkannya, lelaki ini yang membayar lebih dari perempuan. Tetapi itu tidak dianggap masalah kerana sudah menjadi lumrah dalam sebuah kekeluargaan. Toleransi dan timbang rasa antara keduanya perlu ada.


Yang ni memang wajib dalam hukum akad. Lelaki lah yang menerima akad dan dari lelaki lah juga dia memberi akad. Berpeluh lelaki ini menghafal skrip akad. Takut-takut ditanya soalan wajib seperti doa qunut, bacaan dalam solat dan lain-lain lagi. Haha. Akhirnya lelaki ini yang menarik lafaz lega apabila perkataan 'sah' dilaungkan oleh beberapa saksi selepas selesai tunaikan akad dalam nikah. Alhamdulillah. Tersenyum lebar lelaki ini.


Yang ni penting. Bila hati si isteri tengah panas, lelaki ini yang memujuknya. Bila si isteri mengidam pelbagai macam makanan, lelaki ini yang pergi mencarinya. Lelaki ini sanggup meredah malam untuk mencari sesuap nasi untuk dimakan bersama. Bila si isteri sentap nak tengok Nur Kasih sedangkan lelaki ini nak tengok Pirates, lelaki ini mengalah dan memujuk kembali hati si isteri untuk menonton Nur Kasih bersama. Sweetnye lelaki ini. Pandai pujuk hati isteri.


Suka tak entry kali ini? Jom Like ;)

Sunday, May 29, 2011

Risaunya Dia Dengan Kita.


Terima kasih sebab sudi baca entry sebelum ni. Korang memang terbaeklah! Sebenarnya aku suka berkongsi rahsia kehidupan yang boleh menyedarkan diri sendiri. Dah macam blog fakta pulak. Tapi, as long as aku bernafas. Aku nak share everything yang tak perlu kita privasikan. Haha. Jom kita tengok apa pulak kali ni.


Macam dedikasi khas Hari Ibu pulak, tapi Hari Ibu dah lepas. Takpe, tiap-tiap hari adalah Hari Ibu. Kalau baca ni, kadang-kala ada yang aku reka tapi ada juga betulnya. Tapi rasanya semua betul kot. Haha. Jom check satu-satu. Apa yang mak risaukan tentang anda?


Sejak dari kandungan lagi, ibu terlalu risaukan tentang kandungannya. Kalau korang nak tahu, ibulah yang sangat faham sebab dia mengangungkan anda. Bila dia tak dapat makan sehari, dia sering memikirkan jalan lain semata-mata risaukan anda yang ada dalam perut tu. Bila anda dah sedia untuk keluar, bukan main aktiflagi menendang menunjukkan reaksi positif. Bila anda dah keluar, airmata ibu mana yang tak mengalir. Risaunya tiada lagi sebab anda dah dalam dakapannya.


Siapa masak dekat rumah kalau bukan mak, betul tak? Dia tahu apa yang anda suka. Dia tahu apa yang anda gemar. Masa kita kecil, kita sering makan benda kecil atas meja. Pantang nampak benda yang boleh disumbat, semua dikebas. Lepas tu cepat-cepat mak keluarkan dari mulut kita, betul tak? Dia risau tentang apa yang kita makankan tu. Takut ada kuman. Betapa risaunya dia tentang kita kan? Sampai sekarang mak selalu pesan "Jaga makan minum tu, baca bismillah selalu", ade kan?


Sejak masuk tadika lagi, dia risaukan tentang pelajaran anda. Lebih-lebih lagi ibu yang sedang belajar separuh masa di universiti ni, lagi risau tentang anak-anak mereka. Risau tentang segalanya pasal pelajaran anak mereka. Apa yang anda belajar? prestasi pembelajaran anda? Detail. Tapi kita kadang-kadang melencong sana sini bila dah dekat dengan pagar sekolah. Pastu bila ibu tanya "Macam mana sekolah hari ni?", kita pun sering jawab "Ok je. Takde pape berlaku". Haish. Betapa risaunya ibu, kan? Sebab itu sampai sekarang, ibu selalu pesan "Belajar rajin-rajin tau".


Perangai pun perkara yang sering dirisaukan ibu anda. Bila di sekolah, macam mana pergaulan anda? Semua dia nak tahu semata-mata sayangkan anda. Kadang-kadang, bila anda sering bertukar sekolah ni menyebabkan anda kurang pergaulan. Anda rindu kawan lama, betul tak? Dari situlah ibu mula risau tentang pergaulan anda. Bila terlebih sosial pun, ibu sering risau. Bila ibu tak beri kebenaran keluar rumah bukan bermakna ibu mengongkong anda, tetapi dia risau. Sebab itu, bila dah besar, ibu sering ingatkan kita "Jaga diri elok-elok" atau "Jangan terlampau seronok sangat".


Yang ni paling dirisaukan oleh mak anda. Cuba fikir sejenak, sesudah sahaja akad diucapkan oleh pengantin lelaki, airmata ibu pun mengalir. Sebab apa? Mak anda menanges sebab telah sekian lama menjaga anda, kini, anda sudah berumahtangga dan punyai tanggungjawab besar. Susah nak berenggang dengan mak terutamanya yang perempuan. Hati ibu sangat kuat dengan naluri anaknya. Mak pun risau tentang kehidupan anda seterusnya sebagai suami isteri. Lalu mak berkata "Semuga dapat tempuhi alam perkahwinan dengan berkat dan bahagianya". Risaunya mak terhadap kita, kan?


Suka baca? Jom like ;)

Saturday, May 28, 2011

Tanda Awal Anda Bakal Kahwin.



Soal jodoh siapa yang tahu kan? Kita hanya mampu merancang tetapi Allah Yang Maha Kuasa yang berhak tentukan. Kita sebagai makhluk hanya mampu berusaha mencapai sesuatu yang dituntut dalam agama. Ok. Selesai tazkirah awal. Cerita malam ni berkaitan dengan Jodoh. Petanda awal dilemma nak kahwen. Manalah tahu petanda yang aku berikan ni seakan-akan ada pada korang semua. Ape lagi?. Jom Scroll.




Kalau nama dia je yang muncul dekat mesej, mana tak ngigau malam. Watak yang sama dalam mimpi indah setiap malam. Rasanya sampai hp tu memang ada contact list nama dia je lah. Macam orang lain tak wujud dalam list. Mesej dengan dia pun berbunga-bunga. Sampai bunga kat luar rumah pun layu tengok korang yang asek tersengih-sengih depan hp.


Bila kawan ajak makan, mula lah dialog ni keluar. "Erm, aku saving lah", "Korang makan dulu lah, aku dah makan kat rumah tadi", "Aku tengah diet ni". Haa, biasa dengar word tu kan? Itulah lah tanda-tanda tengah saving duit untuk kahwin. Kadang-kadang tu, sanggup makan meggi empat bulan before kahwin saving punya pasal. Bajet untuk hantaran lagi, mas kahwin, hutang honeymoon kat syarikat penerbangan lagi. Kesian laki nak membayornye. Sampai bersaving yea.


Ini fenomena terkini. Kalau takde video orang yang kahwen, tak sah. Tengoknya secara berjemaah lagilah wajib. Tapi kalau tengok sorang, memang feel. Kalau boleh, video kahwen artis tuh, ulang sampai berpuluh kali sebab terlalu taksub nak kahwen. Terbaru, lepas tengok video Kate dengan William kahwen tuh, berapa juta orang yang mengidam nak kahwen macam dia. Fuh, memang video wedding ni bagi aura kepada sesiapa yang belum kahwen.


Yang ini, lagilah melonjak kegirangan apabila mak mula bercakap tentang wanita itu. Susah tau hati emak ni nak berkenan pada seseorang. Hati emak je yang faham naluri anaknya nak yang macam mana. Ayah tak kesah. Janji kau bahagia sudah. Kalau mak korang cakap macam ni, suruh cepat mak masuk minang. Nanti kena kebas. Haha.


Ini terlampau parah. Kalau setiap malam asek bermimpi pasal dia, itu dah kira paling teruk. Yang paling tak boleh blah, setiap malam berepisod pulak tuh. Haish. Memang kena kahwen esoknye jugak. Tapi susah jugak nak cari orang macam ni. Aktif bermimpi. Haha.


Kalau korang mintak tolong dari mak, sah! mak korang gelakkan balik. "Takdo ujan, takdo ribut, ekau nak belaja memasak? Gilo ko? Hahah". Memang kena bahan satu hari satu malam. Korang mintak resepi pun belum tentu dapat, sebab mak korang asek tergelak je dari tadi. Haha. Lepas dari tu baru mak korang perasan bahawa anaknya bakal masuk fasa baru iaitu gatal nak kahwin. Haha.


Ok, yang ini sangat tak boleh terima. Memang gatal nak kahwen pun. Bayangkan kalau tiba-tiba berdating, keluar dari mulut pasangan anda pasal anak? Nampak beno nipunye. Haha. Mesti tergamam korang kan? Belum kahwen lagi dah fikir pasal anak? Memang advanced. Memang dah tak sabar nak dilamar. Kahwen je lah, elakkan maksiat. Betul tak?


So, dalam 7-7 ni,

Suka baca? Jom like :)

Sunday, May 22, 2011

Suka Sangat Simbah Asid.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, moga anda sihat bahagia (IniAnwarHadi, 2011). Hari Ahad, hari bersenang lenang dunia. Esok masuk kerja. Letih seperti biasa. Sebelum tu, jom dengar seperkara yang nak aku kongsikan bersama. Apa dia? tentang..


Tentang Asid. Atau Acid jika dalam bahasa inggerisnya. Ok. Kalau korang dengar boleh kata tiap-tiap hari cerita pasal asid ni. Simbah asid lah, Curah Asid dekat muka lah, Baling Asid kat bini lah. Macam-macam. Tapi yang memusykilkan aku adalah..


Pelik kan? Aku sebagai Warga Kimia pun tahu bagaimana susahnya nak mencari bahan kimia seperti itu sebab benda tu sangat terhad. Aku risau mereka lagi licik dalam pembuatan industri bahan kimia ni. Sebab bila tengok di dada akhbar, mereka simbah asid tu sama macam mudah untuk mendapatkannya. Ish. Ok, Aku bukan nak kupas on how they smart to get that, tapi nak beritahu langkah keselamatan berjaga-jaga. Let's take a look.


Jika anda baca ini, harus ditegaskan bahawa dilarang sama sekali membuka tingkap jika ada sesiapa yang ketuk meminta tingkap untuk diturunkan kecuali Polis Trafik. Jika orang itu anda sangat curiga, Jangan buka. Buat tak tahu sahaja. Fokus memandu. Dan sekiranya anda menbonceng motor atau membawa motor, keselamatan kepala harus pada setiap masa dan sila pastikan topi keledar anda dilengkapi dengan visor/shielding. Jangan buka visor itu selagi tidak sampai ke destinasi. Please, this is amaran.


Yang ni pun perlu di ambil berat. Acid Man ni ada dimana-mana. Apabila anda memakai short sleeves, tangan anda terdedah kepada pereputan kulit apabila terkena asid. Jadi, untuk keselamatan, pakai lah sweater, atau pun baju lengan panjang untuk langkah keselamatan. Memang Malaysia ni tengah panas bahang, tapi mana yang anda pentingkan? Panas dunia atau keselamatan yang boleh meragut jiwa? Fikir kan.


Ini paling penting mulai dari hari ini. Anda tidak kenal rupa sebenar Acid Man tu, jadi, jangan terlalu mudah untuk mempercayai orang sekeliling anda. They will do anything they want. Jika memandu, jangan mudah bertanya dengan pembonceng motor. Jika berjalan, jangan berseorangan dan selalu berhati-hati jika bersendirian. Jika terdengar berita tentang Acid Man yang ada dimana-mana, sila ambil berat, jangan cepat panik dan selalu berjaga-jaga. Selalu membaca doa pelindung bagi yang beragama islam. InsyaAllah, Dia akan selalu bersama kita semua.


Wednesday, May 18, 2011

Siapa Guru Sebenarnya?


Tak terlambat untuk aku ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di serata dunia dan khususnya di Malaysia.

Korang dah wish cikgu-cikgu semua? Ok, tak sempat takpe. Kita doakan kesejahteraan mereka pun sudah memadai. Hari ini, aku nak bincangkan tentang "siapa guru sebenarnya?". Seperti yang kita tahu, orang yang selalu kita wish hari guru pasti pada insan yang betul-betul bergelar Guru, Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Puan, Encik dan lain-lain lagi. Tapi,


Selain daripada guru di Sekolah, kawan juga di anggap guru? Simple. Apa maksud guru yang anda semua faham?


Semua yang dimaksudkan di atas ada juga dalam diri seorang rakan/kawan. Cuba bayangkan bila korang study group, siapa yang ajar bila sukar difahami? Siapa yang marah bila korang susah nak study? Siapa yang betulkan bila korang salah? See. Mudah kan? Jadi, kawan-kawan di sekeliling anda juga merupakan guru yang tidak henti melemparkan senyuman dan terus mengajar korang tanpa jemu. Siang malam mencari jalan penyelesaian untuk berbincang dengan korang, berhempas pulas nak kita semua berjaya sama. Mulianya hati seorang kawan. Cuba kita tune sikit wish tuh menjadi;


To all friends and teacher's around Malaysia, Selamat Hari Pendidik. Terima kasih kerana mengajar erti manusia berguna, erti kesusahan menggapai segenggam ilmu dan pengorbanan anda semua, tetap ingat sehingga ke liang lahad. Tak dapat di balas dengan wang ringgit, Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa anda semua.

" Terima kasih daun keladi,
Jasamu ku kenang sehingga mati.."



P/s : Hari-hari, cekgu main bola.
Cekgu sudah tidur, jom kita main!!

Wednesday, May 11, 2011

Perbualan Harian Tiada Kamus Dewan.


Aku rasa, ramai orang selalu sebut perkataan ni. Korang pun mesti selalu sebut perkataan ni. Orang sekeliling pun selalu gak mengeluarkan perkataan ni. Perkataan apa? Ini lah..


Bukan kot untuk baju, dan bukan juga short form untuk kedekut. Tapi perkataan yang sering korang semua lemparkan dalam kehidupan seharian. Seperti;


Tengok, memang selalu ada dalam perbualan. Tetapi korang tahu tak bagaimana perkataan itu terjadi? Simple je. Perkataan ini terjadi apabila kita mempunyai perasaan yang sangsi dan tidak pasti. Kita kan tak mampu berjanji, maka, perkataan 'kot' terjatuh ke bumi ini dan kita pun mula menyebutnya dengan kerap. Cuba bandingkan perbezaan di bawah ini.


Cuba baca berulang kali. Jika yang pertama itu, apabila korang tanya soalan dan dia menjawab "datang". Konfirm korang rasa "Pergh, giler confident mamat ni". Walhal bila korang tanya soalan lagi sekali, dan dia menjawab "datang kot". Mesti korang fikir " Err.. macam was-was je mamat ni". Aha, nampak tak kaedah psikologi dekat sini. Satu perkataan kita tambah boleh ubah segala maksud dalam content jawapan tu. Aku pun selalu guna kot. Opps, aku pun selalu guna perkataan tu. Yelah, lidah dah terbiasa dengan kamus dewan sendiri. Tapi, janganlah sampai kita hanyut dengan perkataan tu. Bila temuduga atau pembentangan, kita kena confident dengan semua jawapan sendiri supaya orang yang mendengar tu berkata;



P/S : Haha. gurau-gurau.

Monday, May 9, 2011

Apa Itu Cinta Sebenarnya?


Bila orang tanya;

Aku menggeleng kepala. Tapi orang tanya lagi;


Aku geleng kepada buat kali kedua. Orang tu tak puas hati. Dan berkata. Tak percayalah. Ok, fine. Pernah. What? Pernah?. I did. Untuk lari dari sebarang spekulasi, Aku berkata "Ya, Aku pernah". Tetapi cinta aku kekal dan agung. Tapi cinta apa?


Yes. One and only. Cinta aku pada manusia sangat agung. Agung di sisi agama dan agung dari sisi kehidupan seharian. Walaupun, dia berkulit hitam, kita tetap cinta. Walaupun warna rambut sama, hati lain-lain, tapi tetap ada cinta antara kita. Manusia sering lupa. Ya, itu aku setuju. Tapi masih ada manusia yang sering mengingatkan kita ketika alpa. Cintanya pada manusia itu, betul tak? Bila sering kita lupa di mana asalnya? Manusialah yang tunjukkan semuanya dari permulaan. Cintanya dia pada manusia itu, kan? . Agung kan cinta kita?


Cinta tak buta. Tapi perasaan cinta yang lahir dari manusia itu sendiri yang buta. Cinta itu subjektif. Boleh suka sesiapa. Naluri kita yang kata sama ada dia adalah untuk kita ataupun bukan. Cinta adalah untuk semua. Anda berhak miliki cinta. Tapi, penggunaan cinta mestilah betul pada landasannya. Sedikit tergelincir, maka tersasarlah jalannya. Aku boleh katakan cinta itu amat istimewa kerana memberi seribu erti yang bermakna. Cinta disisi-Nya adalah Agung dan Nyata. Dengan itu,

Kepada dia, dan manusia.
Dengan Nyata.
Di jalan Agama.
InsyaAllah, diberkati oleh-Nya.

Sunday, May 8, 2011

Dua Wanita.


Dua wanita,
Satu tabah,
Satu cekal.

Tiada dua,
Satu pun tiada.

Pertama,
Melahirkan,
Membesarkan,
Memberikan,
Apa yang tiada yang lain berikan.
9 bulan bersabar,
9 bulan sarat,
Untuk mengendong aku di dalamnya.

Aku menangis tidak terkira,
Aku marah bila murka,
Aku gembira bila bersama,
Kau ada, selalu dan sentiasa ada.


Kedua,
Menghiburkan,
Mendengar,
Bersabar,
Dengan setiap perlakuan,
Perkataan yang aku lemparkan.
Tetapi senyuman yang diberikan.

Ucapan perangsang menjadi ikatan,
Kata penguat pasti dihiburkan,
Senyuman manis jadi kukuhan,
Sentiasa ada, walau jauh di mata.


Pertama dan Kedua,
Orang kuat,
Tulang belakang
Seluruh badan.
Pertama ibu, kedua kawan.
Menyambut keduanya di tarikh keramat.

Pertama,
Selamat Hari Ibu diucapkan,
Puan Rajemah Ayop.

Kedua,
Selamat Menyambut Hari Kelahiran,
Nur Faraha'ain Ibrahim.

Semuga dipanjangkan umur dan hidup berkekalan.
Aku sayang keduanya tiada penyesalan.
Sehingga mati jadi buktian.

Pertama dan Kedua.

Minyak Wangi Dari Pokok Gaharu? Apa tu?


Ingat lagi tak tentang projek tesis aku yang berkaitan tentang Pokok Balak? Ok. Itu memang cerita lama. Sangat malas nak cari backlink. Bukan itu yang aku nak cerita balik. Tapi cerita yang sedang berlaku sekarang ini. Aku baru mula menjalani praktikal di Forest Research Institute Malaysia, ape kebenda tu? Itulah nama panjang untuk singkatan FRIM. Yea, FRIM.


Dekat FRIM ni aku di tempatkan di bahagian Tumbuhan Ubatan. Dan projek terbesar yang sedang di jalankan di FRIM ni ialah Projek Pokok Gaharu. So, aku sebagai budak praktikal adalah menolong dalam proses ekstraksi, isolasi untuk menghasilkan minyak pati gaharu. Tahukan anda apa itu gaharu? Meh sini aku ce cite.


Ok. Gaharu datangnya daripada Pokok Karas iaitu spesies Aquilaria. Pokok karas merupakan pokok yang besar sebesar pokok balak yang digunakan untuk proses menghasilkan minyak pati gaharu. Ok, minyak pati tu lebih kepada minyak wangi-wangian untuk pelbagai kegunaan. kebiasaannya, minyak ini mendapat permintaan yang tinggi di negara timur tengah kerana sering digunakan orang sana untuk pewangi badan dan lain-lain.


Dan tahukah anda bahawa dengan adanya pokok karas ini anda boleh jadi kaya? Ini memang terbukti beberapa rakyat Malaysia kita yang telah pun menjadi jutawan minyak. Kalau nak dibandingkan dengan minyak wangi Dunhill, Polo, Paris Hilton atau Kim Kardashian sekalipun, tidak boleh melawan minyak wangi gaharu ini. Kerana apa? cuba check kat bawah ni.

Cuba lihat betul-betul, walaupun gaharu tu Gred E, harga sekilogram adalah 3K. Cuba bayangkan kalau banyak yang dapat, berapa K yang bakal anda dapat dalam sebulan? Pergh, kayo pakcik. Tapi ketahuilah anda bahawa untuk membesarkan pokok karas ni bukannya senang. Dan untuk mengekstrak pokok ni menjadi minyak pun bukannya semudah yang disangka. Kadang-kadang kalau kita potong 100 pokok karas pun, belum tentu boleh hasilkan 100 kg minyak gaharu. Ha, cuba bayangkan macam mana orang tu boleh kaya? Memang kena usaha lebih. Aku yang duduk dekat lab mencari minyak tu pun perlukan kesabaran. So, setakat ni anda semua dah faham kenapa Pokok Karas ni orang tergila-gilakan sangat? Inilah faktanya. Kalau ada benih dia, tanamlah dan tunggulah lagi 2-3 tahun, maka, juallah dekat Pak Arab Emiriah tu, mesti Kayo Pakcik lepas tuh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...