Para Pengikut :)

Wednesday, August 24, 2011

Bila Lelaki Memasak.


Assalamualaikum. Pejam celik kita dah nak dekat raya. Oh Em Gee!! Baju raya? Ala, pakai yang lepas je. Ok. Let's straight forward. Bila lelaki masuk dapur, pelik tak? Bukan masuk dapur buka peti ais lah, tapi memasak. Haha. Harini aku nak share resipi macam mana nak buat Puding Roti Laici untuk juadah bersahur pun boleh. Haha. Ala, masak basic dulu. Lek-lek lu. Here we go.


Bahan A;
Sebuku Roti (Guna half pun boleh, sukehati)
Setin Laici (Asingkan laici dengan airnya)


Bahan B;
1 tin susu cair
2 biji telur
1/2 Cawan gula halus
2 sudu tepung jagung
2 cawan air (gantikan air ni dengan air dari buah laici tu)

Cara-cara;
1- Koyakkan roti dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan laici, koyak-koyakkan menjadi kecil seperti cinta.
2- Campurkan semua bahan B tadi. Kacau dengan penuh rasa belai mesra. Jangan terlalu pekat sangat dan jangan terlalu cair sangat. Tepung jagung tu nak kasi pekat je.
3- Rendam roti dan laici tadi dalam bahan B dan bagi dia mesra alam selama lebih kurang 45 minit.
4- Masukkan dalam acuan (loyang), bakar selama sejam (180 darjah celcius)
5- Siap! (dah boleh buat muka bangga)



Mudah kan? Ala, semua orang boleh buat. By the way, laici tu boleh juga digantikan dengan buah koktail. Satu lagi, puding ni boleh juga dimakan dengan caramel (cairkan gula perang+air). Tapi laici dengan gula halus tuh dah cukup memaniskan puding. Sukehati korang lah. Haha. So, cubalah sebelum terlambat. Tak rugi cuba.

p/s : Tq cik ikin for the resipi.


Suka entry ni? Jom like ;)

12 Babel:

kembatolo™ said...

ececey.. kecik2 seperti cinta tu camane? actually, boleh jelaskan tak cinta tu camane? hak3

Shaofie said...

hahaha. cinta tuh adalah kasih sayang. so, seikhlas hati. hahaha. saje je tuh. melankolik sket.

Amirah Suhana said...

cehwah ..guna ayat cinta tu tokleh bla..hahhaha

good2 :) pandai masak eaa

Shaofie said...

amirah : boleh lah sikit2. ala, benda simple je. btw, cinta tu kasi gempak je. hahahaha.

mAy Lee said...

ase cam baru bukak blog chef jap mse tgk resipi tu.. ahaha.. peace!! >,< v

Shaofie said...

ahaha. blog bukan chef tapi chef-wanna-be.

echa takashimaya said...

pandainyee masak.kalah kita yang perempuan ni.hehe

Hans said...

nampak sedap
lama aku xmakan puding roti nih

Jom Sign Up Online Survey Ini Dan Tebus Hadiah Anda

Mr.NS said...

kalau nk letak buah durian ke langsat ke boley??

Nurfarahana Abdul Aziz said...

Kacau dengan penuh rasa belai mesra tu memang tak leh blah..haha adeh

@ Syima Raaif @ said...

wahh kagum hehe :D

Hanis MY said...

wow yummynya!
selamat hari raya Shaofie, maaf zahir batin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...