Para Pengikut :)

Wednesday, August 3, 2011

Persiapan Ramadhan? Perlu Ke?


Selamat Hari Ahad. Hari untuk kita bersuka ria. Selamat, saya ucapkan, untuk kita hingga sampai tahun depan. Selamat Hariii Ahaddd!!! Opps. Semua tak sabar dengan menjelangnya puasa esok, bukan? Aku pun tak sabaq ni. Banyak betul ragam manusia menjelang puasa ni. Nak tahu? Jom scroll tengok apa antara ragam yang best.



Mak aih. Puasa pun belum mula lagi, tapi dah tanya baju raya kaler ape. Siap tanya lagi baju kebaya ke baju kurung. Persiapan ni lah nak tergelak aku dengar sebab semangat nak raya tuh lebih daripada semangat berpuasa.


Alahai. Bila datang musim berpuasa, mesti banyak juadah yang enak-enak untuk berbuka. Bak kata orang, biar sahur kecil-kecilan jangan berbuka pun sama. Tapi tak semestinya kita perlu beli satu pasar ramadhan tu untuk dijadikan juadah berbuka. Jangan membazir. Mentang-mentang syaitan takde, korang boleh enjoy enh! Haha.


Yang ni lawak. Bukan nak utamakan solat dulu, tapi dah dok tercongok depan masjid bersedia nak tapau makan free. Katanya buat sahur, tapi melantak macam dah lama tak berbuka. Ragam manusia. Sepatutnya kita kena fokus solat tuh, kalau ada rezeki kita dapat makan free tuh, dapatlah. Betul tak?


Kanak-kanak paling suka bila menjelang puasa nih. Tapi keseronokkannya adalah pada mercun. Mercun, mercun, mercun. Sekali meletup tangan, menangis tak berlagu. Susah nak bendung. Cakap sekali mesti degil. Bila pergi pasar bukan beli juadah berbuka, tapi beli juadah jiwa. Ikutkan hati. Adik-adik, janganlah beli mercun, Allah marah. Sekali Allah tarik nikmat, baru hang tau.


Ragam orang muda lain pulak ceritanya. Cuti puasa tu tak payah cerita, ni nak cuti rayalah. Menjelang je puasa, ramai yang sibuk cari cuti panjang untuk pulang ke kampung untuk beraya. Takut nanti, bos tak approve atau kena kerja on raya. Yelah, tahun lepas kena kerja ganti kawan yang beraya, tahun ni kena cepat berebut untuk reserved cuti. Haha.


Tapi ragam yang paling best dan
bermakna menjelang puasa ni adalah..




Maaf bukan dipinta dipagi raya, tapi sebelum berpuasa juga kita menghalalkan segala kemaafan. Mana kita tahu ini penghujung ramadhan bagi kita? Who knows. Janganlah kita bermasam muka, membenci sesama kita, bertelagah dan bergaduh. Bulan baik, jangan tambahkan tanduk dikepala. Ayuh, kita bersama untuk saling memaafkan dosa silam sesama kita.



Sekian.


Suka entry ini, Jom like ;)

4 Babel:

Tasha said...

salam ramadhan,selamat berpuasa ^^

Hanis MY said...

Shaofie! semalat berpuasa... take care ya...

raje carl said...

selamat berpuasa :)

sarah honey said...

hey tuan blog. selamat berpuasa.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...