Para Pengikut :)

Wednesday, November 11, 2009

Perang Kerang, Hasrat Si Kelisa ( Jilid 3 )

kehidupan bertekankan suasana yang damai.kelisa lebih kepada kehidupan kebiasaannya. kerang juga sama.kelisa mempunyai teman rapat iaitu si siput.dia bukan siput babi,tetapi biasa sahaja. siput ini lah yang banyak mendengar luahan dan banyak memberikan nasihat kepada kelisa. disaat-saat kelisa perlukan siput,memang disitulah mereka. hasrat dan keinginan si kelisa semakin pudar dan kian tidak nampak dari hari ke hari.

Kerang,,dah sah bercengkerang tebal,hati juga sama batu.tidak sedar kehadiran kelisa disitu. perlukah berfikiran panjang??penulis pula yang berasa bengang.ok,sambung. kerang seperti biasa kembali kepada keadaan asal dimana dia mula-mula dikenalpasti;tiada kawan dan bersendirian.

dan begitu takdir,mereka ditemukan kembali apabila kelisa berpindah dikawasan berdekatan kerang.keadaan menjadi teruja untuk si kelisa tetapi tidak bagi si kerang. Kerang sedaya upaya untuk melupakan kelisa tetapi ternyata takdir-Nya menyangkal fikiran.

Kelisa menjadi sangat seronok setiap hari apabila berjumpa kembali dengan hidupan yang dikenalinya dulu. Keluar bersama,hanya mereka sahaja berdua. Kadang kala ditemani siput,kadang kala tidak. Saat mereka berdua,tiada luahan diusulkan. Harapan kelisa tidaklah setinggi gunung,cuma keluar sahaja pon,sudah cukup baginya untuk cuba melawan perasaan cinta itu.Kerang??dia macam tu je la,masih buta dengan situasi.


notakakimuluthidung : tiada apa yang perlu dikatakan,penulis juga terkedu membacanya.

1 Babel:

my intuition said...

go kelisa!!! wish kelisa strong enough to go on...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...