Para Pengikut :)

Monday, November 30, 2009

Biggest Loser Homie,readers.

ok,aku rase tercabar oleh beberapa orang yang sedang aktif menghapdate blog mereka xkesahlah di utara,pantai timur,selatan mahupun di tengah-tengah kota raya yang pesat ini.aku pun mampu lagi untuk menceritakan kisah yang berlaku sepanjang percutianku yg dijangka baru 2 minggu dari tarikh awal permulaan cuti.

cerita 1 :
pertandingan cupcake versus pasta jarak jauh telah pun berlangsung dan liputan telah pun dijalankan di rumah masing-masing.aktiviti yang sihat ini mampu mengalahkan pertandingan monsoon cup yang baru saja memulakan warm-up nye.cupcake yang dilakukan agak cantek disitu, dan harapan penulis adalah satu mangkuk cake shj dibawa pulang utk dirasa juri di sini.pasta yang dibuat penulis tidak kurg hebatnya setelah byk research dilakukan samada bertanyakan nigella mahupun chef wan sendiri.sedap sedap sedap (nada upin n ipin).

cerita 2 :

setelah membuat marathon tidak sampai satu minggu pon,akhirnya kesemua episod nurkasih telah pon ditamatkan jumaat yang lalu.penulis amat merasakan sedih kepada pelakon utamanya iaitu TIZ ZAQYAH atau nur aminah diatas pengakhiran cerita tersebut.bagi penulis,cerita ini mampu mengubah serta menginsafi setiap pengorbanan yg dilakukan olehnya.penulis sudah mampu tersenyum dan mengharapkan sekuel kedua pula.sekarang, penulis membuat marathon nenek kebaya pula.dengar gosip,cerita ini semakin ke penghujungnya,, penulis kena cepat menghabiskannya.


" nenek nenek si bongkok tiga,
siang malam asyik berjaga
mencari cucu dimana saja,,
nenekku kawen dgn anak raja"
(walaupun tak sama lirik dgn cerita tuh,,)


cerita 3 :
penulis sedang cuba bertanding bukan sahaja dalam biggest loser asia mahupun biggest loser,tetapi penulis sedang rancak berlatih utk biggest loser homie.habis kesemua alat, penulis sudah rasakan, dari mesin gegeran lemak sehinggalah ke lantai sehati berdansa,,kesemua penulis sudah rasakan. penulis masih ada 20 hari lagi untuk menguruskan badan supaya badan penulis tidak lagi menjadi bahan lawak jenaka masyarakt umum (walaupun org kata penulis ni comel sebenarnya..).


setiap cerita,akan tetap penulis kongsikan sebab rasa tercabar nih..haha.jap jap jap. ade dedication nih;

buat kak leena : jgn lupa ya,perang cupcake versus pasta jarak jauh belum tamat lagi.saya maw juga rasa cupcake itu.yeahh!!

buat aen : aku da update,puas ati??jgn stress slalu,minom byk air suam n nanti aku try wat ko gelak yea..


after all readers;
selamat mensyukuri setiap detik anda berada di rumah.

Monday, November 16, 2009

Kalau betul aku bersalah;

for-those-who-are-read-this;


We know since we were young,
when there's no one else,
we be friends
not for the title
but the meaning,

We kept what we should,
We share what we need,
and important all,
we care between two worlds,

it feels inside
but not outside,
we look into,
but not onto,
the moment i saw u,
it like give me alive,
for ongoing moment,
like nobody can seperate us,

you-know-its-you,
its like giving me a chance,
to bring the moment back,
the memories that almost gone,
just need trust and understand,
mess can be clean,
and clean need the patient,
and the patient comes to our hearts.



hope understands;
harap anda faham.

Wednesday, November 11, 2009

Perang Kerang, Hasrat Si Kelisa ( Jilid 3 )

kehidupan bertekankan suasana yang damai.kelisa lebih kepada kehidupan kebiasaannya. kerang juga sama.kelisa mempunyai teman rapat iaitu si siput.dia bukan siput babi,tetapi biasa sahaja. siput ini lah yang banyak mendengar luahan dan banyak memberikan nasihat kepada kelisa. disaat-saat kelisa perlukan siput,memang disitulah mereka. hasrat dan keinginan si kelisa semakin pudar dan kian tidak nampak dari hari ke hari.

Kerang,,dah sah bercengkerang tebal,hati juga sama batu.tidak sedar kehadiran kelisa disitu. perlukah berfikiran panjang??penulis pula yang berasa bengang.ok,sambung. kerang seperti biasa kembali kepada keadaan asal dimana dia mula-mula dikenalpasti;tiada kawan dan bersendirian.

dan begitu takdir,mereka ditemukan kembali apabila kelisa berpindah dikawasan berdekatan kerang.keadaan menjadi teruja untuk si kelisa tetapi tidak bagi si kerang. Kerang sedaya upaya untuk melupakan kelisa tetapi ternyata takdir-Nya menyangkal fikiran.

Kelisa menjadi sangat seronok setiap hari apabila berjumpa kembali dengan hidupan yang dikenalinya dulu. Keluar bersama,hanya mereka sahaja berdua. Kadang kala ditemani siput,kadang kala tidak. Saat mereka berdua,tiada luahan diusulkan. Harapan kelisa tidaklah setinggi gunung,cuma keluar sahaja pon,sudah cukup baginya untuk cuba melawan perasaan cinta itu.Kerang??dia macam tu je la,masih buta dengan situasi.


notakakimuluthidung : tiada apa yang perlu dikatakan,penulis juga terkedu membacanya.

Monday, November 9, 2009

oh,untuk anda pembaca sekalian,,



Telenovela barangkali
bakal bersambung,,

tanda tanya disini,
apa yang terjadi pada si kelisa?
adakah si kerang akan duduk berdiam diri?


Pendapat anda,
Ya,anda lah,,
sebarang pendapat dan cadangan
amat diperlukan,,


Telenovela Petang-petang : Perang Kerang,Hasrat si Kelisa. (Jilid 2)

ternyata kerang sangat degil tentang pernyataan tersebut.si kelisa sangat seronok tinggal disitu dan terus menanti jawapan yang bakal diberikan oleh si kerang.memang ternyata sungguh,si kelisa hanya meratapi pernyataan sebenar si kerang itu.kerang oh kerang,,buta kah engkau??.kerang mundar-mandir di pesisiran dan memikirkan apa yang dimaksudkan itu sebenarnya.

suatu senja,bercorakkan awan melabuhkan tirainya,seakan kerang pulang ke dasar.dan terus mencari si kelisa.menyelongkar dari satu rumpai ke rumpai lain,hanya hampa mengiringi. termenung jauh si kerang menantikan kepulangan si kelisa.apa yang sudah dilakukan,si kelisa sudah lakukan.berkata,menyata dan hanya tinggal tanda tanya.apa yang dinantikan tidak muncul-muncul lagi.

kini,si kelisa pergi bukan membawa diri,tetapi sudah masanya untuk pergi.mula perkenalan, pertengahan persahabatan dan seterusnya kawan yang boleh dirunding, tiada lagi.saat indah bersama kerang tidak lagi diratapi,bukan dibuang tetapi disimpan diingatan.sudah 2 minggu berlalu, detik demi detik,mereka lalui hari-hari mendatang.adakah si kelisa masih menunggu si kerang?? atau si kelisa hanya bertepuk sebelah tangan??..



notakakimuluthidung : tiada kena mengena skali lagi diingatkan.cerita mengikut keadaan dan situasi.

Sunday, November 8, 2009

Telenovela Petang-petang : Perang Kerang,Hasrat si Kelisa.

cerita amat sedih,berkisarkan tentang hati dan perasaan.Di suatu petang yang damai,berlatarbelakangkan laut yang luas terbentang hasil ciptaan-Nya.terdapat seekor kelisa yang sesat seakan-akan mencari haluan pulang ke pangkuan keluarganya.kelisa berenang dan terus berenang sehingga hilang arah panduan.

Tanpa diduga,suatu cerita bermula.kisah diantara kerang dan si kelisa.ok,kelisa seekor ikan yang cantik,berinsangkan warna pelangi dan mempuanyai mata yang cantik.manakala si kerang pula, tubuhnya kecil,berbadan kebal dan uniknya disini,dia tidaklah seperti kerang yang lain. Pertemuan antara dua jenis hidupan lautan ini berlaku ketika si kelisa melihat si kerang bersendirian. Mereka berkenalan dan menyapa.Hari demi hari, kelisa semakin rapat berkawan dengan si kerang membuatkan kelisa lupa akan laluan pulangnya.

Persahabatan mereka yang akrab membuatkan si kelisa tertawan,terpikat dan teruja setiap kali bertentang mata dengan si kerang.Si kelisa seakan-akan memberi isyarat atau petanda untuk si kerang menawan hatinya. Pertolongan dan sokongan telah banyak diberikan kepada si kerang tetapi jawapan penghujungnya tidak dapat dikenalpasti. Adakah si kerang berpura-pura tidak tahu akan perasaannya?? atau, Adakah si kerang malu untuk menyatakan hasrat?? ataupun si kerang hanya mengambil kesempatan terhadap belas kasihan dari si kelisa??



notakakihidungmulut : tiada kena mengena yang hidup ataupun yang separuh hidup.yang mati lagilah xde kena mengena.

Saturday, November 7, 2009

ah,sepupu!

baca dancing fingers dengan si kidota sunshine,bercerita bagai untuk berjumpa sepupu-sepupu nya,,aku harap aku lah dimaksudkannya.gila perasan.sudah lama aku tak jumpa mereka,kalau tak silap hari raya untuk si kidota tetapi tidak sempat berjumpa si dancing kerana pulang lebih awal dari aku pulang ke rumah,,pembaca tak paham,tak ape,biar mereka sahaja yang paham.ok, si sepupu yang lagi sorang itu,,ala,, yang tinggal berhampiran rumah aku itu,,haa,,dier la yang paling lama menunggu kita-kita semua.harap dapat berjumpa betul-betul dengan mereka.menunggu semua cuti yang panjang.maaf kalau melalut tetapi ini lumrahnya kerana aku memang merindui mereka.si jakarta itu pon sama,rindu rindu rindu,itu saja perbualan kami ketika ber'ym',tiada perkara lain.si seri iskandar itu dengar kata sudah habis peperiksaannya,sudah pastu membalas dendam tidur di rumah,tak apa,.rancang satu tarikh,sudah pasti kita meronggeng.jika si kidota terbaca, mahupun si dancing,si jakarta ohh si seri iskandar juga,singgah la bergusip iyea,mereka pasti tidak percaya aku sudah mengemaskini diary busuk ini,,

keluar~

Friday, November 6, 2009

dedikasi terindah.carutan serta fitnah.

aku tak de la music background di blog,tapi bayangkan lagu pixie lott sahaja,dah boleh layan perasaan.betul tak?ok,tak kesah la.disini hendak dijadikan cerita nak cerita benda yang patut diceritakan oleh pencerita seperti aku.jangan pening sebab tak de kena mengena langsung.cerita tentang geng kita.siapa?dia,haa,,dia la.kamu yang baju t-shirt tuh,,tak mahu suda.geng kita ni berpunca dari seorang wanita besi yang diberi nama norasikin ismail.


lihat sahaja,
tak boleh nak tanya.



mulakan dengan dier,nama tak perlu di ulang sebab kembang kuncup nanti orang itu.orang tambun rasa-rasa kot.berhigh heels dan saiz tangan luar biasa.berkaki dua bertangan pon juga dua.makan menggunakan tangan dan kukunya sangat cantek.ok melalut.cukup-cukup,,orang tu dah tegelak tergolek macam ayam golek suda.nama samaran ikin,nama glamer dikalangan warga ukm,MAMA.haa,,suka pixie lott pada saat-saat akhir.dan menjadi pergaduhan disaat-saat awal kerana baru beberapa minit sudah menyukainya.tidak aci.suka pada tomyam esp, cendawan dan air epal susu (semua restoran dah rasa.hambek kaw).pandai masak tetapi tak suke membasuh. cukup.dah merah pipinya sebab tergelak diri sendiri. MAMA - karekter mak janda.

next,,


dier?
bukan kamera mahupun sofa rotan itu,,



nama diberi nurrul hidayah,bekas ratu kabaya di daerah ipoh.kalah dua kali dan tak pernah menang.makanan kegemaran tentulah nasi goreng cili padi,lagi pedas lagi baguihh.mem besar kepada cik lisa dan orang kuat kolej.junior nordin mat top dan bercita-cita tinggi nak hasilkan bom tangan diperbuat dari sabun pencuci.jangan gelak tapi gelak sikit je.suka membawa kereta di kelajuan yang seakan mini cooper.pemberi nasihat yang sangat berguna dan bakal pemimpin masa hadapan.haa,,tidak dilupakan peminat boling setia,pernah cuba mendapatkan tandatangan shalin zulkifli tetapi dihalang oleh bodyguardnya.membaling boling seperti membali guli sahaja,sungguh besi wanita ini juga. DAYAH - karekter penyayang.


seterusnya,,


gambar tidak boleh dipaparkan,,
boleh judge dari back je,,



dier,nik mohd amiruddeen.nama bukan sebenar tok nik,nama samaran dipasar-pasar, amer dan nama kegemaran orang kampung,atok.seorang yang tinggi tapi merendah diri, tak berapa nak gemok dan tak berapa nak kurus.tapi menghampiri berisi.giler pada kerang rebus,nala pate' (bahasa mamak) punyer.mirip yang sipi ke pelakon korea tetapi bahagian rambut sahaja. aku teringin nak rambut itu,tapi dier telah mengutuk rambut ku lebih awal,jadi tak mengapa.simpan hasrat je.dier senior kepada nordin mat tiptop.tak bercita-cita nak buat bom tetapi hanya melancarkannya.haa,,kuat makan walau 5 minit berlalu,pantang nampak menu,semua disapu. terlebih cerita,dialah abang tunggal geng kita.ATOK - karekter atuk yang warak.


cheer kami ;

" u gojess, i vogue,,
go go go
GENG KITE "


terpulang maw terima atau tidak.

satu,dua mula.

salam siang semua,

memang dah lama tak kemaskini blog,bak kata orang bersawang.tapi,kata-kata orang itu membuatkan telinga ini sudah bingit mendengarnya.pada mulanya memang tidak kisah,tapi naik kepala juga.maka terpaksalah mula dari mula.ok,berhenti mengarut.nanti orang kata aku gila pula.mari mulakan suatu yang privasi dalam hidup aku.haa,,kaw dah mula la tu,dgr privasi sahaja tak tentu arah.gila privasi orang betul.nak sangat kan,nah..


ha,kenal?
ternga-nga kaw..



mmm..
yang ni pula??
msti kau orang ingat
gamba potret kahwen siapa la ni.??



sopi tak gila
seperti mana yang anda katakan,,





haa,,kenal dah?
tak kenal sudah,
nampaknya kaw lambat,


ok,dier pixie lott.gadis pujaan aku.umur lebih kurang budak PMR dah nak SPM tak lama lagi. walaupun muka nampak seperti matang,tapi dier sangat muda dan ... (bukan lucah tapi tak dapat ditafsirkan lagi),jangan biru disini.kami tak pernah berjumpa tapi pernah meluahkan perasaan sahaja.poster dier sahaja tempat aku meluahkan perasaan yang mencurah-curah. sekali lagi,sopi bukan gila,tapi ini yang anda mahukan.lagu-lagu semua ditujukan khas untuk peminat-peminat seperti aku,tapi semua aku muat turun,bak kata orang lagi,gunakan teknologi terkini,jangan membazir,nah,kan dah terikut sekali.namakan saja tajuk lagu,aku sedia menyanyikan lagu itu tetapi pada versi zaiton sameon stail aku la.kan aku da cakap,aku melalut, ade penah berenti?kau orang hakimi lah lagu itu berdasarkan kulit album,sudah pasti sedap didengar halwa telinga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...