Para Pengikut :)

Wednesday, January 18, 2012

My Weekend : Modelling.


Ramai pulak yang tak percaya aku ni model separuh masa kan? Separuh je. Lagi separuh jadi patung kat rumah. Takdelah susah mana jadi model ni. Jalan atas runaway tuh, pastu run away lah! Tak payah nak cat walk sangat, kalau boleh merangkak, lagi bagus. Job aku banyak oversea sebab Malaysia ni mana ada winter. Ada pun kat rumah cahaya alam dengan snoworld Genting je. Meh sini aku kenalkan dengan beberapa baju favourite selama aku modelling.

Dolce & Gabbana last week show.


Ini baju sejuk + terlindung dari hujan.
Kalau nak pakai gi klinik pun sesuai sebab leh letak ubat
dekat poket sedia ada. Jimat plastik.

Ini baju tidur.
Kasut tu memang khas untuk tidur selain guna untuk jaga lembu Pak Mail.

Ini baju hujan. Nak gi kuliah pun sesuai.
Beg tu boleh letak anak kucing kalau nampak terbiar kat kedai nasi ayam.

Baju ni sesuai nak keluar rumah.
Maksudnya kalau kena halau dari rumah, baju ni memang padaaannn muka!

Yang ni pulak sesuai nak gi library.
Full attire. Kalau pakai bow tie lagi sesuai masuk library.

Menangis mak ngah tengok ni.
Baju ni sesuai nak hadiri majlis perkahwinan sebab warna kena gah dari pengantin.

Yang ni baju kadet bomba untuk 2020.
Kena ada motif bunga raya sebab melambangkan Malaysia.

Baju ceti kutip hutang kain langsir.
Pakej sekali dengan payung. Memang kena sediakan payung sebelum bayar hutang.

Ini baju berkebun.
Sarung tangan tu untuk cabut rumput/lalang kalau dah tumbuh panjang.
Pastu simpan dalam beg sebab kita kena go green!

Ini pakej sekali dengan selimut.
Baju kuliah ni sesuai terus tidur dalam kuliah.
Beg tepi tu sebenarnya bantal.

Ini baju nak pergi pasar malam.
Beg tu nak simpan sayur, sotong, ayam dengan putu mayam sikit.

Ini baju kahwin pun boleh.
Sarung tangan tu untuk elakkan maksiat salam dengan bukan muhrim.


Aha! Lebih kurang 12 baju persalinan untuk runaway aku. Lenguh jugak la nak kena tukar cepat-cepat. Kalau tak kena marah dengan Pakcik Dolce dan Makcik Gabanna. Tapi ada suatu yang pelik? Pandai pulak aku cover perut. Dan, sejak bila pulak model boleh pakai cermin mata?


Memang ada beza antara realiti dan fantasi.
Banyak.


16 Babel:

Encik Troll said...

WOW..!! Edited. Hhahaha. I thought it is for real. :D

~eZmALiZa~ said...

aku rasa nak gelak! hehehe... ade bakat bro! :))

azra wahab said...

HAHHAHA!xde keje eh abg sopi?

Shaofie said...

sebab takde keje la amek job modelling nih..

Wani said...

cehhhh...br nk suro rekemen:/

arissa rania said...

kalau kurangkan brightness kat ur face tu surely im gonna go like "da jd model budak ni skunk style giler" seyes;D

Shaofie said...

kak wani : ceh! nak rekemen mende? kat hiroshima need model tak? nak volunteer ni. bahaha.

arissa : itu sebab pakai simply siti tebal sangat. *terima kasih tok ti sebab sponsor make-up*

susumanis said...

cam real aaa...hehehe

amir aizat said...

meletops ! haha

Kamalia said...

kahkah..mmg gelak besar bila baca bab caption tuh..nmpk sangat boring ye takde kojo nak buek..;p

Shaofie said...

haha. ni memang dah takde keje. sekali sekala berfantasi..

:: Ika :: said...

cm model real la ^^
hehe done follow your blog
hOpe ade mse leyh jnguk2 & follow blog Ika plak ye chentahati19.blogspot.com

Hany Razak said...

suka suka...nak tergelak baca komen satu2..mmg kelakar giler..masa klik kat fb tadi, ingatkan real...tapi seriously best post ni

amoi comel berkata-kata... said...

ne terok btol tension amek exam ne..

SoLy SoLicious said...

pergh !!! gile hebakkkkk ko sopie!! haha

Farah Hanis said...

Haha, kreatif sungguh :D

http://raksasapurple.blogspot.com/2012/01/when-flyingman-meets-raksasa-2.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...