Para Pengikut :)

Saturday, March 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN


[BANNER BEN ASHAARI[4].jpg]
Dah lama tak join Segmen Abang Ben ni. Jom tengok sini kalau berminat.


Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger perempuan benar benar ikhlas ?
  • Memang ikhlas. Mereka meluahkan melalui apa yang mereka fikirkan. Pengalaman mereka dalam memberikan nasihat cukup berkesan untuk kaum Adam.
Apakah anda suka melihat blog blog perempuan yang penuh dengan gambar ?
  • Oh tidak. Kalau setakat satu dua gambar tak apa lagi. Tetapi kalau dah letak berpuluh gambar, berat pulak image tuh nak load, memang sah akan keluar dari blog tu.
Pada pendapat anda , kenapa perempuan berblog ? Secara umum ..
  • Dalam isu berblog ini, tujuan dia sama seperti kaum lelaki berblog. Salah satunya adalah meluahkan perasaan. Mereka juga mahu meluahkan apa yang mereka rasa patut diluahkan. Kisah cinta, kisah sahabat sehingga kisah sekeliling mahu dikongsikan bersama. Kebiasaannya mereka lebih reti menghargai dan memahami situasi. Kadang-kadang sahaja teremosi.
Blogger perempuan mempertaruhkan wajahnya untuk mendapatkan ramai follower.. Benarkah ?
  • Tidak semua perempuan sebegitu. Perempuan sekarang ini lebih memahami kualiti daripada publisiti. Setakat header yang mempamerkan wajahnya itu tidak salah. Tetapi sehingga mempamerkan wajahnya di setiap entry itu memang keterlaluan dan membuatkan sesetengah blogger kurang selesa untuk membaca kerana kita pentingkan kualiti bacaan daripada kuantiti gambar.
Blog perempuan yang anda rasa patut POPULAR !
  • Semua sekali, asalkan entry yang berkualiti yang mampu menarik pembaca untuk datang membaca. Popular bukan bermaksud mempamerkan wajah atau menjaja cerita orang, tetapi lebih kepada "siapa diri dia yang sebenar". Kalau kita ikhlas dalam berblog, suatu hari pasti mendapat liputan yang tinggi dalam ranking blog.
Jika anda blogger perempuan , apakah yang akan anda elakkan dari bercerita dalam blog ..
  • Perkara yang mesti dielakkan adalah bercerita tentang kisah cinta sendiri. Setakat 'aku suka dia, dia suka aku' itu masih ditahap ok lagi, tetapi kalau dah mula sampai 5 perenggan karangan, rasanya memang delete terus kot blog tu. Haha.


Sekadar berkongsi.
Tiada unsur memihak jantina.
Enjoy!

11 Babel:

solo molo said...

tue dia ehhh...
macam-macam jawapan yg kuar...
hidup bl0gger lelaki !!!~


salam ziarah dari segmen panas En Ben...

sicomot-comel said...

ahaha,,

aku suka dia,dia suka aku,aku tampar dia,dia lempang aku??

huhuhu

yeah.xsuke blog byk gmbr =,='

nub said...

blog aku banyak gambaq..sebab aku hensem gila.kahkahakah

Kay said...

Kay likes this.

Cik Sue said...

singgah sini dr segmen En Ben...

salam kenal... =D

Rozuan Ismail said...

singgah dari blog abg ben

NiSha said...

tttteeeeettt..

singgah santai... dr blog abg ben..
cool sesangat maaf yer NiSha jadikan 1026 FLW ~ngee
http://heandsheloves.blogspot.com/
>NiSha<

aida4eva said...

like yg pmpuan skrg pntgkan kualiti dr publisiti :)

http://aida4eva.blogspot.com

mas.saari said...

singgah dari segmen BA
salam perkenalan

masing2 ada hak beri pendapat
jom baca pendapat saya jugak

aizamia3 said...

suka ayat ni "Tetapi sehingga mempamerkan wajahnya di setiap entry itu memang keterlaluan..."

kekadang kat rumah, masa nak loading blog yg byk gmbr mmg prob. sudahnya samada tutup terus @ tunggu je tgk masa kat off. hehehe... tp akk ada gak letak byk gmbr anak2 cuma sekarang x sebanyak masa berblog dulu... (hanya bile rasa perlu je) hahaha....

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Nice..sume jawapan selamat..:)

Akak pn suke tgk blog yg ada pic..pic anak2 ler..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...