Para Pengikut :)

Monday, December 14, 2009

tak faham bahasa melayu,translate sendiri.

Dengar ye kawan-kawan;

aku memang tak faham-faham dengan orang malaysia yang tak faham maksud kawan. kawan,sahabat,friend tu sama la.meaning dier pon sama.tak pernah lain.cuma cara orang tu je yang nak interpret cam ne.aku,kawan cam tak boleh dipisahkan. kawan ni bukan sekadar "hari ni tegur,esok lusa lupa",bukanla,, vuduh.korang taw tak cam na kita nak appreciate kawan??taw tak?tak taw dok senyap.hidup berkawan ni kena tolong-menolong,jangan la nak memandai,hina hidup dia dan jgn sesekali memilih kawan.kita satu malaysia.bukan nak cari one friend malaysian,tapi one malaysian fren,FAHAM??bila ada masalah tu,cerita je la,kita sbg kawan manalah taw boleh tolong mana perlu ke atau kita pernah ada back experience ke,tak gitu?? janganlah narrowkan otak korang yang memang dah narrow tuh.kalau setakat kawan sekadar kawan yang hanya title kawan je,pegi mampus la.setakat kawan kat FB je belambak tp dua tiga je betol2 kawan,memang hidup korg tak kemana.aku cita bukan aim sesiapa,cuma nak luaskan minda readers sume tentang erti kawan dalam persahabatan.aku bukan dah terkena,cuma nak kongsi je.kita hidup ni memang saling memerlukan,i need u,u need us.evento korang semua dah clash ke,cerai ke,talak sepluh sekalipun, kawan still ada.share je.jangan bebankan otak tu dengan masalah.cari shoulder yang boleh disharekan.simple kan.bukannya suruh korang pegi kaunter bayar harga kawan ke, ataupun kena masak sedap-sedap baru dapat kawan mcm dalam cafeworld ke,tade kann?? kita berkawan sejak dari lahir lagi,tadika ada kawan,primary,secondary semua ada kawan. jadikan kawan tu sebagai amalan atau teman persahabatan sepanjang zaman. ingat mereka selalu.


dear readers;
mood hari ni ok,cuma nak terangkan maksud sebenar je.
tak ada kena mengena taw,no heart feeling,kalau ada,mintak maaf.

Thursday, December 10, 2009

A few days left.

malas nak update sebenarnya.semalam i had a terribly bad pernafasan.tak boleh benafas.last night jugak memang tak boleh tidor,niat memang nak pegi jumpa doktor,tapi takot dier tahan.tak maw. a few days ago,pegi cari ketenangan jauh dari kepulauan kuala lumpur.nak lupa lupa lupa.tak sabar nak pegi edufair kat pwtc.harapan nak jumpa sensei lagi.ok,cerita pasal berat badan.alkisah aku tak kurus-kurus lagi.terok dibuatnyer,sebab aku tiada kawalan makanan.kadang-kadang aku mula stress.nasib baik stress benda yang bukan-bukan kalau stress pasal assignment,mati aku.itu je nak update.


those readers;
tolong bagi aku semangat nak kurus boleh tak??

Monday, December 7, 2009

Aku masih waras,bukan warak.

lalala,pagi-pagi nyanyi lagu suriram..

ok,pagi-pagi dah bangun untuk kuruskan badan lagi.ingat,2 Weeks Left je.kak leena dah mengamok suruh aku kurus tuh.haha.ni cite out of story.pagi tadi tiba-tiba termimpi,betull. aku mimpi aku akan kawen bukan dengan anak raja,tapi dengan fashion designer.impian aku gak tuh. ala,kate orang mimpi itu mainan tidor,tapi kadang-kadang betul gak.fashion designer ade kat uitm,, hmmm,,agak-agaknyer sape enh??haha.nak kawen tapi tade calon.umur dah meningkat nih. sabar sopi sabar.

kata hati sopi : banyak lagi kaw nak tempuhi,tu tengok,bahasa jepun kaw entah kemana.kata dulu nak sambung master la,hape la.jangan kaw tinggal habuk sudah.ni degree pon kaw tak abes lagi 3 sem.kaw kena ingat,kaw tu tak keje lagi,nak bagi anak bini makan ape??nasik kerabu?? hampeh je.kurus jangan tak kurus.asek melantak 24 jam,besenam taknak,harapkan lemak nak cair.

ok,fine.kalau tiba-tiba hati dah kata macam tuh,nak buat macam mana lagi.tiba-tiba leh wat dialog sendiri nih.this week ade facon education fair kat PWTC.tu for those student yg nak sambung study abroad.aku,,ntah la.suke pegi sana tanya-tanya and amek flyers buat koleksi,tu je.haha.macam last year pegi booth osaka n tokyo university,jumpe my aunt punyer sensei masa kat jepun,haa..gagap aku nak cakap jepun.hambek kaw.tapi dah belajar greeting nih.memang wakarimasen je la aku.haha.tengok aku dah melalut.nenek kebaya jangan lupa tengok ye readers.today is last episode.


dear readers;
kalau sit up je,boleh kurus ke?

Saturday, December 5, 2009

two weeks left

"china sangat sejuk ketika ini"

still mencuba mencari idea.tak tahu nak buat apa ni.rancangan the biggest loser homie aku sepertinya tidak berjaya je.pelbagai dugaan la.makan mesti nak banyak je.determination tu ade,tapi usaha macam dah takde la.ok,rambut aku pulak dah potong stail aku la.aku dah rimas dengan rambut yang kusut tuh.aku cuba nak mulakan sesuatu yang baru dan hidup jauh jauh dan jauh.so, no more stret hair dah.tapi nak stret kan badan pulak.arghh,dah macam orang mengandung dah.tinggal two weeks left before get in 4th sem.dah try minum banyak air,tapi suara je jadi merdu tapi perut still cam tu jugak,osmosis ade la.haha.baek aku kurus sekarang later leh makan banyak2 with no worries.haha.bad intention tol.ok,nak melalut jap. cite nenek kebaya is almost over.this monday will be the last episode of intan sari.hahaha (gelak setan).apalah nak jadi nanti.kelakar pon ade,ntah mana nenek kebayan,mana satu nek putih pon aku tak tau.hopefully ade sekuel sbb memang ending dier nanti takde kesudahan.dahlah.malas mengarut.


readers;
kurus lagi sopi,KURUSS!!!

Wednesday, December 2, 2009

lebih kurus daripada biasa ;)

hari ke-3 dalam sesi pengurusan.

berteraskan rancangan realiti,the biggest loser asia,aku memperkenalkan rancangan realiti aku sendiri iaitu the biggest loser homie,,disebabkan berat badan aku tidak mencapai tahap boleh memasuki rancangan realiti tersebut.semalam tgk first episode TBLA,determination aku menjadi begitu tinggi untuk menguruskan badan.tak perlu cerita kot berat badan sebenar aku kat sini, bukan malu tapi tak mahu takabbur.hari-hari aku kini menjadi susah kerana terpaksa mengikut jadual diet.tapi tak pasti leh kurus ke tidak.hehe.mahu kurus seperti dalam gambar metrik aku dahulu.

readers ;
aku tiada tips nak kurus,pasta boleh buat orang kurus tak?

Tuesday, December 1, 2009

woit woit ;)


teka-teka;
mana penulis blog nih??
kawaii desu ne? (buat-buat paham je)




teka-teka lagi;
kurus kan aku masa time metrik?
kaw orang bayangkanlah aku sekarang macam mana.


dear doraemon;
jadikan aku balik macam dulu boleh tak?

jangan kaw orang gelak.

kenapa sekarang aku lebih appreciate lagu melayu klasik huh??adakah aku sudah berubah aliran muzik??ohh tidakk,,aku maseh sygkan fly fm,pixie lott aku..??mne nak letak nt??haishhh.. tapi kan,tak leh tanding lagi suara saloma,saadiah,P.ramlee and lain-lain.aku suka lagu suriram. boleh tak, nk mintak jawapan readers sume,

" apa cerita sebenar SURIRAM tu enh?? "

aku bukan tak taw,tapi dah puas search kat internet,tapi keluar suri-rumah (suriram),jadahnyerr! cerita disebalik silam ni best jugak.dah2.seram sejuk aku ni.haishh,sejak jadi penganggur terhormat nih,cite melayu je aku dok tgk.cerita nurkasih paling besar impaknyer,tapi malas nak cite kat sini.dah telampau taksub dah sampai aku pon dah jadi takabbur.amboih,lain macam je tuh.

cerita mengarut;

ok,aku masih dalam rancangan the biggest loser homie.mmg perincian utk menurunkan berat badan.tapi kan??macam mane nak balance antara exercise dengan makanan huh??tak leh imagine kan lagi laa.exercise xdelah banyak mana pon,tapi skali makan,perghhhh.mmg tak pandang kiri kanan.arghh!!aku ade 20 hari lagi utk mengurus perut supaya terurus.hahah. ade orang cakap aku gemok la hape la,tecabar weyh.bila tgk gambar kat metrik dulu,ya rabbi, skinny beb.tapi pelik,kenapa aku gemok mendadak huh??adakah aku heppy??itu alasan je tuh. memang aku happy what dgn life skrg nih.ok2,jgn mengarut sopi oii.kaw ada 20 hari je,, ingatt.


those readers;
doakan lah aku kurus cepat yea.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...