Para Pengikut :)

Wednesday, August 24, 2011

Bila Lelaki Memasak.


Assalamualaikum. Pejam celik kita dah nak dekat raya. Oh Em Gee!! Baju raya? Ala, pakai yang lepas je. Ok. Let's straight forward. Bila lelaki masuk dapur, pelik tak? Bukan masuk dapur buka peti ais lah, tapi memasak. Haha. Harini aku nak share resipi macam mana nak buat Puding Roti Laici untuk juadah bersahur pun boleh. Haha. Ala, masak basic dulu. Lek-lek lu. Here we go.


Bahan A;
Sebuku Roti (Guna half pun boleh, sukehati)
Setin Laici (Asingkan laici dengan airnya)


Bahan B;
1 tin susu cair
2 biji telur
1/2 Cawan gula halus
2 sudu tepung jagung
2 cawan air (gantikan air ni dengan air dari buah laici tu)

Cara-cara;
1- Koyakkan roti dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan laici, koyak-koyakkan menjadi kecil seperti cinta.
2- Campurkan semua bahan B tadi. Kacau dengan penuh rasa belai mesra. Jangan terlalu pekat sangat dan jangan terlalu cair sangat. Tepung jagung tu nak kasi pekat je.
3- Rendam roti dan laici tadi dalam bahan B dan bagi dia mesra alam selama lebih kurang 45 minit.
4- Masukkan dalam acuan (loyang), bakar selama sejam (180 darjah celcius)
5- Siap! (dah boleh buat muka bangga)



Mudah kan? Ala, semua orang boleh buat. By the way, laici tu boleh juga digantikan dengan buah koktail. Satu lagi, puding ni boleh juga dimakan dengan caramel (cairkan gula perang+air). Tapi laici dengan gula halus tuh dah cukup memaniskan puding. Sukehati korang lah. Haha. So, cubalah sebelum terlambat. Tak rugi cuba.

p/s : Tq cik ikin for the resipi.


Suka entry ni? Jom like ;)

Saturday, August 20, 2011

Dari Paris ke Tokyo, Bawa Serunding.


Dah seminggu aku ada kat Kota Paris, menjejak kaki buat pertama kali. Nothing much that I can say about Paris. Jewellery, diamonds and pearls, semuanya telah termaktub di negara mewah tu. Dan sekarang ni aku tengah menunggu flight ke Tokyo di Lapangan Terbang Charles De Gaulle. Sekarang dah pukol 1230 malam di Paris. Cuaca pun agaklah sejuk, betul-betul menduga iman aku. Nampaknya aku bersahur di dalam flight je la.


Oh, lupa nak bagitahu. Flight aku ke Narita, Jepun agak lama dan akan berenti semula di KL sebelum take off to Narita. Sebab takde flight terus dari Paris ke Tokyo. So, kena transit kejap. Tapi bila check balik kat flight tiket aku, before nak take off ke Narita dari KL, 5-6 jam gak delay. So, nak makan pun tak boleh sebab puasa. Mungkin tidur dekat airport ataupun balik rumah kejap, boleh? Borak-borak dengan stewardess pun 'cara' gak. Oh ya, tujuan aku ke Tokyo sebab nak jumpa saudara-mara kat sana yang dah lama terpisah. Aku ada darah kacukan Jepun tapi bukanlah sampai tahap kacukan Maharaja dia lagi. Nak kasi dorang rasa serunding yang aku bawa kehulu kehilir ni. Nak bawa belacan, kang kena tangkap dengan polis, suspek aku bawa dadah pulak. Tak pasal-pasal.

beginilah rupanya serunding dari Malaysia aku.

Ok, memang terliur kan? Nasiblah. Penat aku menunggu flight ni. Btw, aku ke Tokyo ni juga sebab nak kasi serunding dekat Kak Hanis (Blog Hana Sakura) dengan Kak Wani (Blog Loaded Smile). Mak pesan bersedekah sesama kita. Nun jauh aku datang nak jumpa dorang. Dah la aku datang sorang je, kira solo-vacation nih. Pastu pulak ke negara yang aku susah nak berkomunikasi. Harapkan arigatou dengan ohayou je lah. Haha. Selebihnya aku taramlah suzuki, yamaha, pokemon, digimon semua. Kak Hanis duk dekat Sendai, Kak Wani pula sekarang kat Hiroshima. Jap aku google.


Mak aih, jauhnya. Sou desu ka? Boleh pitam aku macam ni. Takpe-takpe, rilex dulu. Mula-mula aku g rumah saudara aku dekat Tokyo dulu, lepas tuh suruh la dorang jadi driver aku jap g Sendai, baru hantar pergi Hiroshima lepas tu baru patah balik g Tokyo sebab aku nak fly back to KL pun kena g airport sana. Serunding punya pasal. Tapi aku kena bermalam dekat rumah dorang la ni? Tapi Kak Hanis dengan Kak Wani ade kelas setiap hari, macam mana ni? Aku lepak je la rumah dorang. Masak rendang sushi pun sodap nih. Tak pun sushi masak kicap. Wow. Nanti pandailah aku calling dorang kat sana. Ok, aku dah tak sabar ni nak take off dari Paris. Jumpa kakak-kakak disana. Eh jap, mane boarding pass aku? WOII!!!! (sambil mencari tiba-tiba....)





PPPAANNNGGGGGG!!!!!!! (ditampar)










Mak : Bangun sahur!!! Ape ni?!! Dah nak dekat Imsak tau tak?
Aku : Ohoiii. Ala... Takkan mimpi lagi..???? Serunding mana mak?
Mak : Serunding kepala hot kau, makan nasi dengan telur kicap je. Cepaaatt!!!
Aku : =.=" (Lepas sahur, aku sambung mimpi ke Tokyo balik) Hehe.





Suka entry ini? , jom like ;)

Sunday, August 14, 2011

Tentang Ashraf Haziq.


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera diucapkan kepada korang semua. Amacam sehat? Alhamdulillah kita dah fasa kedua dalam bulan Ramadhan. Pejam celik je dah nak pertengahan puasa. Cepat masa berlalu. Ok, dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat sembuh kepada Adik Ashraf Haziq yang merupakan salah satu mangsa di pertempuran kecil di Kota London. Sebelum ini, video rakaman kecil merakamkan aksi sekumpulan dipercayai warga England ingin membantu kecederaan kecil yang dialami Ashraf di tepi jalan. Tetapi pertolongan itu hanyalah sementara dan ditambahkan lagi, mereka mencuri beberapa benda di dalam beg Ashraf iaitu PSP (Playstation Portable) dan wallet. Keadaan muka Ashraf yang berlumuran darah tu dibiarkan begitu sahaja tanpa perikemanusiaan.

Ashraf pada mulanya dibantu oleh beberapa warga England.


Lalu mereka mencuri beberapa benda berharga di dalam beg Ashraf.


Tindakan itu dikatakan memalukan dan tidak berperikemanusiaan. Ashraf kini masih stabil di wad Royal London Hospital dan beru sahaja selesai pembedahan untuk rahang giginya yang patah.

Ashraf di hospital.

Dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia, aku mengharapkan iringan doa kalian untuk memberi kekuatan kepada dirinya. Ucapan selamat sembuh dalam pelbagai bentuk juga boleh dibuat dan dihantar ke supportasyraf@foreignstudents.com ataupun anda boleh meriahkan lagi hashtags di twitter (#somethingniceforasyraf atau #getwellsoonashrafhaziq). InsyaAllah, walaupun sedikit sumbangan korang semua, tetapi sangat berharga untuk melakarkan senyuman di wajahnya. Dan untuk itu, aku ada buat video khas ucapan selamat sembuh mewakili seluruh rakyat Malaysia kepada Ashraf Haziq.


Harap dapat memberikan senyuman kepada dirinya.
Korang boleh juga memberikan kata-kata semangat di ruangan comment di YouTube!



"Selamat Sembuh Ashraf Haziq"





Suka entry ini, jom like.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...