Para Pengikut :)

Sunday, February 12, 2012

Apa Yang Terkejar, Apa Yang Dikejar?


What do you expect this advertisement would be?
Where do you seen 'em?


Yes! It's OREO. Not Oregano.

"Ayah, boleh bukakan Oreo ini untuk saya?"

"Apa yang Ayah dapat?"

"Berkongsi satu rahsia!"

Hang on! Pause.

Itulah yang aku nak cerita hari ni. Tentang satu rahsia. Kira kongsi sama-sama lah. Bila ditanya tentang "apa yang terkejar, dan apa yang dikejar?". Bukan anak anjing mahupun anak kucing. Tetapi mengejar cita-cita. Cita-cita, impian dan harapan adalah tiga benda yang berbeza tetapi penting dalam hidup kita. Contohnya:

Cita-cita : Nak jadi Pilot.
Impian : Nak bawak Airbus Boeing 737. #Eh
Harapan : Dapat bawa Mak Ayah dalam Boeing yang dipandu sendiri ke Mekah. #Mungkin

Tapi tak semestinya cita-cita yang diimpikan dari kecil itu akan tetap setia sehingga ke peringkat tinggi kan? Mesti ada arus perubahan. Dan ada juga cita-cita lain, impian dan harapan juga lain. Lain orang, lain peel nya.

Tapi sejauh mana kita berusaha kearah merealisasikan cita-cita tu?

Ada juga dikalangan kita, cita-cita yang dihalang oleh ibu bapa dan ada juga yang menyokong kuat. Apa yang penting adalah usaha. Jika kita tak ada usaha, so, ibu bapa pun akan pandang rendah kepada kita dan merekalah akan merancang masa depan korang. Tapi bila korang ada usaha, nampak jalan jauh yang korang pilih, InsyaAllah, "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".

Bebas?

Nak bebas pun suatu impian. Tetapi apa harapan kita untuk kebebasan tu? Bebas yang positif adalah seperti nak mencari rezeki sendiri, tak nak menyusahkan kedua ibu bapa. You know, things like that make you more matured. Kebebasan pun dikira ada usaha disebalik itu. Jadi, kita kena usaha lah ke arah itu. Semua orang mahu bebas, tapi pilih jalan yang sejajar dengan agama kita. Janganlah terpesong.


Semuanya akan bergantung kepada niat dan doa kita.


Kejahilan itu sesuatu yang berlaku,
Tidak ada mustahil bagi insan sekecil aku,
Terkaku,
Terpaku,
Oleh dunia yang kian maju.

Kita sering terlena,
Dibuai mimpi alam fana,
Esok lusa alpa,
Kerana apa yang terkejar,
Dan apa yang dikejar?
Tercicir di persimpangan dunia.

Let us make Du'a.
InsyaAllah. Allah Maha Mendengar.

Saturday, February 4, 2012

A News From Bombay.

Ramai yang kurang percaya tentang pemergian aku ke Bombay, India untuk sidang akhbar dan juga project Runaway untuk India Fashion Week. Namaste!


Sekarang ni aku nak berterus terang saja lah. Aduh. Tak kongsi salah, kongsi pun rasa bersalah. Jom kita Runaway dulu. Kali ni aku tak ingat siapa pereka fashion dia. Tapi ada khan khan jugak. Sorry designer, I can't remember.


Tone warna kulit kena serata dengan baju yang pudar.


Baju kegemaran Mak Ngah lagi.


Kurang merah. Sirap tertumpah kat seluar pulak.

Baju macam wakil parlimen Batu Caves.

Yang ni bajet Hrithik Roshan yang teleng ke kanan.

Lawatan kerja seminggu ni tak sempat aku nak shopping saree bawak balik Malaysia sebab sibuk dengan Press Conference Filem baru pulak gandingan dengan Hero dekat Mumbai tu. Mak aih, tak menang tangan aku. Setibanya aku kat situ, terkejut gila sebab poster dah siap sedia. Shootingnya belum ni. Semangat.







Terlalu banyak naluri fantasi aku sampai tak terbendung.
Tak dapat Neelofa, Kareena Kapoor pun jadilah.

Friday, January 20, 2012

Orang Kolumpo Kuat Clubbing?



Clubbing tu apa? Kau berjimba, kau hu ha hu ha dekat kelab tu, kelab-bing lah namanya. Kolumpo tu pulak bahasa paling mudah untuk kita expressi kan dari perkataan Kuala Lumpur. Terkenal sungguh Kolumpo ni dengan clubbing dan dunia hiburan terbaik Malaysia. Susah kan jadi orang Kolumpo ni?

Tapi aku rasa, jadi manusia lagi susah.
Kan Kan.

Orang Malaysia ni terlalu judgemental. Kadang-kadang tu terlalu 'mengukur baju di badan orang lain'. Topik aku apa? Ini lah dia. Judge a book by it's voucher. Amboih. Mentang-mentanglah semua dah ambil voucher buku 1Malaysia kan.

Kenapa orang luar Kolumpo selalu memberi pandangan bahawa duduk Kuala Lumpur je, banyak maksiat berlaku, terlalu ikutkan budaya barat dan macam-macam lagi yang negatif. Tidakkah kita sedar, memberi tanggapan buruk pada orang lain bakal memudaratkan diri sendiri? Untuk pengetahuan semua, especially to Malaysian, tak semua orang Kolumpo ni kaki clubbing tau. Lepas dah tuduh kaki clubbing, tuduh pulak kaki arak, kaki betina. Fuh! too judgemental. Kenapa kita tak positive kan diri? Kenapa kita perlu bersangka buruk sepanjang kali berkaitan Kolumpo?

Kita kena hapuskan sifat bersangka buruk ni. Tak semestinya Kolumpo ni bandar terjahat? dan tak semestinya orang Kolumpo ni melakukan kejahatan, betul tak? Cuba renungkan kata-kata hikmah di bawah ni.

Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan.


Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah.


Elakkan mengatakan orang lain bodoh, kerana kita sendiri bukanlah sepandai yang kita sangkakan...


Cari kebaikan orang dulu, sebelum melihat keburukannya...


Kata2 yg lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata2 yg kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.


Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.


Cuba renungkan yang ini juga.



Yang ini pun boleh juga direnungkan. Oh Lofa!

Maaf jika ada kekasaran bahasa. Tujuan untuk menyedarkan.
Wave to my foreigner readers!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...