Para Pengikut :)

Sunday, February 12, 2012

Apa Yang Terkejar, Apa Yang Dikejar?


What do you expect this advertisement would be?
Where do you seen 'em?


Yes! It's OREO. Not Oregano.

"Ayah, boleh bukakan Oreo ini untuk saya?"

"Apa yang Ayah dapat?"

"Berkongsi satu rahsia!"

Hang on! Pause.

Itulah yang aku nak cerita hari ni. Tentang satu rahsia. Kira kongsi sama-sama lah. Bila ditanya tentang "apa yang terkejar, dan apa yang dikejar?". Bukan anak anjing mahupun anak kucing. Tetapi mengejar cita-cita. Cita-cita, impian dan harapan adalah tiga benda yang berbeza tetapi penting dalam hidup kita. Contohnya:

Cita-cita : Nak jadi Pilot.
Impian : Nak bawak Airbus Boeing 737. #Eh
Harapan : Dapat bawa Mak Ayah dalam Boeing yang dipandu sendiri ke Mekah. #Mungkin

Tapi tak semestinya cita-cita yang diimpikan dari kecil itu akan tetap setia sehingga ke peringkat tinggi kan? Mesti ada arus perubahan. Dan ada juga cita-cita lain, impian dan harapan juga lain. Lain orang, lain peel nya.

Tapi sejauh mana kita berusaha kearah merealisasikan cita-cita tu?

Ada juga dikalangan kita, cita-cita yang dihalang oleh ibu bapa dan ada juga yang menyokong kuat. Apa yang penting adalah usaha. Jika kita tak ada usaha, so, ibu bapa pun akan pandang rendah kepada kita dan merekalah akan merancang masa depan korang. Tapi bila korang ada usaha, nampak jalan jauh yang korang pilih, InsyaAllah, "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".

Bebas?

Nak bebas pun suatu impian. Tetapi apa harapan kita untuk kebebasan tu? Bebas yang positif adalah seperti nak mencari rezeki sendiri, tak nak menyusahkan kedua ibu bapa. You know, things like that make you more matured. Kebebasan pun dikira ada usaha disebalik itu. Jadi, kita kena usaha lah ke arah itu. Semua orang mahu bebas, tapi pilih jalan yang sejajar dengan agama kita. Janganlah terpesong.


Semuanya akan bergantung kepada niat dan doa kita.


Kejahilan itu sesuatu yang berlaku,
Tidak ada mustahil bagi insan sekecil aku,
Terkaku,
Terpaku,
Oleh dunia yang kian maju.

Kita sering terlena,
Dibuai mimpi alam fana,
Esok lusa alpa,
Kerana apa yang terkejar,
Dan apa yang dikejar?
Tercicir di persimpangan dunia.

Let us make Du'a.
InsyaAllah. Allah Maha Mendengar.

2 Babel:

Kyra Hizrina said...

entry simple tpi bmkna. suka :)

monster_buncit said...

alhamdulillah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...