Para Pengikut :)

Sunday, August 14, 2011

Tentang Ashraf Haziq.


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera diucapkan kepada korang semua. Amacam sehat? Alhamdulillah kita dah fasa kedua dalam bulan Ramadhan. Pejam celik je dah nak pertengahan puasa. Cepat masa berlalu. Ok, dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat sembuh kepada Adik Ashraf Haziq yang merupakan salah satu mangsa di pertempuran kecil di Kota London. Sebelum ini, video rakaman kecil merakamkan aksi sekumpulan dipercayai warga England ingin membantu kecederaan kecil yang dialami Ashraf di tepi jalan. Tetapi pertolongan itu hanyalah sementara dan ditambahkan lagi, mereka mencuri beberapa benda di dalam beg Ashraf iaitu PSP (Playstation Portable) dan wallet. Keadaan muka Ashraf yang berlumuran darah tu dibiarkan begitu sahaja tanpa perikemanusiaan.

Ashraf pada mulanya dibantu oleh beberapa warga England.


Lalu mereka mencuri beberapa benda berharga di dalam beg Ashraf.


Tindakan itu dikatakan memalukan dan tidak berperikemanusiaan. Ashraf kini masih stabil di wad Royal London Hospital dan beru sahaja selesai pembedahan untuk rahang giginya yang patah.

Ashraf di hospital.

Dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia, aku mengharapkan iringan doa kalian untuk memberi kekuatan kepada dirinya. Ucapan selamat sembuh dalam pelbagai bentuk juga boleh dibuat dan dihantar ke supportasyraf@foreignstudents.com ataupun anda boleh meriahkan lagi hashtags di twitter (#somethingniceforasyraf atau #getwellsoonashrafhaziq). InsyaAllah, walaupun sedikit sumbangan korang semua, tetapi sangat berharga untuk melakarkan senyuman di wajahnya. Dan untuk itu, aku ada buat video khas ucapan selamat sembuh mewakili seluruh rakyat Malaysia kepada Ashraf Haziq.


Harap dapat memberikan senyuman kepada dirinya.
Korang boleh juga memberikan kata-kata semangat di ruangan comment di YouTube!



"Selamat Sembuh Ashraf Haziq"





Suka entry ini, jom like.

Saturday, August 6, 2011

Pengumuman Sempena Ramadhan!


Alhamdulillah. Dah 3 Ramadhan 1432H. Esok masuk hari ke-empat kita berpuasa. Kejap je masa berlalu. Bersyukur sebab masih diberikan kudrat dan iradatnya. Ok. Aku nak share sikit dengan korang.


Nak kulit flawless macam Bintang Korea?
Nak kulit cerah macam diorang tak?
Macam bawah ni..




Macam depa ni semua, nak tak?
Putih, Gebu dan Flawless.



Korang juga mampu memilikinya.
Produk Kecantikan TAB keluaran Korea.
Dah terbukti di Malaysia.
Tak Percaya? Tengok Testimonial ni;

Dari kusam jadi cerah.

Dari berminyak jadi cerah dan kurang berminyak.

Dari berjerawat sehinggalah putih, licin dan cantik.



Nak tahu dorang guna apa?
Ketiga-tiga ini dorang aplikasikan dan memiliki kecantikan yang dorang mahukan.


Dan sekarang TAB ada promosi raya.

Dapatkan salah satu set sekarang!!

Call : 0129041391 untuk pertanyaan/tempahan

atau

Emailkan tempahan ke shaofiebiz@yahoo.com


Maklumat lanjut di Beautiful Shoppe.



Suka entry ini, Jom like ;)

Wednesday, August 3, 2011

Persiapan Ramadhan? Perlu Ke?


Selamat Hari Ahad. Hari untuk kita bersuka ria. Selamat, saya ucapkan, untuk kita hingga sampai tahun depan. Selamat Hariii Ahaddd!!! Opps. Semua tak sabar dengan menjelangnya puasa esok, bukan? Aku pun tak sabaq ni. Banyak betul ragam manusia menjelang puasa ni. Nak tahu? Jom scroll tengok apa antara ragam yang best.



Mak aih. Puasa pun belum mula lagi, tapi dah tanya baju raya kaler ape. Siap tanya lagi baju kebaya ke baju kurung. Persiapan ni lah nak tergelak aku dengar sebab semangat nak raya tuh lebih daripada semangat berpuasa.


Alahai. Bila datang musim berpuasa, mesti banyak juadah yang enak-enak untuk berbuka. Bak kata orang, biar sahur kecil-kecilan jangan berbuka pun sama. Tapi tak semestinya kita perlu beli satu pasar ramadhan tu untuk dijadikan juadah berbuka. Jangan membazir. Mentang-mentang syaitan takde, korang boleh enjoy enh! Haha.


Yang ni lawak. Bukan nak utamakan solat dulu, tapi dah dok tercongok depan masjid bersedia nak tapau makan free. Katanya buat sahur, tapi melantak macam dah lama tak berbuka. Ragam manusia. Sepatutnya kita kena fokus solat tuh, kalau ada rezeki kita dapat makan free tuh, dapatlah. Betul tak?


Kanak-kanak paling suka bila menjelang puasa nih. Tapi keseronokkannya adalah pada mercun. Mercun, mercun, mercun. Sekali meletup tangan, menangis tak berlagu. Susah nak bendung. Cakap sekali mesti degil. Bila pergi pasar bukan beli juadah berbuka, tapi beli juadah jiwa. Ikutkan hati. Adik-adik, janganlah beli mercun, Allah marah. Sekali Allah tarik nikmat, baru hang tau.


Ragam orang muda lain pulak ceritanya. Cuti puasa tu tak payah cerita, ni nak cuti rayalah. Menjelang je puasa, ramai yang sibuk cari cuti panjang untuk pulang ke kampung untuk beraya. Takut nanti, bos tak approve atau kena kerja on raya. Yelah, tahun lepas kena kerja ganti kawan yang beraya, tahun ni kena cepat berebut untuk reserved cuti. Haha.


Tapi ragam yang paling best dan
bermakna menjelang puasa ni adalah..




Maaf bukan dipinta dipagi raya, tapi sebelum berpuasa juga kita menghalalkan segala kemaafan. Mana kita tahu ini penghujung ramadhan bagi kita? Who knows. Janganlah kita bermasam muka, membenci sesama kita, bertelagah dan bergaduh. Bulan baik, jangan tambahkan tanduk dikepala. Ayuh, kita bersama untuk saling memaafkan dosa silam sesama kita.



Sekian.


Suka entry ini, Jom like ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...