Assalamualaikum dan Selamat sejahtera diucapkan kepada korang semua. Amacam sehat? Alhamdulillah kita dah fasa kedua dalam bulan Ramadhan. Pejam celik je dah nak pertengahan puasa. Cepat masa berlalu. Ok, dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat sembuh kepada Adik Ashraf Haziq yang merupakan salah satu mangsa di pertempuran kecil di Kota London. Sebelum ini, video rakaman kecil merakamkan aksi sekumpulan dipercayai warga England ingin membantu kecederaan kecil yang dialami Ashraf di tepi jalan. Tetapi pertolongan itu hanyalah sementara dan ditambahkan lagi, mereka mencuri beberapa benda di dalam beg Ashraf iaitu PSP (Playstation Portable) dan wallet. Keadaan muka Ashraf yang berlumuran darah tu dibiarkan begitu sahaja tanpa perikemanusiaan.

Ashraf pada mulanya dibantu oleh beberapa warga England.

Lalu mereka mencuri beberapa benda berharga di dalam beg Ashraf.
Tindakan itu dikatakan memalukan dan tidak berperikemanusiaan. Ashraf kini masih stabil di wad Royal London Hospital dan beru sahaja selesai pembedahan untuk rahang giginya yang patah.

Ashraf di hospital.
Dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia, aku mengharapkan iringan doa kalian untuk memberi kekuatan kepada dirinya. Ucapan selamat sembuh dalam pelbagai bentuk juga boleh dibuat dan dihantar ke supportasyraf@foreignstudents.com ataupun anda boleh meriahkan lagi hashtags di twitter (#somethingniceforasyraf atau #getwellsoonashrafhaziq). InsyaAllah, walaupun sedikit sumbangan korang semua, tetapi sangat berharga untuk melakarkan senyuman di wajahnya. Dan untuk itu, aku ada buat video khas ucapan selamat sembuh mewakili seluruh rakyat Malaysia kepada Ashraf Haziq.
Harap dapat memberikan senyuman kepada dirinya.
Korang boleh juga memberikan kata-kata semangat di ruangan comment di YouTube!
"Selamat Sembuh Ashraf Haziq"
Suka entry ini, jom like.












