Para Pengikut :)

Sunday, May 22, 2011

Suka Sangat Simbah Asid.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, moga anda sihat bahagia (IniAnwarHadi, 2011). Hari Ahad, hari bersenang lenang dunia. Esok masuk kerja. Letih seperti biasa. Sebelum tu, jom dengar seperkara yang nak aku kongsikan bersama. Apa dia? tentang..


Tentang Asid. Atau Acid jika dalam bahasa inggerisnya. Ok. Kalau korang dengar boleh kata tiap-tiap hari cerita pasal asid ni. Simbah asid lah, Curah Asid dekat muka lah, Baling Asid kat bini lah. Macam-macam. Tapi yang memusykilkan aku adalah..


Pelik kan? Aku sebagai Warga Kimia pun tahu bagaimana susahnya nak mencari bahan kimia seperti itu sebab benda tu sangat terhad. Aku risau mereka lagi licik dalam pembuatan industri bahan kimia ni. Sebab bila tengok di dada akhbar, mereka simbah asid tu sama macam mudah untuk mendapatkannya. Ish. Ok, Aku bukan nak kupas on how they smart to get that, tapi nak beritahu langkah keselamatan berjaga-jaga. Let's take a look.


Jika anda baca ini, harus ditegaskan bahawa dilarang sama sekali membuka tingkap jika ada sesiapa yang ketuk meminta tingkap untuk diturunkan kecuali Polis Trafik. Jika orang itu anda sangat curiga, Jangan buka. Buat tak tahu sahaja. Fokus memandu. Dan sekiranya anda menbonceng motor atau membawa motor, keselamatan kepala harus pada setiap masa dan sila pastikan topi keledar anda dilengkapi dengan visor/shielding. Jangan buka visor itu selagi tidak sampai ke destinasi. Please, this is amaran.


Yang ni pun perlu di ambil berat. Acid Man ni ada dimana-mana. Apabila anda memakai short sleeves, tangan anda terdedah kepada pereputan kulit apabila terkena asid. Jadi, untuk keselamatan, pakai lah sweater, atau pun baju lengan panjang untuk langkah keselamatan. Memang Malaysia ni tengah panas bahang, tapi mana yang anda pentingkan? Panas dunia atau keselamatan yang boleh meragut jiwa? Fikir kan.


Ini paling penting mulai dari hari ini. Anda tidak kenal rupa sebenar Acid Man tu, jadi, jangan terlalu mudah untuk mempercayai orang sekeliling anda. They will do anything they want. Jika memandu, jangan mudah bertanya dengan pembonceng motor. Jika berjalan, jangan berseorangan dan selalu berhati-hati jika bersendirian. Jika terdengar berita tentang Acid Man yang ada dimana-mana, sila ambil berat, jangan cepat panik dan selalu berjaga-jaga. Selalu membaca doa pelindung bagi yang beragama islam. InsyaAllah, Dia akan selalu bersama kita semua.


Wednesday, May 18, 2011

Siapa Guru Sebenarnya?


Tak terlambat untuk aku ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di serata dunia dan khususnya di Malaysia.

Korang dah wish cikgu-cikgu semua? Ok, tak sempat takpe. Kita doakan kesejahteraan mereka pun sudah memadai. Hari ini, aku nak bincangkan tentang "siapa guru sebenarnya?". Seperti yang kita tahu, orang yang selalu kita wish hari guru pasti pada insan yang betul-betul bergelar Guru, Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Puan, Encik dan lain-lain lagi. Tapi,


Selain daripada guru di Sekolah, kawan juga di anggap guru? Simple. Apa maksud guru yang anda semua faham?


Semua yang dimaksudkan di atas ada juga dalam diri seorang rakan/kawan. Cuba bayangkan bila korang study group, siapa yang ajar bila sukar difahami? Siapa yang marah bila korang susah nak study? Siapa yang betulkan bila korang salah? See. Mudah kan? Jadi, kawan-kawan di sekeliling anda juga merupakan guru yang tidak henti melemparkan senyuman dan terus mengajar korang tanpa jemu. Siang malam mencari jalan penyelesaian untuk berbincang dengan korang, berhempas pulas nak kita semua berjaya sama. Mulianya hati seorang kawan. Cuba kita tune sikit wish tuh menjadi;


To all friends and teacher's around Malaysia, Selamat Hari Pendidik. Terima kasih kerana mengajar erti manusia berguna, erti kesusahan menggapai segenggam ilmu dan pengorbanan anda semua, tetap ingat sehingga ke liang lahad. Tak dapat di balas dengan wang ringgit, Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa anda semua.

" Terima kasih daun keladi,
Jasamu ku kenang sehingga mati.."



P/s : Hari-hari, cekgu main bola.
Cekgu sudah tidur, jom kita main!!

Wednesday, May 11, 2011

Perbualan Harian Tiada Kamus Dewan.


Aku rasa, ramai orang selalu sebut perkataan ni. Korang pun mesti selalu sebut perkataan ni. Orang sekeliling pun selalu gak mengeluarkan perkataan ni. Perkataan apa? Ini lah..


Bukan kot untuk baju, dan bukan juga short form untuk kedekut. Tapi perkataan yang sering korang semua lemparkan dalam kehidupan seharian. Seperti;


Tengok, memang selalu ada dalam perbualan. Tetapi korang tahu tak bagaimana perkataan itu terjadi? Simple je. Perkataan ini terjadi apabila kita mempunyai perasaan yang sangsi dan tidak pasti. Kita kan tak mampu berjanji, maka, perkataan 'kot' terjatuh ke bumi ini dan kita pun mula menyebutnya dengan kerap. Cuba bandingkan perbezaan di bawah ini.


Cuba baca berulang kali. Jika yang pertama itu, apabila korang tanya soalan dan dia menjawab "datang". Konfirm korang rasa "Pergh, giler confident mamat ni". Walhal bila korang tanya soalan lagi sekali, dan dia menjawab "datang kot". Mesti korang fikir " Err.. macam was-was je mamat ni". Aha, nampak tak kaedah psikologi dekat sini. Satu perkataan kita tambah boleh ubah segala maksud dalam content jawapan tu. Aku pun selalu guna kot. Opps, aku pun selalu guna perkataan tu. Yelah, lidah dah terbiasa dengan kamus dewan sendiri. Tapi, janganlah sampai kita hanyut dengan perkataan tu. Bila temuduga atau pembentangan, kita kena confident dengan semua jawapan sendiri supaya orang yang mendengar tu berkata;



P/S : Haha. gurau-gurau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...